Nuffnang

Monday, June 20, 2011

Jom Terjah Blog Mereka



Assalamualaikum...

Mula-mula tampal kepala blog CikNadia



Memenuhi permintaan CikNadia untuk masuk segmen dia. Lama juga memikir ni. Sebenarnya saya pernah tulis sejarah saya terlibat dalam dunia blog tapi tulis dalam Bahasa Inggeris. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut.  Hehe. Ok dah menaip ni. Segmen yang CikNadia suruh buat ialah memperkenalkan blog ini. Blog ni sebenarnya baru lagi dibuat iaitu diwujudkan pada 29/10/2010. Tak sampai setahun pun blog ni tapi sebenarnya dah lama juga saya menulis blog. Blog asal saya ada di Friendster ketika buat akaun tahun 2005. Lama kan? Tapi masa tu tulis blog kejap ada kejap tiada, kira jarang kemaskini sebab tulis apabila nak meluahkan baru buat tulisan. Lagipun masa tu ingat tiada orang nak baca blog saya kat FS. Masa tu lebih sibuk chat di kc.


Saya kenal dunia blog apabila saya melayari internet menggunakan pc adik saya, Y. Masa tu blog si Y ni terbuka kat pc.  Saya baca tulisan adik saya, rasa seronok pula. Lepas tu kagum macam mana dia letak perkakas/perabot, susun bagi menarik. Lepas tu ada orang komen tulisan dia. Kira saya macam meneroka mengenali  blog daripada blog adik saya. Dari situ juga, saya belajar "lompat-baca" blog dengan klik pautan apabila ada orang komen blog adik. Kadang-kadang sampai lompat-lompat baca tu sampai sesat jauh. Hehe. Mana-mana jer pergi banyak simpang boleh pergi ke blog orang lain. 


Jadi blog ni saya buat apabila saya tak boleh letak perkakas saya kehendaki di blog lama saya. Lepas ada blog ini, barulah saya rajin menulis.


Nak tahu lebih lanjut, bolehlah baca tulisan lama-lama saya untuk tahu kegemaran saya.


Ok ke ni CikNadia apa saya tulis ni? Terima kasih kerana membaca.




                     "THNX BLOG READERS"

Peraduan...Bila Nak Menang Ni?



Assalamualaikum...



Selamat pagi dan selepas ini saya nak tidur. Dah gosok gigi, teringat nak kemaskini blog sekejap. Tengok ada komen. Patutlah hati digamit untuk membuka blog. Panggilan pulau rupanya. Harap saya membantu yang bertanya dengan memberi tips atau anda berpuas hati dengan jawapan saya berikan.



Alhamdulillah borang Peraduan Cari Cantum Menang Minggu Ke-5 dah isi lengkap. Hanya menunggu untuk diposkan. Sama ada emak atau abah yang akan poskan. Wallahua'lam. Letak di tepi mesin jahit. Hehe. Manakala peraduan lain, 2 penyertaan kena sertakan bukti pembelian saya dah pos petang semalam. Ni saya isi awal-awal. Pos semasa temankan mak buat salinan dan jalan-jalan TESCO, mak nak cari orang baiki jam. Mak nak berkursus Selasa ini. Jadi memang mak membuat persediaan, pergi tengok kasut, cari orang baiki jam malahan nak cari baju batik KURUNG siap! Hehe... ini untuk makluman adik saya, M kalau dia baca. Mak simpan minyak wangi yang M kasi dalam tempat simpan barang buat sembur penyaman udara kasi wangi semedang. Hehe, sila jangan lupa beli lagi minyak wangi yang tiada alkohol untuk Along (saya la) sebab Along punya minyak wangi tanpa alkohol dah nak nyawa-nyawa ikan *kalau M transit kat Dubai*



Ok berbalik kepada tajuk. Bila NAK menang? Itu kena tanya Allah. Utamanya ialah terus berusaha masuk peraduan dan jangan putus asa. Apapun saya gembira masuk peraduan ni. Satu terapi bagi saya. Memandangkan saya mempunyai masa lapang yang banyak, eloklah sertai peraduan. Untung sabut timbul. Alhamdulillah. Pentingnya USAHA dan restu mak abah.



Selamat maju jaya bagi yang ada hobi sama dengan saya. Jangan sedih ok. Kita berusaha Allah tentukan. Jumpa lagi.



P.S: Dah mula hujan lebat dan bunyi guruh. Seronok tidur ni.



P.S.S: Apabila sudah berusaha, jangan lupa berdoa dan bertawakal. Yakin Allah akan makbulkan permintaan kita.