Nuffnang

Sunday, August 19, 2012

Masih Dapat Duit Raya


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Cerita lama. Ni cuma tunjuk aksi adik bongsu si M yang masih dapat duit raya.
Baik Simpan Cepat-Cepat Duit Raya Ni Dalam Dompet

Duit Raya Dikeluarkan Daripada Sampul
Terbang Juga Duit Ni Dibiar Begini Dalam Kereta

 P.S: Sayapun dapat duit raya tapi tidak sebanyak si M ni :)

Saturday, August 18, 2012

Hari Mantai Aidilfitri 2012


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ini pos lama. 18 Ogos sehari sebelum hari mantai/bantai, saya sudah berada di kampung. Uwan sudah sibuk menyediakan ketupat, lemang dan rendang.
Uwan Sibuk Kacau Rendang

Sarung Ketupat Dan Lemang

Pandangan Secara Dekat Rendang Ayam

Auntie Nani dan Pak Tam sibuk dengan membakar lemang untuk tempahan pelanggan. Gerai didirikan di hadapan rumah Jalan Tampin-Gemas.


Berdepan Papan Tanda Dari Arah Gemas
Gerai Jual Lemang
Lemang Jual Panas-Panas


Malam pula harijadi Makchek. Buat sambutan waktu berbuka. Makan ala warung/kedai makan dengan angin berhembus waktu tunggu waktu berbuka. Menu: kurma, nasi putih, siakap goreng masam manis, sambal daun. Air pula air sirap bandung atau teh o panas. Tidak lupa kek harijadi perisa kopi dan keju. Sedap dan lembut.

Menunggu Waktu Berbuka. Itu Makanan Tetap Setiap Meja. Juadah Lain Letak Dalam Bekas Buffet
Birthday Girl. Haha Birthday Aunt
Kek Keju Kopi. Sodapnya :)
 

Monday, August 13, 2012

Home Sweet Home


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 
Selamat sampai di Melaka. Mok bagi pelepasan untuk tidak tolong minggu depan.

Saturday, August 11, 2012

Kek Cawan Daripada Awie


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Majlis harijadi Affif(sepupu) dah lama berlalu iaitu hujung bulan 5. Memang seronok. Affif umur 4 tahun jadi mak dan saya cadang buat sendiri coklat daripada perasa strawberi dan mangga. Kiranya majlis tu buat secara 'pot luck' masing-masing bawa makanan atau hasil air tangan sendiri. Macam Mak Lang sekeluarga bawa kuih-muih goreng daripada buatan Sila macam popia daging dan samosa. Tuan rumah iaitu Makchek pula buat soto. Mok pula buat sup cendawan dan roti bawang putih (garlic bread). Awie lak (anak Mok,sepupu saya) pula buat kek cawan. Kek cawan pula guna resepi kek lobak (carrot cake) dan aising dan krim keju. Banyak makanan yang ada cuma saya lebih banyak makan soto dan sup cendawan sahaja :)

Maaf gambar makanan yang dihidangkan tu saya tiada ambil tapi Awie ada ambil gambar kek cawan harijadi itu. Jadi saya pinjam letak dalam blog. Affif dapat 2 jenis kek: kek cawan dan kek besar sebiji. Tema atau Affif minta gambar Angry Bird. 


Kek Cawan Angry Bird
Pandailah Awie buat kek cawan. Penuh dengan parutan lobak merah.

Friday, August 10, 2012

Monolog: Doa, Rezeki, Syukur Dan Popia Mini


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

My life is awesome. Apapun tak lupa doakan untuk para muslimin, muslimat. Sudah semestinya doa kepada ibubapa dan terutamanya untuk aku. Moga aku sentiasa ingat dan taat pada perintah Allah. Itulah yang penting. Sentiasa bersyukur dan merendah diri atas rezeki yang diterima sama ada rezeki usaha ataupun rezeki yang tidak di sangka-sangka. Sungguh menakjubkan mendapat rezeki terpijak. Kadang-kadang rezeki tak perlu dicari sebaliknya ia datang sendiri. Bagaimana nak dapat rezeki yang datang pada kita? Senang sahaja, kita utamakan Pemberi Rezeki daripada segala-galanya. Memang bergolek-golek rezeki mengejar kita. Syukur pula bukan dengan kata "aku bersyukur" sahaja tapi dengan perlakuan dan perasaan mengiringinya walaupun hanya dapat RM0.50sen sahaja tetapi kegembiraan yang awak tunjukkan ialah macam dapat RM1 juta. Tak percaya cuba amalkan. :)

Popia mini masih perlu disiapkan dan aku kena sambung khidmat tolong Mok sampai menjelang raya. Nak tolak membantu Mok tak sampai hati. Hati dah rasa nak balik rumah. Home sweet home. Aku dah rasa rindu kat rumah sebab aku dah ada projek lain nak buat. Nampaknya Allah sediakan rancangan lain untuk aku.

Popia Mini
Diari Saya
Zoom
Buku Law Of Attraction




Selamat kembali berpuasa wahai diriku dan istiqamah.


Tuesday, August 7, 2012

Kemaruk


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kita melalui Ramadhan ke-18. Alhamdulillah. 

Tadi masa sahur, Uncle Duan tanya sama ada saya guna internet malam tadi. Saya cakap saya pakai sampai pukul 12 malam (12 malam sahaja). Haha kalau tidak kerana saya makan ubat batuk malam tadi memang lagi lama saya online. Memang mengantuk-ngantuk tengok 2 episod akhir Top Chef Just Desserts. 

Maka hari ini uncle beritahu bagaimana nak 'on' kan internet sebab uncle dan Mok kerja serta aku tinggal sorang di rumah. Sebenarnya aku ingat taknak online masa dorang tiada dan aku tak tahu 'on' modem (modem kat bilik tidur uncle) pun takpe sebab aku nak tumpukan menggulung mini popia. Tapi bagai orang mengantuk disorongkan bantal, uncle letak modem tu di luar jadi aku boleh on off suka hati. Maka niat untuk 'berpuasa' online di waktu siang hari tidak kesampaian. Jadi inilah saya sekarang. 

Apapun saya produktif hari ini. Lepas Subuh terus gulung popia. Cepat sangat sebab saya sorang di rumah tiada orang kacau. Isk syurga betul buat kerja tadi di dapur sambil dengar radio. Apapun uncle saya memang selalu memastikan saya selesa. Tengok saya gulung popia sunyi sepi, dia kata boleh dengar radio kalau tak tengok tv. Internet pun ya Allah laju gila, banyak siri tv saya dapat tengok tanpa tersekat-sekat. Kalau internet di rumah, kalau saya tengok siri tv memang kadang 'frust' sebab dah buffered siri tu terhenti tengah jalan kena buat semula. Sini alhamdulillah terus sampai habis. Cuma sebab saya tak sihat dan makan ubat maka mengantuk tak dapat maraton tengok.

Isk saya memang kemaruk internet. Bahaya betul.

Jumpa lagi.


Walkman Pun Kemaruk Juga Tapi Earphone Sebelah Dapat Dengar


Monday, August 6, 2012

Pemenang My Kitchen Rules Siri 3


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Baru-baru ini saya mengikuti siri My Kitchen Rules di Diva Universal dan hari ini merupakan episod kemuncak pertarungan di antara Nic/Rocco dan Leigh/Jennifer.


Memandangkan tak dapat menonton di tv maka saya mengambil kesempatan menonton melalui internet. Siapa yang akan menjuarai My Kitchen Rules? Mengikut gerak hati saya lebih kuat pada Leigh/ Jennifer walaupun asal saya nak pilih Nic/Rocco.


Peringkat Permulaan Sebelum Bertanding
(Terhenti sekejap tengok My Kitchen Rules)


Keputusannya setelah 80 minit menonton hingga akhir. OMG. Kata hati saya adalah betul! Leigh dan Jennifer adalah pemenang My Kitchen Rules.


P.S: Sampai saat ini saya belum mula gulung popia mini. Agaknya tempat baru dan sibuk nak menonton siri tv online. Harap produktif esok :)


Kain Rentang Ke-2


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Baru berkesempatan untuk godek balik emel lama. Jadi ada hasil Ummi bagi kain rentang percuma. Masa tu tak berkesempatan nak letak sebab tak dapat berblogging dengan bebas masa tu.


Jadi ada peluang nak letak dalam pos ini. Terima kasih Ummi sebab luangkan masa buatkan lagi kain rentang.


P.S: Macam nak buat kain rentang di bawah sebagai tandatangan (signature) atas wombatME tu je.


P.S.S: Kain rentang yang saya pakai selama ini pun Ummi yang buat :) 




Sunday, August 5, 2012

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran Dan Misi Menyiapkan Popia Mini


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat berpuasa dan selamat menyambut Nuzul al-Quran. Saya tak sangka berpeluang menulis semula pada malam Nuzul al-Quran. Alhamdulillah. Kalau saya dapat menulis maknanya saya di rumah makcik. Cari duit sampingan. Yeah tinggal lama sedikit sampai Selasa minggu depan. Jadi banyak baju dibawa ke Ampang dan tak lupa bawa kulit popia+inti+kanji untuk buat popia mini (untuk bunuh masa lapang di sini). Oh bulan Ramadan, saya tolong Uwan buat popia mini (tolongpun Uwan beri Upah :D)


Korang tahu tak popia mini rupa bagaimana? Nanti saya letak gambar popia mini kemudian dalam pos ini.


Bagaimana puasa yang telah korang lalui? Bagi saya ia sangat mengagumkan. Hari-hari dilalui memang indah. Kurang atau hampir tiada makan luar. Tidak terkocoh-kocoh untuk melaksanakan solat Maghrib.


Apapun terima kasih kepada yang sudi melawat blog saya ketika saya tidak aktif. Tak sangka trafik masih bagus. Alhamdulillah. 


Jumpa lagi. Rasanya tulisan kemudian akan muncul tidak lama lagi :)


Monday, July 30, 2012

Kuiz: Gerak Hati


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Kuiz ini berkaitan dengan gerak hati.Satu soalan sahaja. Jika korang jawab dengan betul maka gerak hati korang memilih jawapan memang kuat dan tepat. Ini kerana saya bagi soalan yang tiada siapa tahu jawapan dan pembaca memilih jawapan berdasarkan gerak hati.


Soalan: Minyak wangi yang saya sembur pada jurnal saya.
A: Romance LPV oleh Ralph Lauren
B: Miss Dior Cherie oleh Dior
C: Pleasure oleh Estee Lauder
D: L'eau d'Issey oleh Issey Miyake
E: Be Delicious Fresh Blossom oleh DKNY
F: Addict oleh Dior
G: Eternity oleh Calvin Klein
H: Brit oleh Burberry
I: Escape oleh Calvin Klein
J: Cool Water for Women oleh Davidoff


Diari Yang Disembur Dengan Minyak Wangi


Haha ada 10 pilihan jawapan. Memang banyak. Nak pastikan memang korang mempunyai gerak hati yang sangat tinggi kalau pilih jawapan betul.


Ok jawapan yang betul ialah.....sila klik di sini untuk mendapatkan jawapan yang betul.


Sebelum itu saya nak beritahu saya ada jawab kuiz sebegini dan jawapan saya betul! Maknanya saya punya gerakan hati memang tepat untuk teka jawapan yang betul.


Boleh tinggalkan komen kalau nak beritahu atau kongsi proses macam mana korang pilih jawapan di antara kesepuluh pilihan. Mesti ada rasa sesuatu berat/condong untuk pilih jawapan tersebut kan?


Thursday, June 28, 2012

Perkara Yang Disukai Telah Lama Tidak Dilakukan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Akhirnya saya sampai rumah Mok pukul 6 petang. Penat gila naik bas lompat, komuter dan akhirnya rapidkl.


Bukan Stesen Keretapi Ini Saya Naik Petang Tadi

Apapun keletihan terubat dengan rehat dan makan kuih-muih sejukbeku yang Mok jual. 


Paling seronok tengok siri ke-8 House episod 3 Charity Case. Lamanya saya terberhenti nak tengok siri tv di internet. Nikmatnya buat sesuatu yang disukai setelah lama tidak berpeluang melakukannya.


Sedutan Episod 3 House
Tengok siri tv sambil mengunyah kuih. 


Tak tahu berapa banyak episod boleh tengok sebab esok akan sibuk menolong Mok.


Ok itu sahaja yang ingin dicoretkan. Jumpa lagi jika berkesempatan. InsyaAllah.


P.S: Harap-harap Jerman menang lawan Itali awal pagi ini :)

Saturday, June 16, 2012

Kain Baju Kurung: Corak Polkadot (Bintik-Bintik) Dan Garis Lurus


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Ada sesiapa rindukan tulisan saya tak? Banyak perkara berlaku sejak akhir saya menulis hingga kini.Saya banyak bertapa dan jauh dari rumah. Lagi satu banyak peristiwa buat saya nak bawa diri dan buat pencarian jiwa. Ok saya nak satu perkara.

Masa cuti sekolah ada pergi Kota Bharu kerana saudara kahwin. Ehem kebetulan ada dapat 'flyer' daripada kedai kain Jackel maka malam tersebut kami ke Jackel. Mak kata fesyen terkini corak polkadot atau dalam Bahasa Melayu ialah bintik-bintik. Tak sangka corak ini kembali semula, teringat saya pakai waktu budak-budak. Tapi sekarang ini, bintik-bintik tu dalam saiz yang berbeza dalam satu kain. Mak pilih 2 helai kain yang punyai corak bintik-bintik. Hati saya pula berkenan kepada corak garis lurus. Tak lepas mata saya memandang.
Kain Corak Polkadot Si Y Dan Kain Garis Lurus

Gambar atas tu kain bergaris tu yang beli di Jackel. Kain polkadot tu bukan. Cantik tak? Saya berkongsi buat baju dengan Adiva.

Esoknya tu pergi Rantau Panjang beli t-shirt adidas. Memang teringin nak beli t-shirt adidas di Rantau Panjang.
T-Shirt Adidas Kuning

Ahad pula bertolak pulang. Sebelum itu singgah Masjid Kristal dan makan nasi dagang di situ.
 
Masjid Kristal
Masjid Kristal- Pandangan Tepi Jambatan

Nasi Dagang Yang Mahal RM4.50 Sepinggan

Itu sahaja saya nak coretkan. Jumpa lagi jika panjang umur.


P.S: Ada sesiapa yang baik hati nak beri pinjam pc atau laptop? :)
 

Sunday, May 27, 2012

Monolog: Menggunakan LOA Untuk Tabung Nuffnang


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ketika aku terfikirkan tentang LOA yang aku buat pada tabung Nuffnang Aku sudah mengamalkan langkah 1 dan 2 iaitu sediakan 'achievement jurnal' dan 'pretend'. Cuma langkah ke-3 iaitu melakukan hipnosis pada fikiran luar sedar aku belum laksanakan lagi. Aku rasa aku kena buat hipnosis sebab Walsh cakap ia adalalah langkah paling berkesan untuk buang keraguan yang tertanam di dalam fikiran luar sedar dan mudah serta cepat untuk melaksanakan proses 'allowing'. Proses 'allowing' adalah proses paling penting dan utama dalam LOA.


Memang aku sudah tengok hasil penggunaan LOA. Ia memang berkesan! Buktinya aku gunakan LOA untuk tabung Nuffnang dan aku dapat hasil apa yang aku hendak. Cuba bayangkan kalau aku guna langkah ke-3? Memang lagi kuat kesan aku cepat capai apa yang aku inginkan :) Apapun hasil tabung duit Nuffnang terkumpul mengikut objektif aku. Rasakan gembira menerima penambahan duit tabung aku sedikit demi sedikit. InsyaAllah. Ikutkan dalam Islam apabila kita yakin Allah akan makbulkan dan tidak bileh ada rasa ragu pun walau sezarah. Jika ragu memanglah tidak segera dimakbulkan. Itu menunjukkan dalam Islam pun ada konsep LOA. Kuasa yakin dan gembira dengan apa yang dicapai walaupun sedikit harus disyukuri dan diraikan.


Aku berasa puas hati dengan apa yang aku dapat. 


P.S: Bagi yang baca tulisan ini bolehlah amalkan dan sekiranya ingin tahu lebih lanjut boleh klik pada pautan 'Law Of Attraction' di ruang paling kiri bawah.


Jumpa lagi.


Gembira Apabila Hasrat Tercapai


Wednesday, May 2, 2012

Telinga Dimasuki Serangga


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Wah tak sangka tiada penulisan bulan April. Banyak perkara berlaku sepanjang bulan April. Alhamdulillah sudah selamat melawat si Y di Brunei. Tiada melancong sangat cuma jalan-jalan sekitar Kiulap, Gadong dan Jerudong. Datang cuma menziarah dan melihat rumah adik. Rumah Y terletak antara deretan rumah kedai dan terletak di tingkat 4! Di samping bawa barang-barang dapur dan mainan si Adiva.

Tujuan utama penulisan ni nak cerita pasal telinga dimasuki serangga. 2 hari cuba nak keluarkan dan alhamdulilah berjaya keluarkan serangga tersebut secara hidup-hidup. Itupun serangga tu keluar secara sukarela waktu saya tengah seronok tidur (memang terasa ada makhluk merayap keluar). Sebenarnya tiadalah sakit cuma kadang-kadang telinga akan mendengar dengungan. Risau juga takut serangga tersebut gigit gegendang telinga. Itu cuba beria-ia saya korek telinga tapi ajaibnya tak dapat dikeluarkan pun.

Teringat zaman dahulu memang saya ini ada sahaja masalah telinga. Pernah sakit telinga pasal lubang telinga masuk serangga, air dan telinga bernanah. Sakitnya berdengung di samping pernah tak dapat dengar dengan sempurna. Pernah jumpa doktor biasa dan juga doktor pakar kerana masalah ini.

Alhamdulillah sihat sejahtera telinga saya ini. Itu yang saya berhati-hati dan ambil kisah mengenai lubang telinga ini. Pelik juga serangga minat masuk lubang telinga saya. Haha. Takut serangga besar dan sudah mati macam ulat gonggok (pernahlah kena) masuk telinga yang akan sebabkan sakit.


Ok itu sahaja saya nak kongsi dalam penulisan kali ini. Jumpa lagi.

Wednesday, April 4, 2012

Jawapan Kuiz: Gerak Hati


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Kalau yang belum tahu, kuiz gerak hati untuk menguji adakah gerak hati korang tepat atau tidak. Soalannya boleh klik di sini jika belum mengetahui soalan dikemukakan. 


Jawapannya ialah....Mula-mula klik 'Show encrypted text' di bawah. Kemudian, masukkan pilihan jawapan objektif: Sama ada huruf A,B,C,D,E,F,G,H,I atau J. Contoh kalau pilih jawapan Z, masukkan huruf Z (huruf besar) ke dalam password. Kalau BETUL anda akan dapat pemberitahuan bahawa jawapan betul. Kalau salah, anda akan dapat invalid. Selamat mencuba!

Friday, March 16, 2012

Sebulan Lagi




 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... 

Jika tiada aral melintang, sebulan lagi saya akan ikut mak dan abah merentasi Laut China Selatan untuk melawat Y dan keluarga yang akan berpindah atas urusan kerja ke sana hujung bulan nanti.


Lama tak melawat Brunei. Bagaimana keadaan dan perkembangan di sana sekarang eh?


P.S: Maaf, saya masih tidak dapat nak aktif menulis blog dan seumpamanya kerana PC saya masih tidak sihat. Harap ihsan guna laptop adik (tidak mahu jadi amalan terlalu guna barang orang) untuk hal-hal tersebut. Jadi kalau saya lambat jenguk blog anda semua, maafkan saya.

P.S.S: Untuk rakan sekolah, doa saya singgah tempat awak :)


Wednesday, March 14, 2012

Suatu Ketika


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Dunia ini menghampiri keadaan seperti zaman jahiliyah agaknya. Manusia semakin berani melakukan kekejaman. Tidak takut pada Allah dan cintakan dunia.


Sekarang ini memang banyak jenayah yang sadis dan tidak masuk akal. Sayapun sekarang dah tak berani nak keluar seorang diri tanpa sebab yang penting. Nak keluar seorang diri kena fikir banyak kali. Kalau dahulu tidak fikir sangat hal begini, spontan tapi sekarang ni timbang semasak-masaknya sampai kebanyakannya saya tidak akan keluar akhirnya.


Rasulullah bersabda maksudnya:
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah."
(Hadis Riwayat Muslim)


Suatu ketika yang dinyatakan oleh Rasulullah telahpun sampai kini.


Wednesday, February 29, 2012

Rindu Padanya


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Wah lama tak menulis pada blog kesayangan saya ni. Selalu teringat tapi saya selalu sahaja dapat memujuk diri agar bersabar untuk menulis.


Terima kasih yang datang melawat. Harap-harap apa yang saya tulis membantu dan memberi manfaat pada korang. Terima kasih yang rindu pada saya.


Perkembangan: H balik cuti 2 minggu. Hujung minggu ini H akan balik semula. M pula balik bulan Jun. Huhu, dia tanya saya nak apa. Saya nak kerepek kentang (saya hantu kerepek kentang), minyak wangi Cherry Blossoms dan coklat yang ada biskut. Tak sabar nak dapat. Eh M *kalau M baca*, kalau Cherry Blossoms takde, Along nak Brit daripada Burberry. 


Ok jumpa lagi. Ni online daripada laptop adik. Rasa tak seronok lak online tak minta kebenaran. Hehe. Online takde kebenaran tak best nak berjalan blog-blog orang. Nanti akan datang saya lawat. InsyaAllah. Terima kasih lagi atas sokongan semua dan maaf lambat balas.


Monday, January 9, 2012

Ombak Jiwa


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...



Selamat pagi semua. Dah sarapan? Selamat bekerja semua. Saya ambil kesempatan untuk 'online' kerana belum sibuk lagi. Lagi pula ada semangat sedikit untuk menulis kerana melayari internet menggunakan PC.


Maaf tulisan-tulisan saya sebelum ini banyak luahan rasa dan tiada gambar-gambar baru. Itu keadaan saya sekarang supaya satu hari saya baca pos yang lama-lama, saya akan tahu pada sekian waktu saya begini. Harap tiada yang rasa menyampah. Setiap orang akan mengalami kitaran semangat yang berbeza setiap waktu. Kita cuma boleh mengikut arus kitaran tersebut atau melawan ataupun duduk di tepi memerhatikan kitaran tersebut. Itu saya yang mengikut kitaran ketika ini. Menulis pada keadaan yang sesuai dengan jiwa. Oh tulis lagi pasal jiwa-jiwa.


Ombak jiwa. Harapan diri ini, saya jarang menulis ketika ini tidaklah sampai berhenti terus. Saya akan buat perkara lain untuk mengisi masa dan saya tahu Allah memberi peluang untuk saya lakukan perkara lain untuk menyedarkan saya terdapat aktiviti-aktiviti lain yang menarik. Saya dah nampak hikmahnya sedikit demi sedikit.


Jumpa lagi. InsyaAllah. 


P.S: Saya gembira dengan aktiviti baru menggantikan masa berblog buat ketika ini. Kitaran dan ombak jiwa untuk blog akan kembali membuak-buak.


Gambar Arkib- Sentiasa Di Hati




Sunday, January 8, 2012

Bersiaran Dari Ampang...Ujian Dan Nikmat


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hampir seminggu tidak menulis. Saya sekarang berada di rumah Mimok di Ampang, Selangor. Sebenarnya tidak dirancangpun pemergian ke sini. Asalnya saya di rumah Uwan seperti biasa balik kampung hujung minggu dan Mok yang saya tak tahu ada datang ke sini dan spontan mengajak untuk membantu menyediakan makanan untuk kenduri tahlil yang orang tempah.



Mula-mula terkedu gak sebab tak menyangkapun akan ke Ampang dan pula saya cuma bawa 2 helai baju yang sudah dipakai. Saya belum tentukan balik sama ada hari Rabu atau Sabtu :)


Apapun syukur alhamdulillah kerana Allah mengizinkan saya menulis dari pc sepupu. Allah membalas apa keinginan saya yang terbuku apabila saya dapat menulis di skrin LCT ini yang lebih besar. Sakit mata tengok skrin besar ni.


Pada sudut lain pula, satu ujian supaya tidak leka melayari internet di sini pula. Keutamaan kepada yang wajib dan yang perlu dibuat. Bertenet kemudian.


Jumpa lagi.


P.S: Esok harijadi saya yang ke-33. Alahai tak dapat sambut di rumah sendiri.


P.S.S: Letak kotak jerit baru sama macam jiran punya. Silalah tinggalkan jejak dan kalau ada masalah tak boleh tulis, bagitahu tau.






Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Selamat tahun baru 2012. Tulisan pertama untuk tahun ini. Moga hari pertama dicoretkan dengan melakukan perkara yang bermanfaat walaupun cuti.


Bagaimana anda menyambut tahun baru? Kalau saya macam biasa balik kampung dan makan di luar bersama emak, abah, Uwan beserta 3 orang sepupu. Saya bermakna dan akan hargai masa bersama keluarga. Ketika makan tu, ada juga orang dah bakar bunga api padahal belum pukul 12 tengah malam pun.


Tahun baru, Fariza (sepupu) akan duduk bersama Uwan. Kiranya menemani Uwan di rumah. Fatah pula memohon MRSM. Harap-harap dapat.


Moga tahun ini merupakan tahun gemilang untuk semua. Harap kita dapat hadapi peristiwa mendatang dengan tenang dan bijak.


Jumpa lagi.