Nuffnang
Sunday, June 5, 2011
Saturday, June 4, 2011
Perkataan Terakhir Dan Ayat Sudah Dapat Bagi Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu Ke-3
Assalamualaikum...
Akhirnya satu perkataan terakhir telahpun diketahui hari ini. Perkataan tersebut ialah'Pendidikan'. Maka bolehlah kita menyusun perkataan-perkataan tersebut. Ok tulis semula:
Perkataan hari pertama: Membentuk
Perkataan hari kedua: Minda
Perkataan hari ketiga: Muda
Perkataan hari keempat: Dapat
Perkataan hari kelima: Generasi
Perkataan hari keenam: Pendidikan
Ahaha mesti ada yang dah dapat buat ayat, saya pun terus dapat bina ayat apabila dah dapat keenam-enam perkataan.
Esok tunggu borang terakhir sebelum boleh hantar. Nanti saya bagitahu ayat yang saya pilih untuk Minggu ke-3. Senang kan? :)
Saya tak pasti balik rumah atau tidur rumah Wan sebab kenduri malam ini di Seremban dan saya menunggu mak pulang untuk bertolak ke rumah Wan dulu sebelum pergi.
Apapun semoga anda gembira dengan hujung minggu ini. Jumpa lagi.
P.S: Jawapan yang telah dihantar ialah 'PENDIDIKAN DAPAT MEMBENTUK MINDA GENERASI MUDA'
Labels:
Diri,
Peraduan,
Peristiwa/Event
Friday, June 3, 2011
Satu Perkataan Lagi Sebelum Sepotong Ayat Boleh Dibuat Bagi Peraduan Cari Cantum Menang Minggu ke-3
Assalamualaikum...
Bertemu kembali. Eheh kan betul, perkataan-perkataan tersebut boleh disusun dengan cara berbeza yang menghasilkan jawapan berbeza. Buktinya ada yang memberi komen memberikan jawapan yang berbeza daripada saya.
Tadi lepas gunting untuk borang perkataan hari ketiga hingga hari kelima. Lagi satu perkataan perlu diketahui sebelum boleh membuat ayat. Sebelum ini saya kongsi 2 perkataan. Maka 3 perkataan lagi yang telah diketahui
Perkataan hari ke-3: Muda
Perkataan hari ke-4: Dapat
Perkataan hari ke-5: Generasi
Ok itu aje, esok boleh buat perbincangan susunan perkataan yang berkemungkinan untuk menjadi ayat. Mana satu lebih tepat. Jumpa lagi.
Labels:
Dunia Siber,
Peraduan
Baru Pulang Bercuti dari Morib, Bagan Lalang Dan Ada Berita Gembira Yang Tidak Disangka
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Saya baru balik dari Morib. Gembira dapat pulang semula ke rumah, rumahku gulaku. Kemudian rindu untuk melihat blog-blog saya dan membaca tulisan pada blog-blog orang lain.
Rabu hari itu lambat bertolak, pukul 4 lebih sebab mak masih ada hal nak uruskan di sekolah. Rezeki mak sempena harijadi beliau esok 4 Jun. Mak naik pangkat jadi pengetua sekolah. Ngehngeh abah suruh mak belanja nanti sempena kenaikan pangkat. Makin tinggi jawatan bermakna semakin tinggi jawatan. Kepada bekas pelajar/pelajar mak saya tu (saya tahu ada yang baca blog ni bekas pelajar/pelajar mak) kalau nak ucap tahniah pergi ucap di FB mak saya. Hehe.
Perjalanan ke Morib melalui jalan dalam iaitu melalui jalan ke PD, Lukut dan Sepang. Lalu juga Bagan Lalang. Semalam lepas makan malam masak sendiri di Hotel Gold Coast Morib, kami pergi ke Bagan Lalang sebab kami tak pernah pergi. Nak juga tahu apa yang ada kat sana. Orang kata situ terkenal dengan makanan laut. Tak nampak pula laut malam-malam cuma nampak kedai-kedai makan. Jadi berhenti untuk minum dan pesan sotong goreng tepung jerla untuk kudapan.
Rasanya Morib ni tak sesuai untuk mandi la. Tak nampak bayang orang mandi kat Pantai Morib pun. Tak kisahlah sebab saya pun bukan suka mandi laut, kolam apatah lagi air terjun, Tak tahu kenapa umum dah 20 tahun ke atas tak suka. Hotel Gold Coast Morib ada bagi gelang masuk taman tema air pun saya tak guna. Hotel ini baru dibuka, ada bangunan dan perkhidmatan belum sempurna. Aha, ada satu lagi cawangan Gold Coast Kuantan yang masih belum siap. Ada rezeki bolehlah kami merasmikan sebab belum ramai lagi. Hehe. Apapun lanskap memang boleh tahan cantik.
Ok itu aje. Jumpa lagi. Kalau nak baca saya pergi Tasik Wanaka, Puzzling World dan Mount Aspiring, NZ beserta gambar boleh klik sini.
P.S: Esoknya banyak kenduri kahwin sampai ada kenduri kahwin buat pada waktu malam. Rezeki jangan ditolak.
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event,
Travel
Wednesday, June 1, 2011
Sambungan Internet Yang Lembab Dan Pening Untuk Menyusun Perkataan-Perkataan Bagi Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian
Assalamualaikum...
Selamat dinihari bagi pembaca yang belum tidur. Malam semalam kelajuan internet sangat mengecewakan maka dapat tengok satu episod Desperate Housewives. Episod ke 23 House pula dah nak habis, sambungan internet sangkut. Haih ingatkan waktu macam begini nak tengok lagi siri di internet tapi terputus-putus aje.
Sementara tunggu internet stabil sambil hidupkan semula modem, sempatlah menggunting Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian bagi hari Isnin dan Selasa minggu ke-3. Sesiapa pembaca setia dan hari-hari beli Berita Harian silalah masuk peraduan ini. Buka muka surat 41. Peraduan ini menguji kecekapan kita untuk menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat. Senang ke? Mula-mula ingat senang tetapi setelah saya menghantar peraduan untuk minggu ke-2, saya yang masih ingat keenam-enam perkataan tiba-tiba dapat buat ayat dengan susunan perkataan yang berbeza daripada jawapan yang asal. Saya beritahu emak jawapan boleh disusun dengan perkataan lain dahulu. Mak memberi hujah mengapa mak menyusun ayat sebegitu. Saya akur dan tengok laman sesawang kamus dewan mengenai tatabahasa. Hehe. Abaikan. Sesiapa yang dah isi dan hantar bagi minggu pertama dan kedua faham maksud saya.
Maka saya ingat nak buatlah perbincangan jawapan yang korang rasa betul untuk minggu ke-3 ni. Memandangkan baru dapat 2 perkataan (Isnin dan Selasa) maka saya taip perkataan-perkataan tersebut terlebih dahulu untuk kita sama-sama fikir kemungkinan ayat.
Perkataan hari pertama: Membentuk
Perkataan hari kedua: Minda
Ahaks macam budak sekolah darjah 1, cikgu memberi perkataan yang tidak bersusun dan pelajar terpaksa menyusun menjadi ayat.
Nanti saya bagi perkataan-perkataan yang lain lagi.
Sementara saya pening dengan asyik teringat perkataan-perkataan untuk minggu ke-2 dan sambungan internet yang teruk, kita jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Peraduan,
Peristiwa/Event,
TV Show
Tuesday, May 31, 2011
Berhati-Hati Dengan Penipuan Di Internet
Assalamualaikum...
Semalam tengok kotak emel bahagian 'Tak Guna' (spam) tu. Banyak sangat emel tak guna ni. Ada satu emel saya buka pasal akaun Maybank suruh pengesahan akaun. Berhati-hati ini adalah penipuan untuk minta nombor akaun kita. Kalau nak pasti emel tu daripada pihak yang sebenar, hubungi terus Maybank. Contoh tangkapan pandangan muka isi kandungan emel itu. Kalau anda dapat emel ini, silalah buang dan jangan layan.
![]() |
| Pandangan isi kandungan emel |
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Peristiwa/Event
Monday, May 30, 2011
Masuk Peraduan Menang RM 10 000 + iPad Di Berita Harian Dan Maraton Menonton Siri House
Assalamualaikum...
Hai, bertemu kembali di sini. Yeah Y sekeluarga balik maka dapatlah bermain dengan Dak Bubut. Macam biasa kalau Dak Bubut nampak saya terus menjerit kegembiraan. Saya mengajar dia menjerit apabila ternampak saya.
Lagi satu perkara, saya dah hantar peraduan yang memerlukan kita menyusun perkataan selama 6 hari untuk membina satu ayat di Berita Harian. Hadiah memang lumayan iaitu RM10 000 dan i-Pad. Mula-mula saya macam malas nak sertai sebab peluang untuk menang kalau hantar penyertaan yang banyak dan Berita Harian pun dibeli pada hari biasa. Jadi minggu pertama tiada pun hantar. Cuma minggu ke-2 mak pula ternampak peraduan tu dan suruh saya masuk. Saya cakap "kita kena beli tiap-tiap hari." Mak cakap "takpelah,nanti beli." Maka saya pun masuklah peraduan itu dengan menggunakan nama mak. Saya cakap "pakai nama maklah untuk tukar angin." Lagipun mak saya yang menggunting peraduan dan dapat menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat. Saya pula setiap kali tengok peraduan tu macam malas nak susun perkataan. Lagipun saya macam tak faham sangat syarat peraduan maka akibatnya TIADA PERASAAN SERONOK. Apapun saya yang menulis jawapan dan butir-butir diri mak pada borang penyertaan, kepilkan, masuk dalam sampul surat, gam setem dan tulis alamat pada surat. Kira adalah juga saya sumbangkan. Moga berkat bekerjasama dengan emak yang bijak menyusun ayat maka kami akan menang. InsyaAllah. Hehe.
Ada satu lagi peraduan yang ini saya teruja masuk maka seperti saya beritahu pada pos sebelum ini, saya kena beli bukti pembelian. Ini tarikh tutup lambat lagi maka belum saya isi dan hantar. Nanti datang aura rajin atau aura tengah tak tahu nak buat apa bolehlah isi dan hantar. Sekarang ni tengah maraton tengok siri 'House' yang belum keluar di tv Malaysia, 4 siri saya belum tengok daripada siri 20 hingga 23. Jalan cerita siri ini memang tidak disangka dengan emak Cuddy nak saman hospital, Lisa Cuddy dan House. Ada pula siri House curi ubat eksperimen untuk kaki yang sakit sebab vicodin yang selalu dia makan tu tak berkesan.
Oklah ada lagi nak cerita tapi simpan untuk tulisan kemudian. Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Peraduan,
Peristiwa/Event,
TV Show
Sunday, May 29, 2011
Ringkasan Hari Ini
Assalamualaikum...
Bertemu kembali. Saya baru sahaja pulang ke rumah pukul 9 malam. Pulang dari melawat Wan dan sebelum balik singgah seketika di rumah Makchek. Nampaknya hari ini aktiviti banyak di luar.
Kenduri kahwin yang kami hadiri pun sangat seronok. Makanan kampung yang sedap. Ada masak lemak pisang muda. Nyum. Makan sangat cepat dan berselera. Kenderat pun bagus cepat sahaja mengisi air basuh tangan yang kosong. Meja pun bersih tak macam kenduri kahwin yang saya pergi semalam.
Ada singgah pasaraya Giant di kampung Wan, saya beli barang untuk masuk peraduan. Kena ada bukti pembelian.
Gembira saya dapat jumpa muat turun perkakas pembesar suara untuk pc umum ini. Dapatlah saya menonton America's Next Top Model musim ke-16 yang ada siri saya terlepas tengok semasa H kahwin. Nanti sambung tengok siri House, sitkom. Maka saya kembali menjadi pelawat setia laman tvblinkx.
Ok itu aje ringkasan hari ini. Jumpa lagi...
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event,
TV Show
Saturday, May 28, 2011
Aktiviti Hari Ini Dan Kisah Biskut Raya
Assalamualaikum...
Menulis waktu malam pula. Hehe, bertukar-tukar masa dan angin untuk menulis. Ok, seperti yang saya beritahu sebelum ini saya menemani emak ke Kolej Komuniti Masjid Tanah untuk belajar mengukir buah. Ketika sampai dalam pukul 9 pagi. Ada seseorang beritahu kelas mengukir buah pukul 10 pagi. Sementara nak 'bunuh masa' tu, mak,saya dan beberapa rakan sekerja mak pergi memerhatikan cara membuat pau secara sejuk beku. Memandangkan kami tidak daftar dalam kursus ni maka kami hanya memerhati peserta untuk membuat pau. Saya perhatikan resipi untuk doh pau tu lain. Oh untuk makluman semua, ahli keluarga saya terutama sanak-saudara sebelah emak memang bergiat dalam pembuatan makanan cuma kecenderungan jenis makanan lain-lain. Sepupu saya, Assila berkecimpung dalam membuat makanan sejuk beku seperti popia daging, samosa, pau goreng, karipap pusing. Makchek dan Uncle Abuk pula lebih pada masakan jenis kenduri kahwin atau menyedia makanan untuk jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah. Malahan ketika H kahwin, Makchek yang jadi katerer. Cik Ya pula membuat roti, kek, biskut raya dan sedikit jualan makanan sejuk beku. Malahan saya selalu menolong Cik Ya membuat biskut raya. Mimok pula, hmm boleh saya katakan menyediakan makanan yang pelbagai, membuat lauk-pauk,rendang sejuk beku, masakan barat. Pak Tam, Auntie Nani pula ke arah jual makanan untuk kantin sekolah. Pakcu dan Mak Lang pula di kaunter makanan (food court). Memang kalau kami berjumpa, topik adalah mengenai makanan, bertukar-tukar resipi dan demo masakan. Hehe. Kami adalah keluarga yang rajin masak. Kalau ketika hari perayaan, ketua tukang masak ialah Mimok. Dia yang akan menentukan masakan apa untuk dimasak beramai-ramai dan siapa masak untuk masakan apa. Mimok memang seorang pengkritik makanan. Siapa buat masakan apa, dia rasa dan kemudian beri komen. Haha adik saya Y pernah suruh Mimok masuk Masterchef.
Tahun lepas saya tak dapat tolong Cik Ya buat biskut raya sebab sibuk dengan hal lain. Maka ada biskut yang Cik Ya tak tawarkan untuk dijual. Mimok pula tanya kenapa tak buat biskut tu, nama biskut tu Snow Crown Princess, Cik Ya tunjuk pada saya. "Ni Na tak tolong Aya tahun ni, tu tak buat. Dia yang selalu tolong Aya buat biskut tu." Mok pandang saya, "Na buatlah." Saya pula asyik sebut "Ya Allah. Ya Allah."
"Apa asyik sebut ya Allah ni. Cakaplah boleh buat." Saya pula terkesima. Bukan apa biskut tu gila susah nak terap dengan lembut mudah rapuh berderai. Maksudnya mudah pecah. Mahu menangis buat biskut tu. Kena sabar buat waktu puasa dengan penat dan kena uli adunan yang sangat lembik. Memang biskut tu menguji kesabaran dan Cik Ya memang tak bagi orang lain sentuh adunan biskut dan biskut tu kecuali saya dan Cik Ya je. Maaflah Mok kerana mengecewakan. Lagipun kalau saya buat sendiri pun, saya tiada telap untuk simpan biskut.
Eh jauh lari tajuk. Sambung balik. Kami memerhati peserta membuat pau sambil bincang-bincang dengan emak. Buat bandingan, resipi ini lagi senang nak buat. Semangat mak saya nak cuba. Saya perati je takde ambil resipi.
Akhirnya kami tidak jadi belajar buat ukir buah pun. Pengajar masih tak bertolak walaupun dah hampir pukul 11 pagi. Tak silap dia ada hal di Putrajaya. Maka mak membatalkan untuk belajar mengukir buah untuk hari ini ditukar pada hari lain. Lagi pula mak dan saya nak menghadiri kenduri kahwin depan surau. Nanti apa kata tuan rumah kalau kami tak datang padahal rumah kami dekat aje.
Lepas Zohor pergi kenduri. Ramai orang ketika ini. Lauk memang sedap tapi waktu ambil tu katerer tu tengah nak isi semula. Servis orang urus angkat pinggan kotor, letak cawan memang lambat. Tak nak cakap hal ini.
Ok itu aje aktiviti hari ini. Penat tapi terisi juga masa. Jumpa lagi. Esok pun ada kenduri kahwin lagi. Maka cuti ini dihabiskan dengan makan di luar, makan lauk kenduri sahaja. Hehe. Tidak payah masak.
![]() |
| Biskut yang berwarna hijau itulah namanya Snow Crown Princess yang seksa nak buat |
![]() |
| Pilihan lain untuk biskut bercoklat |
![]() |
| Biskut yang Cik Ya tawarkan ketika saya membantu dia |
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Luahan,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event
Friday, May 27, 2011
Tulisan Tiada Gambar...Perkembangan Peraduan Undi Perisa Susu Kegemaran Anda
Assalamualaikum...
Bertemu kembali. Hari ini merupakan hari terakhir untuk mengundi perisa pilihan Dutch Lady. Setakat ini (saya baca di dinding), perisa pilihan saya karamel toffee mengungguli carta. Diikuti rapat dengan jagung, tembikai susu dan kacang merah. Haha semakin giat saya mengundi. Harap-harap karamel toffee akan terus di hadapan dan menjadi pilihan utama seterusnya perisa yang akan dikeluarkan dalam edisi khas.Keputusan perisa yang mengungguli carta akan diumumkan pada 29 Mei 2011 di Pusat Membeli-Belah One Utama, Damansara. Kalau korang tak suka karamel toffee menang baik korang undi banyak-banyak perisa pilihan korang. Hehe.
Pada sisi lain pula, esok bermula cuti sekolah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong sementelah akhir bulan, gaji pun dah keluar. Hehe. Bagi saya cuma pulang ke kampung dan menghadiri kenduri kahwin yang sangat giat. Mungkin satu hari sama ada Sabtu atau Ahad akan menghadiri 2-3 kenduri kahwin. Esok pula, insyaAllah teman mak hadiri kursus mengukir buah-buahan. Mak cakap, saya tak nak ikut buat pun takpe, sekadar perhati dan tahu bagaimana buah-buahan diukir. Mak memang rajin mengajak untuk temankan dia. Antaranya senam robik,pendaftaran pelajar asrama Tingkatan 1 dan lain-lain. Saya tahu saya ni kurang nak tambah pengetahuan untuk kemahiran hidup ni. Takpelah perhati ajelah mana tahu senang rupanya nak ukir buah (macam buat coklat gila kerepek senang) kalau bosan macam tadi saya melukis masukkan dalam blog, boleh pula saya mengukir buah-buahan untuk isi masa senggang. Saham diri sendiri pun boleh melonjak.
Tulisan ni nak menebus lukisan buruk rasa entahapa-apa yang saya pos sebelum ni. Mesti ada pembaca buka tulisan 'Bertukar Angin Untuk Melukis' merasa geram tengok-tengok lukisan tu aje takde isi. Jumpa lagi. Saya saja nak pelbagaikan pos. Harap-harap takde yang marah tengok lukisan tu.
Selamat hari Jumaat...
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Peraduan,
Peristiwa/Event
Thursday, May 26, 2011
Thank You Thursday
(Reminder for myself )
Assalamualaikum...
Good evening. The weather is cloudy right now. Rain poured heavily this morning. The weather is interchangeable between sunny and raining so it is not too cold or hot.
I am still voting for my Dutch Lady favorite flavor. InsyaAllah I shall vote until the date line. Huhu.
Alhamdulillah, my perseverance to write in my blog has never blown away. I am still fulfill and happy to do that. There are readers that reading my blog. They make me joyfully pleased. We can make choice to live happy or sad. How you want to act when you are facing with various situations, calamities; they are up to you. Decisions are yours.
Thank you again for reading my writing. See you again in the next writing.Good day.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Thought of The Day
Undilah Perisa Susu Dutch Lady Kegemaran Anda
Assalamualaikum...
Selamat pagi. Kuang-kuang dah berapa banyak undian saya buat sejak dari mengepos tulisan pasal 'Sebarkan Kebaikan Susu.' Bukan saya buat berturut-turut cuma ada waktu tiada depan pc kemudian kembali semula, undi sekali lagi. Setiap tempoh ada kelapangan, saya mengundi.
Harap-harap saya boleh menang dan anda yang ingin mencubanya boleh ke FB Dutch Lady. Senang nak mengundi. Boleh klik butang 'Like' atau ke 'Milk Election Express Voting Booth'.
Haha sambil menaip tulisan ini pun sempat mengundi :)
Tarikh tutup:28 Mei 2011
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Peraduan,
Peristiwa/Event
Wednesday, May 25, 2011
Sebarkan Kebaikan Susu
Assalamualaikum...
Wah cerita saya sebelum ni berkisar tentang zaman persekolahan. Maklumlah banyak kenangan tak dapat dilupakan. Sayapun rasa anda pun mesti akan terkenang-kenang zaman dulu waktu kita kecil dan remaja.
Saya pernah menulis tentang ketika saya kecil, saya seorang pemilih makanan dan mudah jatuh sakit. Maka salah satu galakan abah saya suruh saya untuk makan/minum ialah minum susu. Bermacam jenis/jenama susu tepung abah saya beli untuk saya minum tapi masalah saya tak boleh terima susu tepung apa lagi susu segar yang tiada perisa.
Sehinggalah abah membelikan susu yang mempunyai perisa barulah saya boleh telan dan minum sampai habis. Kalau tak sebelum tu, saya minum sedikit lepas tu buang. Sekadar minum. Tidak lagi apabila minum susu berperisa terutama daripada jenama Dutch Lady.
Amalan minum susu saya teruskan dan makin aktif minum ketika di universiti. Ketika sibuk tidak sempat sarapan maka susu berperisa coklat atau kopi menjadi pilihan saya ketika berjalan kaki atau duduk dalam bas ketika ke kelas. Setiap minggu purata 2 kartun kotak susu ( 1 kartun=6 kotak susu 250 ml) saya minum. Maka saya adalah pelawat setia Extra (tak silap nama pasaraya) di Mines untuk membeli kadang-kadang 4 kartun sekaligus untuk tempoh 2 minggu.
Susu mudah dicerna dan menggalakkan tumbesaran. Oh ok, saya nak bagitahu pada yang suka minum susu dan berminat masuk peraduan mudah. Dutch Lady menganjurkan undilah perisa yang anda gemari. Di mana perisa yang paling banyak diundi akan dipilih untuk dihasilkan dalam edisi khas. Hoho. Ada hadiah ok sesiapa yang mengundi. Senang kacang tanah. Sekarang ni siapalah yang tiada Facebook kan? Semua ada. Maka buka facebook dan cari Dutch Lady. Macam kat bawah bila dah buka laman Dutch Lady di FB.
![]() |
| FB Dutch Lady |
Klik pada butang 'Vote Now' atau kalau saya boleh sahaja pergi ke 'Milk Election Express Voting Booth' di sebelah kiri dinding. Maka akan keluar seperti di bawah.
![]() |
| Gambar muka Milk Election Express Voting Booth |
![]() |
| Masukkan maklumat diri dan pilihan perisa |
Lepas tu masuk nama penuh, no kad pengenalan/no paspot dan emel. Seperti di bawah. Lepas tu pilih perisa kegemaran anda untuk edisi khas iaitu
-
kacang merah
-
tembikai susu
-
jagung
-
karamel toffee
Saya peminat kopi mestilah memilih karamel toffee. Hehe, ikut selera anda nak perisa apa. Bila dah masukkan semua maklumat. Dah puas hati dengan undian anda maka jangan lupa klik pada butang 'Submit'. Maka keluar seperti ini di bawah.
![]() |
| Gambar muka setelah tekan butang Submit |
Saya rasa anda boleh nak undi banyak kali kerana hadiah disediakan lumayan juga iaitu
-
RM750 untuk undian ke 75 000
-
RM1000 untuk undian ke 100 000
Jangan lepaskan peluang memasuki peraduan yang mudah memandangkan korang suka lepak FB kan. Jadi takde masalah nak masuk, sesiapa pun boleh, tiada bukti pembelian ke apa. Nak ajak kawan-kawan lain untuk undi pun takpe. Cepat tau sebab tarikh tutup ialah 28 Mei ni.
Ok itu aje saya nak kongsi. Moga ada yang bertuah menang. Sayapun dah masuk peraduan ini dan memang senang. Nanti saya nak ajak mak saya masuk juga.
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Kenangan Lama,
Makanan dan saya,
Peraduan,
Peristiwa/Event
Tuesday, May 24, 2011
Mengenang Zaman Persekolahan Ketika Menjadi Orang Nomad
Assalamualaikum...
Selamat petang dan bertemu kembali. Semalam saya cerita pasal saya dan asam pedas maka teringat pula perbualan saya dengan Encik Lampard dulu-dulu.
Dahulu apabila Encik Lampard cerita dia dahulu sekolah di Henry Gurney, saya percaya bulat-bulat tak tanya sebab saya tak tahu pun tu sekolah juvana. Encik Lampard pula bila tahu saya percaya cakap dia, dia cakap lebih kurang begini "Z*** gurau la, N****, Z*** tak pernah sekolah kat situ". Haha maaflah Encik Lampard, saya masa tu tak tahu pun Sekolah Henry Gurney tu sekolah apa, ingat sekolah biasa takpun sekolah mubaligh maklum Melaka ni kan banyak sekolah mubaligh. Agaknya dia takut saya anggap dia pernah menjadi remaja bermasalah agaknya. Ala sebenarnya kita tak boleh sangat menilai orang. Manusia berubah. Ikutkan kita semua pernah buat perkara nakal. Kami ni sama je, kata orang Melaka (lahir sini) tapi hidup berpindah-randah.
Seronok ke hidup berpindah-randah ni? Tengok tempat, suasana dan sekolah. Tak seronoknya pindah waktu sesi persekolahan masih berjalan. Pindah dahla macam cap ayam, tergesa-gesa, masuk ke kawasan persekitaran baru, sekolah, kelas dan bertemu rakan sekolah baru. Nasib kadang-kadang dapat masuk kelas yang mempunyai murid-murid paling pandai, murid-murid paling kurang pandai, murid-murid yang kebanyakan nakal dan popular di kalangan guru disiplin. Saya pernah rasa, pandai-pandailah sesuaikan diri. Apapun ia mengajar saya supaya sesuaikan diri mengikut latar tempat. Kira saya ni jadi sesumpah, tukar-tukar warna.
Ada seseorang bagitahu ke mana saya pergi, saya akan popular. Terpulang saya nak popular cara baik atau cara buruk.Kalau taknak popular boleh tak?, saya bertanya dalam hati. Maka untuk memastikan benar atau tidak teori tersebut, saya mengingati apabila pindah ke sekolah baru kadang-kadang saya menukar karakter lain iaitu menjadi pendiam, duduk diam-diam membisu, bercakap apabila perlu dan bila ditanya sahaja. Duduk paling belakang. Ya memang popularpun saya, popular untuk dibuli. Kahkah. Seksa dibuli jiwa tak tahan lepas setahun baru ok persekitaran. Lepas tu popular pasal perkara lain pula.
Eh okla, cukup cerita waktu zaman persekolahan. Kesimpulannya bukan semua pengalaman itu teruk, ada manis juga. Seronok bercerita kepada mereka yang pernah mengalaminya macam Encik Lampard yang memahami. Tapi Encik Lampard, saya lagi banyak pindah-randah daripada awak. Haha.
Ok jumpa lagi semua.
P.S: Sekolah rendah entah berapa kali pindah.Tingkatan 1 pula sampai 3 kali tukar sekolah.
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Luahan
Monday, May 23, 2011
Awak Ni Orang Melaka Ke?
Assalamualaikum...
Selamat petang semua yang sedang membaca tulisan saya ini. Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan ceria selalu. Nyaris komputer umum ini tidak boleh dihidupkan. Mula-mula buka pukul 1 tengah hari tak boleh. Lepas masak, kemas dapur cuba lagi pukul 3 petang banyak kali cuba hidupkan baru boleh. Malam tadi memang tutup suis betul-betul, tutup untuk rehatkan pc sebab ikut nasihat adik jangan biarkan 24 jam tak tutup dan tak dipakai tapi bila nak buka mula-mula bermasalah pula nak hidupkan.
Ok abaikan sebab saya dah boleh buka dan menulis di blog. Alhamdulillah. Eh cepatnya masa berlalu, Sedar-sedar dah 23/5, hujung bulan dan akan memasuki awal Jun. Dah pertengahan tahun. Macam baru semalam je rasa berlangsungnya majlis H. Oh!Ya nak bagitahu (dah basi) yang saya takde pergi Pesta Buku tahun ini. Sedih :( Tapi tengok ada pula jualan kedai buku Popular di suratkhabar. Mungkin saya boleh beli satu dua buku.
Apabila orang tanya saya kedai asam pedas yang sedap kat kawasan saya, saya memang tak tahu kat mana. Nanti orang tu cakap "awak ni orang Melaka ke tak tahu mana tempat makan asam pedas yang sedap." Saya akan cakap, "saya lahir kat Melaka la cuma saya tak pernah makan kat kedai makan asam pedas yang saya rasa sedap." Gila geram kalau orang dengar jawapan saya macam tu. Haha jadi janganlah suruh saya jadi pemandu pelancong Jalan-Jalan Cari Makan suruh saya tunjuk tempat makan asam pedas yang sedap. Saya ni orang lain sibuk pasal asam pedas Melaka, saya kurang ambil tahu di mana dan tak pernah pergi pun rasanya. Ada sorang chatter ni cerita kat saya dia suka makan asam pedas di Big Apple, saya cuma dengar jerla tapi takde sibuk nak cuba rasa pergi makan situ. Bukan tak suka ke apa, entah biasa jerla. Bukan fanatik asam pedas kut. Entah, susah nak cakap saya makan jerla. Lagipun saya rasa yang paling sedap asam pedas saya makan ialah asam pedas di Masjid Tengkera, surau depan rumah saya (buat gotong-royong tak tahu siapa ketua masak) dan arwah nenek.
Hehe, betul ke saya ni orang Melaka? Ikutkan pada kad pengenalan ya, ikut percakapan secara keseluruhan tak kut. Takde masalah, saya suka asam pedas Melaka tapi bukan gila fanatik. Itu kesimpulannya.
![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event
Subscribe to:
Posts (Atom)

















