Nuffnang

Saturday, August 6, 2011

"Blog List Lepak Bersama Muz"


Assalamualaikum...

Awal pagi ni berminat masuk senarai blog Muz ni. Memang suka baca dan adalah saya komen sekali-sekala. 

Siapa berminat nak masuk senarai blog Muz boleh klik sini atau pada kain rentang bawah (header) Cepat tempat terhad kepada 100 blog terawal.




Friday, August 5, 2011

Blog Pencarian Jiwa Dah Ada Imej Kepala (Header Image)


Assalamualaikum...

Saya pernah tulis yang sekarang ni musim orang ubahsuai perabot kan? Aha nampaknya saya pun dah tukar perabot. Alhamdulillah tak sangka saya ada kepala blog baru (header) Terima kasih kepada Ummi yang buat secara percuma. Sungguh si Ummi ni takut saya tak berkenan hingga dia cakap tak guna pun takpe. Eh mana boleh begitu, saya minta buat. Dahlah saya ni selamba aje bagi dia spesifikasi kepala blog yang saya nak. Dia buat memang macam pa saya nak! Kali pertama tengok terus suka macam nak melompat. Saya suka yang mudah dan gambar pun dia ambil daripada blog saya. Hehe. Wombat tu jer dia cari tempat lain agaknya. Sangat comel. Memang wombat tu macam rupa mencari sesuatu macam tuan blog ni mencari jiwa. Haha.

Jadi silalah lawat blog Ummi ni yang lagi cantik daripada saya ni. Tengok perabot blog Ummi lagi kemas dan comel. 

Lepas ni masuk segmen, bolehlah tunjuk kepala blog sendiri. Memang sebelum ni masuk segmen, saya takde kasi kepala blog. Nasib baik syarat sertai segmen takde kena wajib ada kepala blog.

Imej Kepala Blog


P.S: Dup dap tunggu si Harisya nak kritik blog saya. 





Thursday, August 4, 2011

Qadak Dan Tampung Cepat-Cepat Kekurangan Kita

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar semua? Ada yang dah 'layu' tak larat nak angkat badan ke? Apapun harap-harap semua sihat yer. Alhamdulillah sudah memasuki hari ke-4 kita berpuasa.

Haha cakap pasal 'layu' semalam saya tak buka blog pun! Agaknya kerana tak mampu nak mengadap pc ni. Apapun nak dekat waktu sahur tadi barulah dapat melawat blog-blog yang setia datang masuk blog saya walaupun tuan punya blog tengah 'pancit'. Terima kasih tau. Jadi hari ini 2 tulisan saya sertakan untuk qadak semalam punya. Itulah cara saya kalau satu hari tiada maka akan digantikan pada hari berikutnya 2-3 tulisan untuk menampung tulisan yang kurang.

Ehem berkias. Maknanya kalau dah rajin qadak HAL KEDUNIAAN maka kalau perintah Allah pun kenalah lebih rajin kan? Ada yang dah tinggal puasa ke? Harap-harap tinggal puasa kerana uzur syarie tau. Kalau tinggal cepat-cepat ganti puasa tu kalau boleh lepas 1 Syawal, Syawal ke-2 atau bulan Syawal terus ganti puasa. Lebih molek kalau kita teruskan dengan puasa sunat 6 pula kan. Maklum kita tak tahu bila ajal kita. Kalau kita tangguh ganti puasa hingga hampir Ramadan akan datang takut tak sempat pula. Apa nak cakap nanti depan Allah?

Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi jika umur kita panjang. Maaf atas salah silap salah perkataan yang kurang dan ada perkataan, intonasi saya yang kurang enak. 

P.S: Nasihat untuk diri sendiri juga ni :)





Hadiah Yang Bermakna

Hadiah yang paling bermakna bagi saya ialah apabila didoakan kesejahteraan saya dalam diam-diam.

Jangan beritahu saya tau anda doakan saya :)






Wednesday, August 3, 2011

Pencarian Jiwa (Soul-Searching) And Finding Your Mojo


Assalamualaikum…

Hoho tajuk tak boleh tahan canggih. Terima kasih pada Lana yang tanya lebih lanjut tentang pencarian jiwa tu. Asal-asalnya saya komen tulisan dia pasal dia yang ‘slow’ pada bulan Ramadan. Saya tulis Lana kena buat pencarian jiwa 2-3 hari lepas tu mesti bersemangat nak menulis semula. Lepas tu saya tambah komen tentang ‘mojo’. Aha apa ‘mojo’ tu kan? Mengikut pemahaman saya (kalau silap atau terkurang boleh tambah pada ruangan komen tu yer) macam keghairahan untuk buat sesuatu. Faktor  X yang membuatkan kita beria-ia membuat sesuatu tu bersungguh-sungguh. Setiap orang mempunyai faktor X yang berbeza kan apabila menulis pada blog. Jadi apabila kita hilang ‘mojo’ tu mungkin juga sebab kita hilang ghairah kepada faktor X yang membuatkan kita menulis blog.

Jadi kalau kehilangan ‘mojo’ tu elok kita buat pencarian jiwa. Cari balik sebab-sebab mengapa ‘mojo’ kita hilang. Waktu ni waktu nak bersendirian menanyakan diri sendiri “apsal aku slow waktu ni? Apsal tak bersemangat ni?” Jadi ingatlah sebab yang menyebabkan dulu-dulu kita bersemangat nak menulis pada blog. Mungkin sebab kita lupa tujuan atau semangat apa kita berblog, itu yang hilang ‘mojo’ AGAKNYA. Apabila ingat semula tujuan/ faktor X anda yang membuatkan anda terbakar JIWA RAGA untuk menulis, insyaAllah semangat dan keinginan nak menulis akan muncul semula.

Sayapun manusia biasa pernah gak alami perkara ini. Malahan kadang-kadang tu rasa macam kerap juga. Kalau anda perasan pernah kan saya tulis pasal kekurangan jiwa pada blog. Itu waktu takde semangat la tu. Mencari semangat dengan luahan hehe moga-moga bersemangat menulis pada blog. Lagipun saya ni memang selalu buat pencarian jiwa, kalau ada tak kena pada jiwa mulalah bermonolog pada diri.

Ok ini pendapat saya. Bolehlah tambah-tambah mana kurang atau betulkan mana tak betul yer. Terima kasih. Jumpa lagi. 


P.S: Harap-harap lepas tu jumpa 'mojo' kembali






Tengok-Tengok Pemandangan Sambil Cari 'Mojo'


Tuesday, August 2, 2011

Laksa Dan Ngomelan Saya Hari Ini



Assalamualaikum…

Selamat berbuka semua. Hari ini menu berbuka ialah laksa utara. Wah-wah semalam laksa lemak (laksa Melaka). Esok agaknya laksa Johor. Hehe apapun tiada rungutan sebab saya memang suka makan laksa. Kegilaan diri untuk makan. Cuma saya belum pernah makan laksa Sarawak. Camner eh? Sedap tak?

Memang waktu berbuka dan sahur tak berapa suka makan nasi kecuali kalau saya di rumah Cik Ya memang kena makan nasi sebab untuk tambah tenaga buat biskut dan Nescafe tidak boleh diminum ketika sahur sebab saya perasan saya mudah rasa haus waktu siang. Waktu buka takpe minum Nescafe. Apapun Cik Ya perasan saya tak berapa jalan nak makan nasi malah sanggup buat makanan bersup/berkuah untuk saya. Suka soto Cik Ya

Siang tadi berjalan sekejap-sekejap ke blog. Tak larat nak terus-terusan pergi ke semua blog pada satu masa. Sedikit-sedikit pergi 2-3 blog lepas tu berehat dari pandang pc. Entah mengantuk tengok dan tak sanggup duduk lama-lama di kerusi seperti biasa. Kalau waktu lepas berbuka, tengah malam dan hampir serta selepas sahur bolehlah. Tapi waktu tengah hari/petang tak boleh berlama-lamaan.

Hehe maaf gambar laksa simpanan sendiri tiada. Malas nak ambil lagipun sibuk kat dapur takkanlah saya nak menyelit tangkap gambar pula kan. Lagipun nak ambil gambar pun kena elok-elok dan bersedia.

Apapun terima kasih semua yang sudi baca dan lawat blog saya. Maaf atas salah silap terkurang bahasa kalau saya ada komen/tulis di kotak jerit korang punya kekurangan perasa. Jumpa lagi yer. 

P.S: Mood hari ini macam ke longkang je mungkin sebab dapat mimpi yang menyampah dan entah apa-apa.






Kebun Pisang Di Pinggir




Hari Mantai: Menjamu Selera Di Muara Sungai Duyung



Assalamualaikum…

Alhamdulillah berlalu sudah puasa pertama. Buka apa anda hari pertama tersebut? Saya makan sebiji kurma, laksa Melaka dan air kopi. Tahu tak laksa Melaka macam mana? Laksa Melaka ni kuah masak lemak letak daun kesum, kerang rebus, udang dan sotong. Makan dengan mihun, cili hiris, timun hiris dan taugeh.

Ok tulisan ini masih lagi tak habis cerita pasal hari mantai tu. Maklum banyak aktiviti yang saya lakukan. Lepas pergi PC Fair di MITC untuk cari cakera keras 500GB, balik rumah sekejap untuk solat dan mandi.

Memandangkan malam akan bermula terawih maka kami sekeluarga makan awal pukul 6 lebih di Restoran Muara Sungai Duyung.

Sini lebih kepada nasi lemak bungkus yang disediakan dalam daun pisang, jimat sikit tiada pinggan. Pada awal-awal diberikan cili api bersama limau nipis dan kicap untuk cecah. Mak pesan sotong goreng tepung, udang masam manis, kupang masak sambal, ikan kukus, otak-otak, kailan ikan masin untuk 6 orang. Air pula air kelapa muda sebiji dan air tebu 1 jag. Harga berpatutan jugalah iaitu RM131.40. Bolehlah siapa-siapa nak makan makanan laut singgah di sini.














Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung - Hadapan Kedai


Memilih Untuk Duduk Menghadap Ke Muara Sungai


Makanan Yang Awal Tiba -Nasi Lemak, Kicap Bercili Dan Otak - Otak


Nasi Lemak Saya Ambil Lauk Sambal Kupang, Udang Masam Manis Dan Sotong Goreng Tepung



Monday, August 1, 2011

Resipi Mudah: Pai Epal Nyum - Nyum





Assalamualaikum…

Memandangkan 2 hari tak kemaskini blog maka perlulah gantikan hari-hari tak buat dengan tulisan baru. Hari ini nak kongsi buat pai epal nyum-nyum yang mudah. Siapa-siapa yang nak cuba buat untuk buka puasa bolehlah buat yer.

Sebelum tu saya ada terangkan resipi nak buat kulit pai di sini tapi tulis balik untuk resipi lengkap.

Bahan kulit pai yang rangup

1 cawan mentega yang dipotong kiub (sejuk yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
2 ½ cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
½ cawan air ais (air+ais kiub)
½ sudu the garam

Cara membuat kulit
  1. Campur tepung dan garam dalam mangkuk besar.
  2. Pecahkan kiub-kiub mentega sejuk bersama campuran tepung dan garam.Gaul sebati.
  3. Selang-seli masukkan air ais dan gaul hingga tepung tidak melekat pada mangkuk.
  4. Masukkan dalam plastik dan kemudian biarkan rehat dalam peti sejuk sehingga sejam atau hingga nak guna.


Bahan inti

1/3 cawan gula perang
¼ cawan tepung serbaguna/tepung gandum
½ sudu teh serbuk buah pala
½ sudu teh serbuk kayu manis
8 biji epal hijau (buang kulit, empulur, potong 4 dan hiris setiap potongan memanjang)
2 sudu mentega
1 biji perahan air lemon


Cara membuat inti
  1. Gaul semua bahan kecuali metega dalam mangkuk adunan.


Cara membuat pai
  1. Keluarkan kulit pai dari peti sejuk.
  2. Tabur tepung pada tempat canai
  3. Bahagi 2 adunan kulit tersebut
  4. Canai doh hingga ketebalan 1-2 cm. Gris mentega pada loyang. Letakkan pada loyang atau loyang pai yang berjejari 9 inci. Pastikan kulit pai ditekan-tekan hujung loyang. Pastikan kulit pai tidak koyak.
  5.  Letakkan semua inti dan kemudian letak cebisan mentega di atas sekali. Tutup inti pai dengan kulit pai yang separuh lagi.
  6. Buat lubang pada atas kulit pai untuk memastikan wap keluar.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah Celcius dan masukkan pai. Bakar sehingga 50 minit. Selepas 20 minit pertama, buka ketuhar dan letakkan cairan mentega untuk mencantikkan kulit pai (kulit pai jadi kekuningan-ini pilihan)
  8. Apabila siap, rehatkan pai untuk suhu bilik dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan aiskrim.



Selamat mencuba. Rasa pai yang lemak, masam dan manis.



Pai Epal Yang Baru Dikeluarkan Dari Ketuhar



Makan Begitu Sahaja


Hari Bantai- Bakar Lomang

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Maaf lama tak menulis di blog kerana tuan blog ni balik kampung sempena hari bantai dan balik semalam petang lepas pergi PC Fair di MITC kemudian pergi makan petang makanan laut di Muara Sungai Duyung. Malam pula tuan blog ni tak sihat pula sakit kepala dan awal pagi pukul 3 pagi pula bermasalah nak buka pc umum.

Apapun alhamdulillah sekarang ini ada kesempatan nak menulis dan insyaAllah baca-baca tulisan blog yang saya ikuti.

Ok layan gambar-gambar lemang yang diambil kelmarin dan semalam. Memang hari bantai, Uwan buat lomang dan Pak Tam atau Pakcu bakar lomang untuk makan dan sedikit ada jual pada orang dengan harga RM7 sebatang.

Lemang Yang Dah Dimasak. Kanan Tu Tinggal Buluh Sahaja (Dah Dikopek)


Tempat Bakar Lemang


Jumpa lagi.






Friday, July 29, 2011

Sekarang Ini Musim Menukar Rupa Paras Dan Perabot Blog

Assalamualaikum...

Wah-wah berjalan-jalan ke blog, kebanyakan blog yang saya lawat buat/tukar perkakas/perabot blog. Ada yang ubah kepala blog (header), ada yang tukar warna dinding blog ada tambah perabot, ada buang perabot. Ada tukar rumah daripada blogspot kepada wordpress. Ada beli rumah baru. Wah meriah dan memang cantik-cantik apabila dah tukar/tambah/kurang perabot. Makin berseri-seri.

Saya pun pernah nak ubah-ubah perabot tapi masa saya buat tu tiba-tiba blogspot ditutup hampir sehari ketika itu. Terus terbantut niat. Sekarang ni belum lagi rasa nak ubah tapi ada gak teruja nak buat apabila tengok blog-blog yang dilawati kebanyakan berwajah baru dan segar pula dekorasi yang diletak. Hehe saya nak kepala blog ada kain rentang (banner) tapi tulah tak reti buat dan saya takut lagi berat pula blog ni kalau ada kain rentang. Lagi pula kawan saya cakap jangan buat dan betulkan perkara yang sedia ada kalau tak reti lagi nanti menjahanamkan blog sendiri.

Itu jerla nak tulis. Jumpa lagi. Kepada tuan rumah blog yang baru tukar perabot dan warna dinding blog tahniah yer. Cantik dan kemas. 

P.S: Rasa macam Eric Leong dalam Casa Impian je buat perubahan dalaman rumah. Hehe





Rumah Di Kebun Pisang Yang Minta Dihias




Adakah Selamat Memberikan Permit Senjata Api Kepada Orang Awam?


Assalamualaikum…

Salam awal pagi Jumaat. Rasa nak menulis ketika ini kerana kelajuan internet yang memuaskan. Kalau siang nanti tak berapa laju kerana Y dan M pun akan gunakan internet pada laptop dan i-Pad masing-masing.

Saya nak buka topik penggunaan senjata api atau secara khususnya pistol oleh orang awam. Selamat ke? Adakah memberi kemudahan/keselamatan kepada orang yang memilikinya? Mula-mula rakan sekolah saya bertanya sebab dia tengok siri ‘Justified’ (maaf saya tak tengok siri ini) tapi awal tengah malam tadi saya tengok siri terbaru Law and Order: SUV pasal seorang mangsa rogol yang ditembak kejam. Sepatutnya dia kena bagi keterangan di mahkamah dan dia cam perogol terlibat. Perogol ni pula hantar orang takutkan dia. Orang yang dia hantar untuk takutkan perempuan ini yang berlebih-lebih bunuh perempuan tersebut. Pistol yang dia gunakan pula diberi oleh pegawai ATF (Bureau Of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives) – organisasi yang bertanggungjawab terhadap kesalahan penggunaan senjata api, letupan, penyeludupan alkohol dan tembakau. Ironi kan orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan senjata api beri kepada yang tidak layak? Tiada siasatan terperinci, beri dengan mudah senjata api kerana orang yang membunuh perempuan tersebut merupakan pemberi maklumat kepada ATF dan dia minta senjata itu dengan alasan untuk perlindungan diri tetapi dia menyalahgunakan pistol tersebut.

Akhir sekali apabila Detektif Benson dan Stabler tangkap ketiga-tiga yang ada kaitan dengan pembunuhan perempuan tersebut: perogol, pembunuh dan pegawai ATF, anak perempuan kepada mangsa datang ke balai polis dan melihat ketiga-tiga tertuduh. Keluar untuk balik tapi masuk semula tiba-tiba menembak ketiga-tiga tertuduh yang ada dalam penjara sementara dan tembak seorang perempuan pemberi maklumat yang tidak bersalah. Detektif Stabler suruh budak perempuan ni letakkan pistol tapi ketika itu si pembunuh tu belum mati (cedera sahaja) membuat provokasi kepada budak perempuan tersebut dengan mengatakan “saya sepatutnya bunuh kamu dan emak kamu.” Budak tu apa lagi sangat marah nak teruskan tembak tapi Detektif Stabler terpaksa tembak budak perempuan ni dahulu. Budak tu dah terbaring dan Detektif Stabler terus meluru. Budak tu cakap “mudah dapat senjata api hanya di seberang jalan.” Bayangkan kekecohan berlaku dalam balai polis!

Siri ini membuatkan saya terfikir akibat senjata api dimiliki oleh orang yang salah. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak telus. Kesimpulannya begitu mudah mendapat senjata api tanpa permit, sesiapa pun boleh guna senjata api. Keadilan tak dapat ditegakkan kerana manusia menghukum manusia lain dengan tidak mengikut sistem undang-undang yang ada.