Nuffnang

Tuesday, June 21, 2011

Tak Boleh Terburu-Buru. Kemusykilan Dengan Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian


Assalamualaikum...

Untuk tajuk: Pengisian Jiwa Di Awal Pagi. Klik sini

Selamat petang semua. Haih, ada kemusykilan bermain-main di fikiran pada awal pagi. "Aku tersalah isi borang peraduan ke?," getus hatiku.

Pertanyaan seorang pembaca tentang di mana perkataan 'berkebun' dan 'hipertensi'. Mula-mula ingatkan dia tak jumpa borang perkataan tu. Lepas tu ada lagi susulan soalan rupanya dia bukan berkehendakkan jawapan yang saya berikan. Saya pun dah pelik. Memberi perincian lagi lebih kurang sama dengan penerangan mula-mula. Lepas tu otak saya giat memikir, apa sebenar soalan dia yang kurang tepat saya jawab. Lepas tu saya cari penerangan peraduan tersebut di enjin carian.

Tiba-tiba timbul di otak "eh kena cari perkataan yang diberi dalam artikel ke?" Apakah itu maksud pembaca tersebut? Saya dah cuak sebab dari siri ke-2 hingga siri ke-5 maknanya ada kemungkinan saya tersilap isi.

Baru saya sedar, saya kurang faham dengan peraduan ini. Ada kekaburan. Malahan awal-awal penyertaan, saya rasa berat hati nak masuk. Yelah apabila borang peraduan hari Ahad tertancap pada mata saya, saya pelik.

"Apebenda yang bulat-bulat ni. Nak isi apa?" saya tanya pada mak.

Masa tu mak yang gunting semua sampai borang terakhir minggu ke-2 dan berikan kepada saya untuk saya mengisi borang. Pelik terdapat 5 bulatan. Dalam penerangan peraduan tiada pula penerangan tentang bulatan tersebut.Garis panjang tu saya agak (entah betul entah tidak) untuk saya tulis ayat lengkap. Sudahnya bulat-bulat tu saya isi juga perkataan dan no yang berkaitan perkataan tersebut.

Lepas tu saya terfikir hingga nak lelapkan mata tidur. Teringat peraduan siri ke-4 ada perkataan DAN. Kalau cari DAN dalam artikel macam tak logik sebab kata hubung tersebut memang kerap digunakan. Jadi saya terfikir bukan cari perkataan dalam artikel agaknya.

Entah pening. Kesimpulannya tak boleh terburu-buru lompat pada sesuatu perkara. Sesiapa ada pandangan, tahu perkara ini atau ada teguran benda saya silap buat boleh tinggalkan komen. Terima kasih.

Tenang



Monday, June 20, 2011

Saya Ditinggalkan...Ringkasan Hari Ini



Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap sihat dan ceria hendaknya. Sambungan internet streamyx saya rasa makin lama makin teruk. Tak laju seperti dahulu. Takkanlah kenalkan perkhidmatan baru, perkhidmatan lama tidak diendahkan atau kualiti tidak dijaga? Patutnya awak kena kekalkan perkhidmatan terbaik supaya pelanggan tak lari. Bayangkan saya tengok siri 2 Masterchef episod 80 tak lepas dari malam tadi sebab internet yang tak stabil dan lembab sangat. Sabar jerla.

Esok mak akan berkursus, tinggalkan saya dengan abah berdua hingga hari Khamis. Saya terfikir nak keluar jalan-jalan ke JJ beli bahan-bahan nak buat lasagna. Hehe. Masalah saya ni jenis malas keluar rumah sorang-sorang kalau tidak terpaksa. Harap-harap bersemangat nak keluar untuk beli. Pelikkan? Kalau orang lain pula tiada masalah nak keluar berjalan.

Peraduan Cari Cantum Menang minggu ke-5 dah hantar. Tidak sabar menunggu keputusan pemenang. Kalau saya dah tahu siapa pemenang, saya akan tulis. InsyaAllah. Tunggu dan lihat.

Akhir sekali nak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya. Jumpa lagi.