Nuffnang

Friday, July 29, 2022

Karung Yang Sentiasa Menjadi Perhatian

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hujan lebat tadi apabila selesai beli barang di Mydin Mall MITC. Bungkusan di bawah sentiasa akan menarik perhatian orang tertentu. Mungkin besar seberat 7 kg. Senang beli sekali tidak payah berulang-ulang tiap-tiap bulan beli.

Karung 7 Kg Ikan Tuna Segar Powercat



Begitulah tadi ada makcik terhenti depan troli ketika saya duduk di bangku ambil nafas dan memulakan perbualan kata dia beli makanan kucing jenis yang saya beli dan ia tidak mahu makan. Apabila nasi digaulkan dengan ikan baru makan.

"Kucing saya taknak makan nasi. Kucing saya kucing biasa saja macam dalam gambar", saya membalas. 

"Kucing makcik kucing biasa juga."

Anaknya dah sibuk tarik tangan untuk teruskan jalan. Haha kasihan. Makcik itu macam hendak borak lagi dengan saya.

Sebelum itu iaitu 2 bulan lepas, sama juga ada orang tegur saya. Lelaki itu kata rugi bagi makanan kucing kering yang mahal kepada kucing biasa. Dia suruh beli ikan murah. Masalahnya saya malas hendak rebus hari-hari. Saya diam sahaja dengar pendapatnya.  Bagi saya asal kucing saya makan, alhamdulillah. Ada juga kadang-kadang bagi lain daripada makanan kucing yang selalu beli.

Ada juga rasa hendak cuba produk jenama lain atau makanan kucing yang basah. Tukar selera untuk kuving. Tengoklah bagaimana. Teragak-agak. Tadi ingat hendak cari yang bungkusan hijau jenama sama, tiada pula.

Korang bagi kucing makanan apa atau jenama apa ya? Sila kongsi. Terima kasih.

Thursday, July 28, 2022

Terlentang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tinggal 3 hari masuk tahun baru Hijrah.

Kacama sudah makin besar. Makin rajin merayap dan memilih makan. Ya manusia pun bosan makan benda sama. Jadi berilah apa yang kita makan macam ayam goreng, ikan goreng, kari daging ke. 

Lagi satu Kacama suka sepahkan barang dan kadang-kadang cuit baju hingga jatuh di ampaian. Tidur pun lasak. Kadang-kadang terbongkang, terlentang tidur. Penat benar ya malam-malam pergi bermain dengan kucing-kucing jiran.

Aksi Tidur Terbongkang



Apapun alhamdulillah tiadalah buat hal yang peningkan saya. Apapun saya kena kemas barang-barang yang disepahkan.

Tuesday, July 26, 2022

Giveaway BZ Satu 2022

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah lama tiada peraduan. Kebetulan tengah malas menulis jadi marilah sertai.

Syarat-syarat peraduan memang mudah. Klik pada kain rentang di bawah:

GIVEAWAY BZ SATU 2022



1. Ikuti blog Zarida- Sudah. Lama ikuti blog ini.

2. Alamat di Malaysia- Ya memang tinggal di Malaysia. 

3. Buat pos dengan tajuk  GIVEAWAY BZ SATU 2022 beserta kain rentang, terbitkan pos dan buat pautan ke pos peraduan penganjur- Tengah buat.

4. Tinggalkan pautan pos korang pada ruangan komen penganjur- Sudah.

Tarikh tutup: 13 Ogos 2022 pukul 11:59 malam.

Hadiah-hadiah menarik disediakan.

Semoga berjaya semua.

Monday, July 18, 2022

Terima Hadiah Daripada Puan Saranur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah pagi Isnin yang panas, selamat terima barang daripada Poslaju.

Bungkusan Diterima 11 Pagi Lebih



Penghantarnya tidak lain tidak bukan ialah pemilik blog saranur74.blogspot.com. Hadiah diterima kerana dapat meneka harga nasi campur dengan tepat.

Terima kain pasang berbentuk geometri warna merah tua Raifili. Lembut kainnya. Terfikir untuk buat apa. Sama ada buat kain baju kurung atau kain telekung untuk solat.

Kain Padang Berbentuk Geometri Jenama Raifili



Terima kasih ya Puan Saranur. 

Friday, July 15, 2022

Raya Haji Yang Memberi Kesan Pada Jiwa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjumpa lagi. Bagaimana raya haji korang? Bagi saya sambutan sangat senyap dan banyak buat refleksi diri. Banyak fikir apa sepatutnya dilakukan pada raya haji dan pembaikan yang patut dilakukan pada raya haji. Banyak makan daging lembu dan kambing. Rasanya berturut-turut dari raya pertama ke hari tasyrik makan daging. Puas makan. Ada lagi daging kambing bakar tidak makan lagi.

Laksa Pedas Singapura Mi Sedaap



Hehe sempat juga cuba Mi Sedap Laksa Pedas Singapura. Ada yang suruh buat penilaian. Bagi saya kecewa sedikit kuahnya tidak rasa seperti laksa. Ia lebih rasa kuah mi kari. Kurang rasa bunga kantan dan masam. Tidak pedas sangat. Tidak teruja untuk cuba lagi tapi kalau saya buat lagi, saya akan cuba tingkatkan rasa kuahnya dengan tambah bunga kantan dan tambah limau kasturi. Kita tengok hasilnya nanti. Mungkin tingkatkan rasa pedas juga.

Kesimpulannya raya haji ini banyak beri kesan pada jiwa. Tidak boleh perincikan perjalanan jiwa. Syahdu sedikit.

Sekadar renungan:
Surah Al-Mujadalah ayat 12

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak menghadap untuk bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW, hendaklah kamu bersedekah (kepada orang miskin) sebelum menghadapnya. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih. Tetapi jika kamu tidak ada apa-apa untuk disedekahkan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Mahal Penyayang.
 

Monday, July 4, 2022

Terima Sampel Daripada Sproutme

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tiada perkhabaran, tiba-tiba ada orang bunyikan hon depan rumah. Terima bungkusan. Tidak pasti siapa beri.

Rupanya pihak Sproutme yang beri sampel. Ada terima emel daripada pihak mereka 9 hari lalu tentang produk sampel yang ingin ditawarkan untuk dicuba. 

Sampel-Sampel Yang Dapat



Saya cuma minta 2 iaitu sampel cecair pencuci pinggan  Solve dan pelembut fabrik Royale. Tidak sangka dapat juga sampel Laksa Pedas Singapara Mi Sedaap. Sampelnya bukan satu bungkus tapi satu pek besar dengan 5 bungkus. Bukan sampel macam suruh makan puas-puas sahaja. Hehe.

Nanti hendak cuba semua. Kalau bagus boleh beli tapi Laksa Pedas Singapura ini tidak pasti ikut selera. Kalau pedas menyengat dan sedap hingga termimpi-mimpi boleh beli.

Untuk pengetahuan semua, pertama kali saya terima sampel daripada Sproutme. Sebelum ini Sproutme ada tawarkan makanan anjing jadi tiadalah hendak sampel tersebut. Lepas itu ada teh, saya mohon tapi macam tidak berjaya. Ini tidak sangka dapat. Alhamdulillah.