Nuffnang

Monday, May 31, 2021

Selesai Puasa Enam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai hari ini. Sudah tutup buku puasa 6. Dugaan pula hendak tamatkan puasa 6.

Ketika gembira hari terakhir puasa 6, siap hendak lompat bintang lagi sejam (tidak sampai sejam pun) sudah bolos. Haha saya berusaha tapi rancangan Allah pasti berjaya. Maka persiapan berbuka terus dimakan. Teringat hari terakhir saya makan laksa utara.

Takpelah ingat hari-hari bahagia ketika berbuka untuk ganti puasa dan puasa sunat. Dilimpahi makanan enak.

Kombo Burger KFC RM10



Antaranya dapat buka dengan kombo RM10 KFC, dapat mangga harum manis satu kotak, nasi beriani. Abah memang bijak sebab hendak dapat pahala beri orang puasa makan. Saya pun patut buat begitu 

Oklah kepada yang masih berpuasa, selamat berpuasa dan bersedia berkurung sepenuhnya esok.

Thursday, May 27, 2021

Dapat 20 Juta!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Bukan 20 juta ringgit atau 20 juta dollars. Hehe tapi 20 juta pandangan muka surat (page view) blog Amie's Kitchen.

Page Views 20,000,000



Tidak sangka dapat tangkap dengan tepat.

Lagi seronok ingatkan dapat RM50 tapi RM70. Moga murah rezeki Puan Amie.

P.S: Siapa hendak suruh saya tangkap nombor? Hehe. Harap ada rezeki lagi untuk dapat.


Thursday, May 20, 2021

Giveaway Raya 2021 - Duit Raya By Bola Katok

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(TAMAT)

Satu lagi peraduan. Ia sangat mudah. Klik kain rentang di bawah untuk ketahui syarat-syarat penyertaan.

Giveaway Raya 2021- Duit Raya By Bola Katok



Peraduan berlangsung 2 minggu iaitu 19 Mei - 2 Jun 2020.

Hadiah disediakan untuk pemenang:

RM20 -1 orang pemenang

RM10 - 2 orang pemenang

RM5 - 1 orang pemenang



Pemilihan pemenang melalui random.org

Saya tag: Nur dan Atiqah Najihah.


Tuesday, May 18, 2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(TAMAT)

Ada kelapangan dan kerajinan jadi sertai peraduan daripada Suria Amanda. Klik kain rentang di bawah untuk tahu syarat-syarat penyertaan.

1st Giveaway Sempena B'day SA 6/6/2021



Oh saya sudah tanya kalau ada socmed yang tiada, SA cakap boleh. Jadi saya ikuti mana saya ada.

Tarikh tutup 6 Jun 2021 iaitu tarikh lahir SA. Semoga murah rezeki SA untuk terus memberi. Amin.

Tarikh pengumuman pemenang pada 7 Jun 2021. Pemilihan seramai 6 orang hadiah misteri dan 10 ahli tingkap dimasukkan dalam senarai blog.

Pemilihan secara random.org

Peningkatan Klik

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2-3 hari kurang ambil berat pasal blog. Hari ini buka emel dapat notifikasi daripada google. 

Emel Daripada Google

Peningkatan lebih 1000%  klik untuk pos Shogun Burger. Tulisan ini tahun lepas punya.

Pertama kali dapat notifikasi ini.

NZ Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(TAMAT)

Sementara tunggu waktu berbuka, marilah kita sertai segmen dianjurkan Siti sempena harijadinya pada 14 Mei. Klik kain rentang untuk baca syarat-syarat penyertaan. Ada 2 kategori jadi pilih salah satu dahulu.

NZ Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip



Tarikh tutup ialah 31 Mei 2021. Mari sertai.


Saturday, May 15, 2021

Selesai 1 Hari

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Anda bertanya satu hari apa? Satu hari puasa ganti. Lagi 3 hari puasa qada' dan 6 hari puasa sunat. Selamat menjalani marathon puasa kembali. Hehe rasa gembira. Awal-awal dapat buat. Ya asbab tidak dapat berkunjung baik kita gantikan dengan aktiviti puasa.

McDonald's McChicken



Hari pertama puasa, abah belanja McChicken. Terima kasih juga beri duit raya. Rasanya tidak pernah putus abah beri duit raya tiap-tiap tahun. Ironi makin besar makin banyak duit dapat. Hehe. Alhamdulillah. Don't worry duit dapat akan digunakan pada jalan Allah. Saya akan buat pelaburan akhirat, kebaikan dapat juga pada pemberi.

Doakan saya dapat habis buat. 9 hari lagi. Jumpa lagi.

Thursday, May 13, 2021

Juadah Berbuka Terakhir Ramadan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Satu kelainan dan perkara baru raya tahun ini ialah emak dapat resipi kek keju terbakar (burnt cheesecake) guna penggoreng udara (air fryer). Memandangkan bahagian air fryer kecil maka terpaksalah guna ketuhar. Apapun menjadi. Bau vanila dan karamel terbakar itu ada. Tidak terlalu manis, lembut seperti kek keju kapas Jepun (Japanese cotton cheesecake)

Kek Keju Terbakar

Coretan menu terakhir berbuka puasa. Memandangkan berbuka puasa terakhir bermakna 1 Syawal menjelma maka menu berbuka ala-ala makanan raya iaitu nasi impit, rendang ayam dan sambal udang. Pulut kuning itu dapat ketika berbuka masjid bawa balik ketika pertengahan Ramadan. Ada kuah lontong tapi rasa hendak makan ketika pagi Syawal.

Juadah Berbuka Terakhir Ramadan


Jumpa lagi. Alhamdulillah sudah mandi sunat Aifilfitri. Tunggu untuk solat sunat. Pakai baju raya lama tapi masih nampak cantik. Terlalu banyak baju kurang sampai tidak ingat ada baju ini.

Wednesday, May 12, 2021

30 Ramadan 1442

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai tarawih terakhir Ramadan. Syukur masih dapat solat di masjid walaupun saya ingat tidak dapat sebab sudah hampir PKP. Sekarang ini tumpu untuk qiamulail pula.

Ya Allah terimalah amal ibadatku. Banyak betul dugaan. Mengantuk jangan cakap. Kuat betul mengantuk.

Sempena hari terakhir tarawih dan boleh solat di Masjid Al-A'lami maka saya beli "Sambal Goreng Letop Cinta" yang diletak berhampiran pintu masuk tempat solat wanita. Harga RM10. Bayar masuk tabung disediakan. Ketika masuk tinggal 2 botol, lepas habis solat terus tiada. Laku betul. Kali ke-2 beli. Pertama kali beli ketika awal Ramadan. Boleh tahan sedap. Ikan bilis rangup dan sudah berkopek. Ia sangat pedas. Memang penambah selera makan saya. Diakui saya tidak lalu makan sangat.

Sambal Goreng Letop Cinta



Apapun tulis coretan ini sebagai kenangan saya dapat bertarawih di masjid. Tahun depan tidak tahu cerita bagaimana.

Express Kad Raya GA 2.0 By Nina

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(TAMAT)

Cepat 2 hari sahaja. Klik kain rentang untuk tengok syarat penyertaan. Ia sangat mudah.

Express Kad Raya GA 2.0 By Nina



Tarikh tutup 11 Mei-12 Mei 2021 (tamat 10.00 malam)

Pemenang dipilih melalui pilihan rawak (random.org)

Kad raya akan dikirim ketika Syawal.

Harap bernasib baik.


Wednesday, May 5, 2021

Maaf Dipinta

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sempena bulan Ramadan, saya ingin memohon maaf atas salah silap kata-kata/tulisan, komen yang diberikan atau alpa membalas komen/soalan.

Maafkan saya yang lemah. Ok mari kita kejar malam Qadr nanti. Hari ini sudah 23 Ramadan.

Kalau ada soalan yang pembaca ada tanya sebelum ini saya terlepas pandang, bolehlah tanya balik di ruangan komen pos ini balik.

Terima kasih. Maaf sekali lagi. Jumpa lagi.


Tat Daging Pemberian Jemaah Solat



Monday, May 3, 2021

Terima Sampul Duit Raya Hipster

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(TAMAT)

Alhamdulillah selamat terima sampul duit raya daripada Fiza petang tadi . Tidak sangka dapat juga saguhati. Buatan sendiri dengan penanda buku.

Teruja semasa pra-tunjuk oleh Fiza masa dia siapkan untuk bloggers pada pusingan pertama. 

Sampul Duit Raya Dan Penanda Buku FG



Saya pilih rekaan CV01. Corak bunga dan daun memenuhi hadapan sampul. Belakang pula letak nama saya.  Rekaan tahun 2020. Ada banyak lagi rekaan lain.

Terima kasih Fiza!

Saturday, May 1, 2021

Ramadan 1442H

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Sedar tidak sedar sudah masuk 19 Ramadan. Begitu cepat masa berlalu. Bagaimana Ramadan kalian? Ada bolos? Penuh lagi? Harap-harap puasa dan amal ibadat dilakukan diterima oleh Allah.

Tahun ini puasa berbeza bagi saya. Bagi memastikan saya mudah bangun sahur, saya tidur di ruang tamu. Ia dekat dengan dapur jadi bunyi bising emak abah di dapur buatkan saya terjaga. Alhamdulillah berkesan. Hari-hari sahur. Harap-harap berterusan. Insya Allah. Memang tidak selesa tidur di ruang tamu tapi demi merebut fadilat dan pahala maka ia perlu dibuat. Ini untuk saya. Bagi orang lain mungkin tiada masalah bangun untuk sahur.

Tahun ini dapat solat tarawih jadi dapatlah berbuka di masjid. Mak dan abah memang berbuka di sana hampir setiap hari di sana. Saya kadang-kadang pergi sebab kadang-kadang hendak makan masakan sendiri. Kami bertiga sahaja jadi kadang-kadang tidak berbaloi masak sangat. Saya pula makan sedikit jadi malas berbuka di masjid sebab banyak sangat makanan. Haha pening hendak habiskan. Jadi kadang-kadang selesa berbuka di rumah, makan sedikit, solat Maghrib, sambung makanan berat. Kemudian baru solat Isyak, tarawih dan solat sunat lain.

Tahun ini nampaknya beraya bertiga, tiada 2 orang adik di perantauan dan seorang lagi di Selangor.

Malahan saya tidak belum berkesempatan berjumpa dengan anak buah baru. Adik saya lahirkan anak lelaki bernama Aqil pada Februari di Brunei. Ini gambar terkini.

Muhammad Aqil

Harap istiqamah buat terbaik untuk Ramadan. Saya hendak banyak berdoa terutama waktu hampir berbuka dan bersahur. Insya Allah.

Jumpa lagi.

Kad Raya Fizikal Dan Rantai Kunci

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasanya lebih 10 tahun tidak dapat kad raya. Alhamdulillah tahun ini dapat satu petang semalam. Itupun teringat hendak tengok peti surat lepas baca tulisan Fiza yang dia telah terima kad raya dan  rantai kunci daripada Shida Radzuan. Bergegas keluar pada pukul 4 petang. Memang semalam hari macam tidak cukup masa sahaja. Rasa fikiran kosong, tidak fikir apa-apapun.

Kad Raya Dan Rantai Kunci




Terima kasih  Shida atas susah payah beri kad raya. Rantai kunci sebab jadi geng kuat komen Januari- Mac 2021. Tertulis nama saya!