Nuffnang

Showing posts with label Makanan dan saya. Show all posts
Showing posts with label Makanan dan saya. Show all posts

Saturday, November 14, 2026

Selesai Mengundi Kenduri

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari ini hari yang sibuk. Memang tidak sempat sarapan dan keluar sebelum pukul 8 pagi. Sampai di SMK Durian Tunggal pukul 8:15 pagi untuk Emak dan Abah undi. Pukul 8:40 baru selesai. Balik sekejap ke rumah sebelum itu belikan nasi lemak 2 bekas untuk 2 orang anak buah di rumah.

Suasana Pagi Di SMK Durian Tunggal



Adik perempuan dan adik bongsu bergerak dari Tampin ke SRA JAIM Tengkera. Saya pula memandangkan ada walimah jiran di LeQAMR Glasshall pergi lewat. LeQAMR dan tempat mengundi saya tidak jauh. Untuk makluman tempat mengundi saya di kawasan tempat tinggal lama saya. Pukul 10 pagi lebih bertolak dari rumah, trafik banyak perlahan terutama kawasan tempat mengundi. Saya sampai SRA JAIM Tengkera beberapa minit sebelum pukul 11 pagi. Syukurlah waktu saya sampai, saya ke tempat semakan daftar pemilih saluran saya tidak ramai.
Saya orang ke-2 beratur dan kemudian mengundi. Cepat urusan.


Saluran 2 Bilangan 682. Selesai Mengundi



Sampai awal di LeQAMR. Tidak ramai orang. Ambil makanan.

Juadah Yang Diambil Pada Pusingan 1. Cendol Itu Masuk Gambar Pula Padahal Itu Abah Punya😋



Sempat tengok pengantin masuk dewan.

Pengantin Masuk Dewan Pukul 12:15 Tengahari



Mampu jeling aiskrim yang ada. Tidak larat hendak cuba.

Cenderamata: Tisu, Teh Uncang Dan Gula-Gula Kacang



Pukul 12:30 tengahari kami beransur balik kampung. Dalam perjalanan dapatlah tengok orang berjalan menuju ke tempat mengundi. 


Wednesday, November 11, 2026

2 Majlis Walimah Sehari Dengan Suasana/Menu Berbeza

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

25 Oktober dapat 2 jemputan majlis kahwin. Satu di Bachang, Melaka dan satu di Tampin, Negeri Sembilan. Kami (Abah,Emak, anak saudara perempuan di kolej di Melaka dan saya) ke Bachang dahulu. Majlis walimah bermula pukul 11 pagi tapi kami datang awal dalam 10:30 pagi jadi kami lepak dalam kereta di kawasan tempat letak kereta sambil tengok ada vendor makanan turunkan barang-barang.

Tempat Letak Kereta



Pukul 11:10 pagi baru kami masuk dewan. Majlis ini dibuat di:
Le QAMR Glasshall,
Lot 6488 Mukim Balai Panjang
75350 Bachang,Melaka.


Pintu Masuk Ada Cermin Tertulis Nama Pengantin: Tini & Naqib



Ini kali ke-2 kami ke sini. Pertama kali ketika bulan Februari tahun ini juga. Masa itu baru lepas sembuh selsema. Hehe lepas itu bulan puasa jadi rasa macam tidak tidak sesuai coret pasal makanan ketika puasa. Mungkin saya coretkan untuk tulisan kebelakang dalam bulan Februari.

Tempatnya selesa, bersih dan sejuk. Masa kami sampai belum ramai orang. Jadi boleh ambil nasi minyak, kuih-muih dan air teh tarik dengan tenang.

Pusingan Pertama



Hehe banyak nasi dan lauk-pauk diambil. Lauk macam biasa untuk nasi minyak. Sedap alhamdulillah. Teh tarikpun sedap, seimbang rasa. 2 kali ambil.


Pusingan Ke-2 Sate Ikan


Ada kueutiau goreng basah anak saudara ambil. Jamah sedikit. Sedap juga.

Pusingan ke-4 ambil kopi Saigon coklat ais. Ini tapau bawa masuk kereta. Sempat ambil gambar pelamin tanpa pengantin.

Pelamin Berlatarkan Pokok-Pokok



Masa ini kami beransur untuk pulang. Hampir pukul 12 tengahari kami lepak di sini. Insya Allah ada satu lagi majlis nanti di sini yang akan kami hadiri. Insya Allah.

Cenderamata: Dapat Buah-Buahan Seperti Pisang, Epal Dan Anggur Sebiji



Kami hendak ke majlis ke-2 di Taman Gunung Mas, Tampin. Sebelum itu singgah kampung turunkan anak saudara, ambil anak saudara lelaki pula. Sampai di majlis ke-2 hampir pukul 1 tengahari. Di sini majlis dibuat di khemah terbuka. Ramai orang ketika ini. Jadi kena cari tempat duduk. Asal konon hendak makan ringan-ringan. Tengok lauk. Fuh lauk kampung dan lauk nogoripun ada! Abah ambil roti canai. Anak buah ambil lauk ayam berempah. 

Roti Canai Abah



Ada lauk sambal tempoyak daun, sambal bilis tempoyak, daging salaimasak lemak cili api dan masak lemak nanas. Air ambil kopi o😋 Alhamdulillah lauk sedap berasa.

Juadah Yang Saya Ambil


Hari ini 3 jenis air saya sapu: teh tarik, air coklat ais dan kopi o.

Ada kuih, ada cendol tapi tidak ambil. Tidak larat hendak cuba semua. Tidak lama di sini. Lepas tengok pengantin berarak, kami beransur. Saya dapat cenderamata bertih jagung dan tisu. Hrhe saya ambil tisu dan berikan bertih jagung pada anak saudara yang ikut.

Kenyang betul makan hari itu sampai malam saya tidak makan. Minum air coklat yang saya ambil daripada majlis pertama untuk malam.

Ok jumpa lagi.




Saturday, October 24, 2026

Mencuba Kopi Saigon

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Pagi tadi pergi kenduri kahwin di Bachang di Dewan Kaca LeQAMR ada reruai Kopi Saigon. Maka teringin untuk cuba.

Mula-mula minta kopi panas tiada maka minta kopi sejuk. Orang depan saya minta yang ada krim dan air dikacau maka pembuat itu cakap itu air coklat. Sayapun tertarik dan minta 1. Saya bawa balik ke kampung untuk minum petang.

Air Coklat Asli Daripada Kopi Saigon



Ya Allah sedap. Secukup rasa manis berlemak dan pekat coklat. Terus cari alamat cawangan Kopi Saigon terdekat. Hehe jumpa tapi selalu tidak diendahkan. Nampaknya akan dilawati masuk ke dalam untuk membeli.

Tidak sabar untuk membeli awal bulan nanti. Insya Allah.

Korang pernah minum air daripada Kopi Saigon? Apa pilihan air yang korang minum?

Kemaskini:


Dalam Kedai Kopi Saigon. Ada Wi-Fi Percuma Dan Makanan



Esoknya Ahad 25 Oktober ada rezeki untuk beli air Choc Original Kopi Saigon sebab balik dari Tampin singgah kawasan kedai Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka nampak kedai Kopi Saigon. Sementara Abah ke kedai tomyam yang sewa kedai dengan Emak saya ke Kedai Saigon. Rupanya saiz air yang saya dapat di kenduri tiada tapi sini ada air coklat panas. Asalnya hendak beli itu tapi tengok saiz cawannya macam kecil sedikit daripada Regular (yang ada ais), saya ambil saiz Regular. Hargapun lagi murah daripada air yang panas.

Choc Original Regular RM9.90



Malamnya makan nasi gepuk Mafia (separuh) nasi dan lauk untuk puasa sunat esok. Ingat airpun hendak minum separuh tapi sedap betul sampai sedar-sedar habis. Hehe. Lepas ini ingat beli saiz L pula. Harga saiz L sama dengan air panas coklat iatu RM11.90.

Nota tambahan:
5 November 2026

Beli lagi air coklat asli Kopi Saigon. Hehe beli saiz L pun tidak puas minum.

Pergi lepas Asar sebab pergi ke kedai tomyam biasa pergi. Sementara tunggu makanan, pergi ke Kopi Saigon. Niat minum air itu untuk sarapan tapi malam pukul 9 malam lebih sedut sedikit. Tapikan kalau minum sejuk-sejuk tidak rasa sesedap kalau kita biarkan ais dan air itu kurang sejuk macam saya buat esok pagi untuk sarapan.

Puas hati minum rasa pekat coklat drnfan lemak susu, ada sedikit rasa masin dan manis mencukupi yang saling melengkapi. Hehe nasib baik kedai tidak dekat rumah. Agaknya kalau dekat hari-hari beli sampai jemu.



Tuesday, September 29, 2026

Hujung Minggu Sabtu Ahad 26-27/9/2026

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari Rabu Abah masuk wad Hospital Melaka, gula rendah. Kelam-kabut juga rasa. Syukur hari Jumaat petang Abah dapat keluar wad. 

Asbab Abah masuk hospital minggu tersebut adik saya nombor 3 si H yang asal mahu pulang minggu depan balik pada 26 September. Samalah adik bongsu si M pula balik sampai malam hari Jumaat.

Maka hari Sabtu pagi sesudah Subuh kami sarapan sebelum balik kampung ke Tampin. Asalnya ingin sarapan di Double Line tapi tutup jadi sarapan kedai di hadapan Double Line.

Si H pula memang terus ke Tampin hari Sabtu sampai pukul 2-3 pagi. Kami sampai dorang masih tidur pukul 11 pagi baru nampak keluar bilik.

Terima kasih H belanja semua orang air Mixue. Saya pilih semua yang saya suka dalam satu air: coklat, teh dan kopi cuma sayang tiada versi air panas. Jadi resolusi saya ambil kurang ais dan gula normal. Jadi saya tanbah air panas. Hehe bijak tak?😋

Mixue Toffee Hazelnut Milk Tea



Boleh tahan sedap. Dominan mula-mula rasa teh dan hujungnya kopi. Ada jeli yang kenyal. 

Sambut harijadi Azim(anak saudara) sehari awal. Abah beli kek coklat. Keknya ada taburan kismis di dalamnya. Hari itu hari makan manis banyak.

Esoknya sesudah Subuh juga (pukul 7:15 pagi) pergi sarapan Laman Hijau. Tujuan pergi awal untuk cop tempat untuk 23 orang. Awal pergi tidak ramai orang.

Pesan mihun kari nyonya ayam dan teh tarik.

Mihun Kari Nyonya Ayam Dan Teh Tarik



Tidak puas minun teh tarik sebab rasa sedikit.

Lepas makan itu, M balik Damansara dan H esoknya akan ke Hong Kong.

Tiba-tiba rasa sunyi di rumah kampung dan sayapun tidak sabar untuk balik ke rumah di Melaka selepas Asar. Uwan kata janganlah balik awal tapi saya kata saya rindu dengan rumah.


Sunday, September 20, 2026

Hujan Lebat Ketika Makan Di Kenduri Kesyukuran Dan Doa Selamat

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Terima whatsapps Emak mengenai jemputan doa selamat dan kenduri kesyukuran pada 19 September 2026.

E-Jemputan



Kami sampai awal iaitu pukul 11:15 pagi. Majlis bermula 11:30 pagi. Sementara itu kami duduk di dalam khemah berborak dengan puan rumah. Suaminya sudah meninggal. Kira doa selamat masuk rumah baru dan tahlil.

Rumah Kenduri



Pukul 11:30 pagi kami masuk rumah. Majlis bacaan Yasin dan tahlil bermula. Emak duduk di kerusi, saya duduk di lantai.

Duduk Di Lantai


Baju Kenduri Dan Baca Yasin Daripada Buku Yang Diterima



Pukul 12 tengahari tamat bacaan tahlil dan kami dijemput makan. Macam biasa tempat makan nasi sudah ramai lelaki beratur. Jadi saya pergi bahagian kambing golek. Jadi orang ke-3 😋

Kambing Golek Dengan Kawan-Kawannya



Lepas habis makan kambing golek kemudian ambil nasi hujan panas tiba-tiba hujan lebat turun. Saya dan Emak bernasib baik duduk tengah khemah. Mereka yang duduk di bahagian tepi khemah terpaksa masuk rumah. Walaupun begitu, percikan hujan masih kena pada nasi dan teh o saya. Terpaksa saya makan membelakangkan percikan hujan dan pinggan nasi saya makan atas penyandar kerusi. Memang basah sedikit tudung dan baju sebab angin kuat menolak hujan yang lebat. Tidak ambil gambar makanan nasi dan tauhu berlauk. Saya tidak ambil kek atau kuih sebab perut rasa sebu. Makan sedikit sahaja.

Kami balik apabila hujan sudah reda dan ada sedikit air hujan. Rasa tidak selesa masa ini sebab baju, tudung dan kain basah. Anak buah pula lencun basah srbab redah ambil kambing golek. Balik rumah azan Zohor berkumandang.

Jumpa lagi.

P.S: Alhamdulillah pos terbaru saya terus naik dalam senarai tulisan terbaru blogger.

Tuesday, September 15, 2026

FOMO: Roti Sunshine

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat juga beli roti jenama Sunshine. Alhamdulillah. Sebelum ini harapkan semoga Mydin ada. Terbaca pos Nur sebelum ini dia beli poketto tiramisu di Family Mart.

Hari ini ikut Emak dan Abah ke bank dan Hospital Melaka. Masa menunggu Abah masuk bank, saya ke Family Mart dan jumpa. Kepalang gembira hati ini.

Saya ambil 2 produk iaitu Poketto Sandwic Tiramisu dan Hokkaido Milk Summer Berries. Tidak sabar untuk cuba.

Sunshine Poketto Sandwic Tiramisu Dan Sunshine Roti Berkrim Beri Campuran



Jumpa lagi.

Wednesday, September 9, 2026

31 Ogos 2026: Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran Muhammad Zaiyan Syaiqul

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Maaf lama tidak kemaskini blog. Minggu lepas minggu kenduri untuk saya.

Hari Isnin ada majlis aqiqah dan kesyukuran di Jalan Sesapan, Kampung Batang Nyamor, Kota, Rembau. Kiranya majlis dianjurkan oleh adik tiri (sama bapa berbeza ibu) Emak.

Saya siap awal iaitu sebelum 10 pagi. Saya bercadang pakai jubah hitam bersulam bunga emas kuning dan tudung hitam. Hehe sahaja tulis untuk rujukan.

Jubah Hitam



Sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi. Menunggu Pakcu sebab kami tidak jumpa Jalan Sesapan dan tidak tahu rumah di mana. Majlis baru bermula dengan marhaban tapi kami terlepas majlis cukur/potong rambut Muhammad Zaiyan. Kami duduk di khemah sahaja sebab tidak muat duduk di dalam. Hanya kumpulan marhaban duduk depan pelamin.

Kumpulan Marhaban



Selepas kumpulan marhaban keluar pada pukul 11:27 pagi, kumpulan lelaki pula masuk untuk bacaan tahlil dan Yasin.

Kumpulan Marhaban Keluar Pada Pukul 11:27 Pagi


Majlis Tahlil Bermula Pukul 11:44 Pagi



Kumpulan marhaban dan kami yang tidak duduk di dalam makan dahulu. Kira 2 sesi. Saya ambil nasi minyak, ayam goreng, kari kambing dan acar jelatah. Tidak lupa sebotol kecil air mineral dan teh tarik.

Makanan Biasa Ditemui Dalam Kenduri



Tidak ambil kuihpun sebab kenyang. Sebelum bertolak saya sudah makan berat sedikit. Lepas selesai makan, kami bagi ruang mereka yang baca tahlil untuk makan pula. Kami beralih tempat ke hadapan rumah lepak di sana. Saya cuma ambil agar-agar mangga dalam mangkuk kecil untuk dibawa pulang.

12:30 tengahari kami dah keluar. Cuaca panas terik dan nampak kepulan awan di balik Gunung Datuk.

Kepulan Awan Berlatarkan Gunung Datuk



Sempat ambil gambar cenderamata saya dapat dalam kereta.

Cenderamata Diterima



Tidak sabar tunggu majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya pada hari Sabtu minggu ini. Jumpa lagi.


Saturday, August 29, 2026

Coretan Minggu Maulidur Rasul

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari ini seorang di rumah. Tidak rancangpun ingat hendak ikut balik kampung tapi Abah kata minggu tidak balik kampung. Kemudian malam tadi kata balik pula. Hmm...tidak ikut jawabnya sebab tidak suka buat keputusan saat akhir lagipun saya sudah pesan barang.

Minggu ini tidak masak. Emak pula yang hendak masak. Hehe agaknya masakan saya kurang memuaskan hati. Saya cuma masak nasi dan kemas dapur itu memang kerja saya. Rabu malam ada sambutan Maulidur Rasul. Ada bacaan selawat dan ceramah. Terima bekal nasi putih, sambal belacan, sayur campur dan kari ayam. Makan nasi pukul 9 malam lebih di rumah. Kira buka puasa berat sebab di surau cuma makan kurma dan air putih.

Makan Selepas Solat Isyak. Saya Yang Berdiri Baju Kurung Warna Biru Seluar Merah Jambu😅



Hari Khamis malam Jumaat bacaan Yasin sendiri dan dapat 2 bungkus nasi lemak. Alhamdulillah buka dengan nasi lemak dengan telur mata kerbau.

Lusa ada kenduri aqiqah dan doa selamat. Tidak pasti akan ikut. Kalau Abah dan Emak balik Melaka dari kampung hari Ahad maka saya ikut pergi kenduri. Insya Allah.

Itulah luahan minggu ini. Jumpa lagi.

 

Wednesday, August 26, 2026

BOSSBROTHERS Halal Sos Peri-Peri Pedas Gilar 270g

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Pembelian ke-2 dapat hari Sabtu 22 Ogos 2026. Rasmikan ketika berbuka puasa hari Isnin ketika makan cekodok putih. Pesan hari Khamis pukul 10:13 malam.

Pembelian Saya



Parcel BOSSBROTHERS Halal Sos Peri-Peri Pedas Gilar 270g

 

Pertama kali mencuba tahun lepas ketika beli di Chong Hoe. Asal hendak cari sos peri-peri Nando's itu tapi tidak jumpa. Maka jumpa yang seakan-akannya. Harga di kedai runcit RM14.90 murah lagi daripada sos Nando's. Ia memenuhi citarasa saya dan memang pedas betul. Dua kali beli di kedai. Hehe selalu rasa kena minum air kopi susu atau coklat atau teh susu lepas makan. Atau kalau malas sulam minum air, kena campur sedikit mayonis atau sos bijan kewpie itu. Haha guna banyak sos.

Memandangkan jarang ke Chong Hoe. Cari di Mydinpun tiada maka marilah guna Shopee.

BOSSBROTHERS Halal Sos Peri-Peri Pedas Gilar 270g




Alhamdulillah barang sampai dalam kotak kecil dengan pembungkus gelembung.
Insya Allah kalau susah lagi hendak beli di kedai, boleh beli lagi secara dalam talian. Ada niat untuk beli cheese bomb jenama Mama Food sebab sudah susah jumpa di kedai.

Ok jumpa lagi.



Monday, August 17, 2026

Pertama Kali Buat Kari Ikan Bawal

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Semuanya ada pertama kali. Saya buat kari ikan bawal hitam untuk ibubapa saya. Sebenarnya saya pernah guna resipi Nabil Saleh untuk sardin dan tidak guna santan sebaliknya boleh guna yogurt atau susu sejat. Kari ikan bawal ini saya guna 2 sudu besar santan.

Selesai masak itu, saya rasa kuahnya. Kurang sesuatu. Saya fikir saya akan tambah sesuatu.

Kari Ikan Bawal Hitam Dengan Brndi



Lepas itu Emak dan Abah balik tengok saya sudah masak kari ikan. Saya suruh Emak rasa untuk tanya apa yang kurang. Emak saya rasa ok sahaja. Haha lepas itu Emak saya hendak makan. Padahal saya buat untuk makan tengahari esok. Emak kata dia terliur hendak makan. Jadi saya masak nasi. Kelakarnya Abahpun hendak makan selepas balik solat Maghrib.

Regu dengan sambal kerang Abah bawa dari Tampin.

Esoknya saya ubah sebab sudah tahu apa yang kurang. Alhamdulillah sedap balik. Tapi cakap terus-terang lagi sedap masa buat kari sardin. Mungkin saya guna santan jadi kurang sedap. Takpelah, nanti kena ikut betul-betul resipi.