بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya jumpa juga tajuk lagu malam tadi. Mula-mula secara tidak sengaja dengar lagu lain (lagu 80-an). Lepas itu Youtube cadang lagu 'One Night in Bangkok'.
Sekali dengar, korus lagu ini yang kadang terngiang-ngiang dalam kepala. Hendak cari, liriknya satupun saya tidak dapat tangkap. Kadang-kadang korus ini tidak muncul tapi kadang-kadang mincul tiba-tiba.
Pertama kali dengar masa pergi ekspo jualan buku Big Bad Wolf di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) pada Disember 2012. Cuba dengar dalam radio lagu-lagu 80-an pun tidak jumpa.
Lebih 10 tahun mencari, akhirnya jumpa secara tidak sengaja.
Tengok lirik keseluruhan sebab apa kaitan Bangkok dengan catur. Haha. Lagu ini ada 2 maksud macam bidak hitam dan putih. Lawan catur: USSR (Kesatuan Soviet) dan USA metafora kepada Perang Dingin tahun 80-an. Ada juga keyakinan daripada penyanyi USA akan menang.
Kejohanan catur buat di Bangkok. Buat bandingan juga aktiviti malam di Bangkok dengan catur.
Mula-mula fahamkan lirik macam menakutkan saya juga. Lirik boleh ditafsirkan pelbagai juga. Macam ada maksud sisi gelap Bangkok dalam tersirat saya rasa.
Lepas itu lupa tajuk jadi saya google apa yang saya tahu jadi saya google 'youtube chess song'. Terpacul pada carian pertama.
Muziknya tiada unsur Thai. Awalnya lebih pada muzik Rusia. Itulah awal-awal tertanya mengapa tajuk lagu begitu. Tapi muzik videonya memang menggambarkan aktiviti di sana macam perlawanan muay thai.
Korang pernah cari sesuatu akhirnya baru jumpa? Boleh kongsi ya.
P.S:Selalu cari maksud lirik lagu-lagu 80-an yang muziknya unik. Memang selalu ada lebih maksud dan sindiran yang disampaikan.