Nuffnang

Thursday, March 25, 2021

Ingat Tiada Rezeki Hendak Dapat Hadiah Daripada.....

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Puas fikir tajuk yang sesuai untuk tulisan ini.

Saya dapat nasi lemak dan ayam goreng pedas beserta teh lemon ais daripada blogger Wanderlustdj.

Saya dapat sebab ada jawab soalan pada tahun lepas. Patut dapat Texas Chicken tapi agaknya tiada khidmat penghantaran. Asal ingat tiada rezeki, semalam DJ emel tanya alamat untuk hantar KFC atau McD melalui Food Panda. Hari ini dapat emel yang makanan daripada McD akan sampai pukul 12 tengahari. 

Dalam Bungkusan Kertas McD


Bersedia daripada awal kedatangan penunggang motor Food Panda.

Ingat hendak makan ketika berbuka tapi tidak boleh puasa. Makan separuh nasi lemak dan separuh ayam. Separuh beri pada emak nanti untuk berbuka. Kira kongsi rezeki bersama.

2 ketul ayam goreng pedas DJ belikan! Nasi lemak sedap dengan pedas secukupnya. Rasa sedikit pula nasi disediakan. Patutlah popular nasi lemak McD.

Alhamdulillah rezeki. Terima kasih Wanderlustdj. Sila buat kuiz lagi..

Perihal Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekadar renungan.

Rasulullah S.A.W. bersabda
"Sabar itu ada 3:
1. Sabar terhadap bencana/benci
2. Sabar berlaku taat
3. Sabar menjauhi perkara derhaka

Barangsiapa sabar terhadap benci maka dicatat baginya 300 darjat yang jarak jauh antara tiap- tiap 2 darjat seperti jauh langit dan bumi.

Barangsiapa sabar terhadap taat maka dicatat baginya 600 darjat yang jarak jauh antara tiap-tiap 2 darjat  seperti jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ke-7.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka maka dicatat baginya 900 darjat yang jarak jauh antara tiap-tiap 2 darjat seperti jauh antara Arasy dengan bumi."



Monday, March 22, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Sempena menghampiri Ramadan yang mulia, saya menyertai peraduan di blog Shida. Klik kain rentang di bawah untuk tahu syarat penyertaan.

Shida tanya perasaan saya menyambut Ramadhan dan Syawal. Sudah pasti saya tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan sebab sudah boleh terawih. Saya hendak terawih di Masjid UteM tapi pengurusan universiti tidak beri orang luar masuk. Jadi saya tidak sabar untuk solat di Masjid Al-Alami MITC. Harap-harap tercapai hasrat.
Bulan Syawal saya macam biasa macam tahun lepas, raya di rumah. Raya pun rumah sepupu di Melaka.

Saya tag: Atie Zieya dan Sal.

Saturday, March 20, 2021

Bateri Kembung Dan Menang Lagi 2 Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Syukur pada hari ini akhirnya saya dapat bateri baru telefon bimbit Lenovo ( bukan telefon baru yang beli tahun lepas) hari ini. Bateri lama saya kembung! Mesti sakan blog walking. Kena Isnin lepas. Sudahlah Isnin macam tiada mood. Petang buka hp, langsung tidak hidup. Ah sudah. Jadi guna telefon lama sementara itu. Tapi azab sebab ada blog tidak boleh buka. Pemuka (dashboard) pun tetapan lari.

Hikmah tumpu pada blog tertentu. Tengok blog mamapipie sudah hampir 2, 550, 000. Cuba nasib. Alhamdulillah tepat mengena pada hari Rabu yang indah. Dapat RM50. Alhamdulillah lagi. Padahal susah hendak tangkap (susah sebab tidak tumpu perhatian).


Tangkapan Skrin 2 550 000



Kemudian menang hadiah utama daripada blog anakomak6. Apalah hadiah yang akan saya dapat? Syukur Allah beri menang ketika bateri kembung.

Oklah nanti saya sambung blog walking. Berdoa saya dapat hp baru canggih macam Azhafizah. Hehe.

Jumpa lagi.

Thursday, March 11, 2021

Selamat Berbuka Puasa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salah satu kegembiraan ialah ketika menunggu berbuka puasa. 

Kebetulan hari ini hari Israk Mikraj. Hehe hari ini drama sedikit sebab rasa penat sangat. Hendak kata panas sangat, tidak sangat. Apapun meraikan puasa Khamis dan bulan Rejab.

Menu Berbuka Puasa



Iftar dengan nasi beriani, rojak buah, kurma, roti kismis, roti sapuan mentega kacang dan coklat. Air pula air kopi susu dan air mineral. Kenyang betul. Alhamdulillah.

Tidak sabar hendak puasa lagi.☺

Jumpa lagi.

Giveaway "SUKA-SUKA" By Anakomak6

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terima kasih Cik Ako jemput saya masuk peraduan. Ingat tangkap nombor oh rupanya buat pos pasal giveaway. Hehe hadiah lumayan 

Syarat sangat mudah. Tampal kain rentang dan letakkan pautan tulisan pasal giveaway.

Kemudian tinggalkan komen di pos tulisan tersebut.

Cik Ako mungkin tambah hadiah lagi.
Cepat tarikh akhir 20 Mac 2021.

Wednesday, March 10, 2021

Kotak Kombo Burger KFC RM10

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Haha cerita basi bulan 11 sempena bulan harijadi abah. Emak belanja seorang satu kotak kombo burger RM10. Murah ke mahal? Abah lagi suka burger sebab itu pilih kombo ini.

Ada burger (tidak pasti burger Zinger atau Original), nuget, coleslaw dan kentang putar saiz kecil. Air tiada. Saya memang tidak suka air gas.

Kotak Kombo Burger KFC RM10


Saya suka kombo ini. Lagipun makan burger ada sayur rasa sihat sedikit. Sedikit sahajalah.

Zinger Atau Original. Siapa Tahu?



Tidak tahu ada kombo ini lagi atau tidak.

Kejutan: Pos Ekspres

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Helo, selamat petang semua.

Gembira hari ini walaupun internet tidak dapat pagi tadi. Ada orang suruh kemaskini blog. Cik Ako, saya ada tulisan terbaru.

Saya dapat pos ekspres. Terkejut dengan gembira. Bungkusan daripada Cik Anies. Tertanya-tanya apakah kandungan di dalamnya.

Gunting dengan berhati-hati atas bungkusan. 

Bungkusan Pos Ekspres


Mari kita lihat setelah bungkusan dibuka. 
Barang-barangnya comel dan mudah dibawa.
-Buku nota dan pensil kecil  Magical Unicorn
-Pen hitam 0.7 Faber-Castell NX23
-Topeng mata Happy Mask
-Beg Lutsinar Magical Unicorn.

Hadiah Produk Magical Unicorn, Pen Dan Topeng Mata



Sangat feminin. Macam tahu-tahu saya cari nota kecil comel untuk diletakkan dalam beg. Nanti terus pakai. 

Terima kasih Anies. Semoga murah rezeki dan tercapai segala hajat. Allah sahaja dapat membalasNya.


Saturday, March 6, 2021

Mouthgasm Crunchy Giveaway By Atiqah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tertarik untuk sertai. Syarat-syarat peraduan sangat mudah. Klik gambar di bawah untuk ketahui secara lanjut syarat penyertaan.


Tarikh peraduan: 6 Mac-31 Mac 2021.

Harap ada rezeki untuk menang. Insya Allah. 

Mari sertai!

Renungan: Mengenai Sdekah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. 

Salah satu sikap yang ada pada rakyat Malaysia yang bagus ialah sikap pemurah. Oleh itu teruskan.

Saya ingin coretkan tentang sedekah sebagai panduan dan berita gembira untuk semua.

Rasulullah S.A.W. bersabda " Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan dan sedekah itu ada 4 pembalasannya.

A. Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda.

B. Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda.

C. Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda.

D. Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga atau sanak-saudara.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada teman-teman.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada pada penuntut ilmu."

Sebiji Buah Tin Sudah Ranum. Tidak Terlalu Manis

Monday, March 1, 2021

Hello Donut

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin 17 Rehab 1442
Selamat berpuasa sunat semua. Tabik hormat mereka yang lakukan puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa putih, puasa Rejab. Insya Allah saya akan menyusul. Persediaan mental dan fizikal menyambut Ramadan. Tidak sabar.

Abah bawa balik 2 kotak donut. Terdetik banyak juga kalau seorang satu makan 4 biji. Rupanya abah hendak beri kawan dia sekotak(jiran yang duduk di jalan lain). Ok juga salah satu untuk mendapat pahala membeli-belah ialah menguntukkan sebahagian daripada barang-barang yang dibeli untuk dihadiahkan kepada jiran atau disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Donut Tesco



Bercakap mengenai jiran, saya akan ada jiran sebelah rumah. Abah beri sewa. Alhamdulillah waktu PKP, ada juga orang hendak sewa. Saya tidak boleh ber 'huha' pergi keluar ke sebelah rumah lagi. Selalu saya bebas keluar keliling rumah tanpa tudung. Kini kena berhati-hati.

Ok jumpa lagi.