Nuffnang

Thursday, March 31, 2022

Cara Mendapat Syafaat Di Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cara mendapat syafaat/pertolongan di akhirat. Mereka adalah penjamin mempertahankan kita layak masuk syurga.

1. Menjaga ketauhidan.

2. Memperbanyakkan membaca al-Quran -> al-Quran akan memberi syafaat/pembelaan di hadapan Allah.

3. Memperbanyakkan puasa dan jaga rukun puasa-> amalan puasa akan membela kita di akhirat.

4. Baca doa selepas dengar azan-> doa memohon wasilah untuk Nabi Muhammad SAW. Rasulullah akan beri syafaat pada hari perhitungan.

5. Ramai orang yang mendirikan solat jenazah untuk orang meninggal-> 100 orang bersolat untuknya, orang yang disolatkan akan terima syafaat.

6. Banyak solat sunat.

7. Bersabar di atas kematian anak.

Wallahua'lam.

Ditulis semula untuk panduan saya dari rancangan #Qurantime pukul 12-1 tengahari setiap hari di tv al-Hijrah. Boleh tengok video youtube hari ini. 

Huraian Surah Al-Zumar muka surat 463.

Thursday, March 24, 2022

Bungkus Macam Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin selepas Asar turun bawah ke dapur tengok ada bungkusan seperti burger. Dalam hati berkata hari ini nampaknya buka burger. 

Bungkusan Seperti Burger



Namun ternampak kertas coklat yang telah dibuka tidak jauh daripadanya ada nasi, ayam goreng beberapa hiris sayur kobis. Tengok plastik ada tertulis Ayam Gepuk Pak Gembus. 



Sebelumnya memang ada pasang niat untuk cuba. Outlet yang baru juga dibuka terletak berhampiran Mydin Mall Ayer Keroh.

Apabila buka bungkusan seperti burger jangkaan saya ada ayam goreng dalam itu rupanya nasi putih. Manakala ayam goreng, hirisan kobis dalam bungkusan kertas coklat.

P.S: Saya tidak pasti outlet berhampiran Mydin Mall ini adalah asli ke tidak sebab google tiada pula tersenarai sebagai salah satu cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus. Lagipun pelik tiada tempe dan tauhu. Sambal diberi biasa-biasa dan diberi tiub kecil kicap manis. Pelik.

Monday, March 21, 2022

Champa Cuisine

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu lepas mak datang ke bilik saya beritahu hendak keluar makan selepas Asar. Tidak diberi tahu hendak ke kedai mana. Ingat lepas Asar baru hendak makan nasi di rumah. Jadi memang kelaparan sangat masa pergi ke sini.

Maka kereta menuju ke arah Klebang. Dekat juga dengan Pantai Klebang, tarikan pelancongan.

Kain Rentang Champa Cuisine

Singgah di satu kedai yang terletak antara banyak kedai-kedai yang ada Meriah juga. Berhampiran juga dengan Marrybrown dan tidak jauh juga dengan kedai Melantak. Ya kami makan petang di Champa Cuisine. Abah saya memang suka makanan Kemboja. Rupanya tuan punya kedai ini yang buka Warung Pak Husin. Pernah makan pada tahun 2020. 




Oleh kerana cuaca amat panas dan masin terik, kami makan di dalam kedai.

Masuk sahaja diberi buku menu dan kertas pesanan.

Buku Menu Champa Cuisine


Saya memilih Sizzling Rice Seafood. Ilustrasi  menarik dengan udang, sotong dan telur mata. Adakah sama dengan makanan sebenar?

Pilihan Menu Champa Cuisine: Sizzling Rice Seafood



Hampir sama. Persembahan 10 markah disertakan cili kicap. Bagi saya padanan kurang sesuai sebab rasa sizzling yang masin diberi cili kicap yang masin pedas. Nasib baik ada disediakan bekas-bekas untuk meja. Jadi ambil bekas cili sahaja.

Air pula ambil kopi Vietnam. Tiada dalam gambar. Kecewa juga dapat dalam bekas gelas kaca tanpa penapis kopi yang sinonim dengan kopi Vietnam.

Persembahan Sebenar Champa Cuisine Sizzling Rice Seafood

Apapun rasa memang sedap. Cuma kurang pedas. Air pun sedap memang rasa kopi Vietnam. Boleh cuba menu lain. Dibuka petang hingga malam. 5 petang-1 pagi. Selasa tutup. 

Apapun penghantaran makanan cepat mungkin belum ramai lagi.

Jenis makanan yang dijual: makanan barat, sizzling, nasi ayam, roti canai, makanan Kemboja seperti sup Kemboja, tongmo dan manisan.

Alamat: 81 Jalan KU 2, Klebang Utama, 75200 Klebang, Melaka.

P.S: Tidak ambil gambar-gambar makanan abah dan emak. Macam malas pula hendak buat bentangan (flatlay).

Thursday, March 17, 2022

Hari Putih14 Syaaban: Pesta Piza

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terlupa semalam hari putih jadi tidak dapat puasa. Hari ini alhamdulillah dapat puasa. Insya Allah buat esok juga. Ambil kesempatan fadilat puasa Syaaban.

3 Kotak Daripada Domino's Pizza


Apapun gembira sebab hari ini berpesta piza untuk berbuka. Memang kenyang sahaja makan ini.

Bahagian Saya



Salah satu pemberi semangat apabila berpuasa dapat makanan istimewa.

Kepada mereka yang puasa putih  bermula semalam, saya ucap tahniah kerana dapat buat 3 hari berturut-turut.

Malam ini Nifsu Syaaban, mari banyakkan baca al-Quran.

Monday, March 14, 2022

Sihat? Semula

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dengan cuaca tidak menentu: panas dan sejuk sangat; ada Covid. 

Kronologi:

Tanggal 20 Februari (Ahad) rasa tidak sedap badan. Rasa penat dan panas.

21 Februari (Isnin) teruskan berpuasa. Ingat rasa tidak selesa itu sementara. Badan masuk angin. Jadi badan rasa lemau.  Tidur. Rekod tidak tengok internet atau blog.

22 Februari (Selasa). Selsema dan batuk timbul. Suara serak. Kepala berat, rasa terawang-awang. Teringat keadaan terawang pada satu ketika saya tidak sihat. Badan seram sejuk. Mak kata itu demam. Ya makan ubat panadol. Mula juga makan ubat Pabron (selsema dan batuk). Petang cuba minum air kelapa.
Sela masa puasa ditinggalkan sebab kena makan ubat. Ada juga makan ubat batuk jenis lain apabila Pabron habis. Alhamdulillah berselera makan. Bagusnya ketika ini tiada sakit perut. Tiada lagi badan berangin.

Pabron Lemon (Beli Kali Ke-2)



23 Februari(Rabu). Demam kebah. Cuma tinggal masalah selsema dan batuk. Bangun tidur waktu pagi selalu rasa hidung tersumbat. Adi kena buang hingus awal pagi. Malam kadang-kadang batuk menyerang jadi kena tutup penyaman udara dan kipas. Harapkan angin/udara semulajadi.
Berlarutan lama juga untuk hilang. Memang saya ada masalah kalau kena selsema atau batuk lambat sembuh.

Hari ini iaitu 14 Mac (Isnin) saya dapati tiada batuk atau selsema waktu bangun pagi. Kiranya sudah sembuh. Alhamdulillah.

Lama tidak kena sakit begini. Kali terakhir 2018. Bagi mereka yang membaca, saya bukan kena Covid tapi batuk dan selsema biasa disebabkan panas melampau dan jangkit daripada emak dan abah yang baru pulang dari Kenyir. Jenis suka berjemur dan berjalan laju waktu panas. Jadi kena rehat betul-betul sebelum teruskan semula aktiviti.

Apapun sakit penghapus dosa. Hikmahnya saya makin baca al-Quran walaupun suara serak. Saya rasa macam bersenam suara walaupun terseksa hidung tersumbat dan ada terbatuk. Hehe.

Ini catatan peribadi. Saya tulis untuk pedoman diri. Kalau ada yang baca (sebab saya tunda tarikh siaran bukan buat pos terbaru) dapat ambil sesuatu bermanfaat.

Tarikh sakit: 20 Februari hingga 13 Mac. 

Wednesday, March 9, 2022

Dapat Kumpul RM350

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah menang lagi tangkap nombor tapi tidak sangka dapat RM60 (ingat RM30) sebab tangkapan layar kurang 1 dan lebih 1 nombor 3,700,000. Rezeki jangan ditolak.

Kurang 1



Lebih 1



Untuk makluman diri dan pembaca, saya mula tangkap bermula 11 Jan 2021 hingga sekarang. Maksud sudah setahun lebih kan? Ia bermula saya berjaya tangkap nombor 2,400,000.

Tiadalah berjaya selalu. Ada juga tersasar jauh. Ada memang tidak dapat tangkap langsung.

Apapun saya sudah tangkap sebanyak 8 kali dengan jumlah RM350. Banyakkan? Hehe.

Jadi sesiapa hendak tangkap nombor baru dengan tepat bolehlah ke blog www.mamapipie.com ataupun boleh masuk peraduan yang sedang berlangsung. 
Taip URL: http://www.mamapipie.com/2022/03/giveaway-wang-tunai-rm500-mamapipie.html

Kepada mamapipie.com, semoga murah rezeki dan semoga berjaya dengan penganjuran peraduan tersebut.

Kepada pada peserta, moga berjaya.

P.S: Agaknya saya dapat kumpul berapa ya? Hehe. Mungkin boleh tulis pos khas kalau cecah RM1000.

Monday, March 7, 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

[SEGMEN TAMAT]

Ya kena tag oleh Atiqah. Apabila baca syarat-syaratnya sangat mudah. 

Tulis pos. Sudah.

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com


Muatnaik gambar poster dan letak pautan tulisan penganjur. Sudah. Silap klik gambar untuk ke pos tulisan penganjur.

Siarkan tulisan ini apabila selesai.
Tarikh tutup 8 Mac 2022.

Friday, March 4, 2022

Biji Lada Benggala Campak-Campak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada satu hari emak beritahu dia campak biji-biji lada benggala. Hidup pula sebelah pokok nanas dalam pasu.

Comel-comel buahnya mula keluar hasil. Tengahari tadi tiba-tiba terfikir tanya emak besar mana sudah lada benggala. Emak masuk rumah bawa.
.
Lada Benggala Besar Tapak Tangan Saya


Sebesar tapak tangan. Sudah bertukar sedikit ke warna merah sedikit.

Alhamdulillah ada hasil.

Saya pun ada campak biji lada benggala dalam pasu sebelah pokok lidah buaya 3 minggu lepas. Tidak nampak bayang bertunas pula. Kena tunggu lagi ada atau tidak.