Nuffnang

Showing posts with label Pemberian/Gift. Show all posts
Showing posts with label Pemberian/Gift. Show all posts

Monday, August 10, 2026

Rezeki Sebagai Tukang Komen Utama Bulan Julai Dan Penangkap Nombor 2 000 000

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Jadi Cikgu whatsapps minta no akaun pada malam Selasa 4 Ogos. Saya balas keesokan pagi dan terima wang tunai RM50 petangnya. Terima kasih Cikgu Etuza, semoga murah rezeki dan dirahmati Allah. Masa ini saya beritahu pada cikgu blognya kena 'buang'. Alhamdulillah blog Cikgu Etuza dapat semula.


Resit Bank Islam



Tarikh yang sama 4 Ogos, saya cuba menangkap nombor 2 000 000 di blog ini. 

Tangkap Layar 2 000 003



Terlebih 3. Tangkap layar pukul 2:44 petang. Laju nombornya berjalan. Cepat-cepat hantar tangkap layar ke emel yang diberikan.

Rezeki menang. Maka hari Jumaat petang selamat terima hadiah.

Parcel Shopee


Baju Sejuk


Saya sudah cuba pakai baju sejuk ini. Besar sedikit tapi sesuailah apabila pergi ke tempat sejuk akan selapis pakaian sebelum baju sejuk.

Terima kasih Nieza sebab anjurkan pertandingan ini.

P.S: Nasib baik hari saya tangkap nombor itu tidak kena hari peristiwa blog orang lain kena buang sebab hari yang sama, setiap blog saya lawat kena masuk 'capta words' itu.


Wednesday, August 5, 2026

Terima Hadiah Daripada Blogger Roziah Muhammad Nor

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya jadi tukang komen utama blog Cie pada Julai lepas. Cie umum pada 1 Ogos, parcel sampai 2 Ogos hari Ahad. Cepat betul.

Parcel Shopee

 

Apabila pegang parcel itu, ada rasa kotak. Dapat itu sudah pukul 6 petang lebih lepas Abah sampai dari kampung. Dia yang nampak. Maka buka lepas Isyak.

Cawan Pengacau Magnet Automatik



Ada pengisar dalam cawan. Boleh kacau air bagi sebati.

Cawan ini boleh dicas guna pengecas. Saya uji, alhamdulillah berfungsi. 28 yang tertera pada butang itu ialah jumlah pusingan untuk mengacau air.


Bahagian Dalam Cawan



Tq Cie kerana beri hadiah ini. Ala sedih blog Cie sekarang tidak boleh buka sekarang. Harap sebab masalah Blogger dan dapat diakses semula. Amin.

P.S: Yeay blog Cie dah boleh buka pukul 9:50 malam. Tengok blog Cikgu Etuzapun dah boleh. Alhamdulillah.

Sunday, August 2, 2026

Rezeki Dapat Banyak Nasi Tomato

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Rutin sejak akhir-akhir ini hari Kamis buka puasa di surau dengan kurma (kadang-kadang bawa sekali pisang kalau ada) dan air biasa yang saya bawa. Cuma minggu ini orang ramai tidak hadir untuk bacaan Yasin. Jadi makanan banyak berlebih. Ada jemaah cadang ambil lebih daripada 1. Jadi saya ambil 2 bekas nasi tomato dan 1 bekas pulut kuning dengan rendang ayam untuk makan di rumah.

Nasi Tomato Dan Pulut Kuning


Balik dari surau, saya cuma makan 1 bekas nasi tomato dan Kopi Adraa Tailong. 1 bekas nasi tomato dan 1 bekas pulut kuning saya simpan dalam peti sejuk

Mak pula tunggu orang lain ambil dan tengok masih berbaki jadi dia ambil yang lebih. Banyak bekas dapat.

Lebihan bekas nasi tomato Emak bawa ke kampung untuk adik perempuan sekeluarga. Tiadalah membazir. Malah saya minta 1 bekas nasi tomato pada Emak untuk makan hari ini (Ahad).

Haha hujung minggu saya makan ini sahaja.


Tuesday, July 28, 2026

Hadiah Ke-10 Daripada Shikin Razali

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Masya Allah sedar tidak sedar saya terima hadiah ke-10 daripada Shikin Razali. Pemurah sungguh rajin bagi hadiah. Saya antara tukang komen bertuah bulan April. Tengok gambar bawah, ramai pemenang daripada bulan Februari hingga bulan Julai 2026

Pemenang Tukang Komen Daripada Bulan Februari Hingga Bulan Julai 2026 



Hadiah yang saya terima lewat petang Isnin. Ada drama sedikit, ada terima emel daripada Shikin parcel dihantar pukul 12 tengahari lebih. Saya tenang sahaja sebab mungkin van Shopee datang petang dalam pukul 3 petang lebih. Sekali saya jenguk luar tengok lantai serambi letak kereta tiada parcel terdampar. Kemudian tidak puas hati saya tengok di peti surat. Tiada juga.

Sampai pukul 6 petang, saya jenguk balik tiada juga. Saya buat kesimpulan van itu tidak sempat hantar. Dalam saya berjalan ke tv dapur, saya ternampak parcel comel warna kelabu atas sejadah Abah. Sah parcel saya. Haha rupanya Abah sudah ambil awal pukul 11 pagi lebih waktu balik daripada dialisis tidak bagitahu sayapun yang ketika itu menonton tengok #Qurantime.

Saya biarkan parcel itu belum buka. Sibuk sedikit lepas itu. Alhamdulillah lega hadiah selamat sampai.

Buka kemudian. Tq Shikin semoga murah rezeki dan Allah sentiasa beri kegembiraan pada dirimu.

Jumpa lagi. Nanti saya kemaskini hadiah saya dapat di pos ini juga.

Kemaskini 8:34 pagi.

Parcel Kelabu



Rempah Gulai Cap Bunga Rose Dan Rempah Masak Cap Bunga Rose




Saya dapat 2 paket Rempah Gulai Cap Bunga Rose 35 gram dan 2 paket Rempah Masak Cap Bunga Rose 25 gram. Produk dari Terengganu. Cakap terus-terang saya tidak pernah masak gulai. Nanti boleh cuba sebab ada resipi di belakang. Mungkin olah sedikit bahan.



Wednesday, July 22, 2026

18 Julai 2026: Majlis Tahlil Dan Kenduri Aqiqah Mak Lang Lina

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Mak Lang Lina datang harijadi Uwan dan mengajak kami semua ke majlis tahlil dan aqiqah di rumahnya minggu hadapan pada 11 pagi. Gembira hati dapat datang kenduri lagi. Mak Lang Lina ialah adik kepada arwah Pak Ngah Yid yang meninggal pada bulan puasa lalu.

Kami datang awal pada pukul 10:30 pagi Sabtu. Datang dapatlah pilih tempat duduk dan ambil buku Yasin. Buku Yasin yang ekslusif, berkulit keras. Cetakan untuk Majlis Agama Islam Johor.

Berkulit Keras Bahagian Depan Buku Yasin


Bahagian Dalam




Lebih kurang pukul 11 pagi bacaan Yasin dan tahlil dimulakan.

Duduk Bawah Bagi Yang Mampu



Selesai bacaan Yasin diberi beg cenderamata.

Beg Cenderamata Berwarna Biru



Selepas itu dijemput ke khemah makan. Memandangkan orang ramai beratur di stesen nasi, saya pergi ke khemah kambing golek. Kiranya saya orang pertama atau ke-2 yang ambil daging kambing. Tenang-tenang makan sambil mata melirik ke stesen nasi dan lauk. Makan kambing golek sampai habis. Tengok tiada orang beratur, baru saya bangun untuk ambil.

Ramai Beratur Di Stesyen Nasi Dan Lauk


Tiada Yang Beratur Di Stesyen Kambing Golek


Daging Kambing+ Sos Lada Hitam+ Kentang Putar Dan Coleslaw



Ada kari kambing. Saya ambil hati kambing. Ingatkan daging. Ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah dan jelatah.

Nasi Dan Lauk Pauk Serta Kuih-Muih Dan Jeli Kelapa. Air Mineral Daripada Bacaan Yasin



Pukul 12 tengahari lebih, habis makan nasi. Kuih tidak dapat habiskan. Maka masuk kuih dan jeli kelapa dalam beg cenderamata. Isi beg cenderamata terdapat biskut coklat. Tidak sempat makan biskut Julie ini, tinggalkan di bilik tidur kampung. Lain kali boleh kudap.

Julie's Choco Sticks



Petang baru habiskan kuih dan jeli kelapa yang  diambil. 

Oklah jumpa lagi edisi kenduri dan makan-makan. Ada lagi minggu ini.



Monday, July 13, 2026

Terima Hadiah Juara Ruang Komen Bulan Jun Blog CCL

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Ada rezeki lagi untuk menjuarai carta ruang komen bulan lepas. Kali terakhir juara rasanya bulan Disember tahun lepas. Tengok CCL kurang hasilkan pos maka bercadang untuk komen secara pukal pada akhir Jun.

Alhamdulillah hadiah sudah sampai pada Jumaat petang tapi saya balik kampung.
Jadi Isnin tengahari baru berkesempatan buka.


Parcel Shopee



Syukurlah barang selamat sampai tanpa pecah atau rosak sebab ditinggalkan di luar rumah dengan kena cahaya matahari dan hujan. Pembungkusan dengan balutan gelembung sangat membantu.


Bodibreze Leona Fragrance Brightening Body Serum 300 ml



Saya dapat Bodibreze Leona Fragrance Brightening Body Serum. Losyen yang melembab dan mencerahkan selama 12 jam dengan bauan laici dan ros. Wah saya suka ros. Malahan not tengah ada vanila dan bunga peoni selain ros (peminat vanila dan ros). Wangi betul.

Tq CCL atas hadiah ini. Saya terus guna. Saya suka betul hadiah ini. Korang sila terjah blog CCL ini. Banyak maklumat yang disampaikan selain kisah peribadi CCL diceritakan dalam blog.

Ok jumpa lagi.


Sunday, July 12, 2026

Buah Tangan Dari Korea Selatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tidak sangka adik saya yang lelaki nombor 3 sempat beli buah tangan dari Korea Selatan iaitu dompet panjang kain yang diberi melalui Emak. Emak tunjuk 2 pilihan warna, merah jambu dan merah hati. Dua-dua cantik dan saya suruh Emak pilih dompet panjang pilihan dan saya dapat yang merah hati.

Dompet Panjang Merah Jambu



Terima kasih H. Selamat pulang ke Perth esok.


Wednesday, July 1, 2026

Hadiah World Cup 2026 Tumbler

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai termos Piala Dunia FIFA 2026. Sebenarnya saya tidak ikuti sangat Piala Dunia ini sejak Miroslav Klose bersara. Kurang semangat hendak sokong Jerman. Pasukan Jermanpun macam tidak sekuat dahulu.

Apapun terima kasih Cik Notie sebab anjurkan pemberian termos percuma sempena Piala Dunia. 

Parcel yang diterima berwarna hitam.

Mari buka.

Parcel Keriangan



Tengok deskripsi parcel ada tulis  WC2026 Tumbler Florian Wirtz 30 Top Player. Hehe tidak kenal siapa. Terpaksalah google pemain no 17 ini. Takpelah tidak popular buat masa ini. Mana tahu akan datang awak akan popular dan sehebat Klose. Umurpun baru 23 tahun. Klosepun masa mula main pada tahun 2002 (umur 24) saya tidak berapa kenal. Lepas itu popular banyak jaringkan gol tapi namanya masih tidak segah pemain lain. Pelik jugalah. Lantaklah asal banyak jaringkan gol.

17 Florian Wirtz



Lepas itu marilah kita cuba isi air panas dalam ini. Isi berhati-hati. Terfikir macam manalah hendak nampak suhu air terkini. Rupanya kena tekan bahagian tengah bulatan hitam lama-lama. Haha kasihannya baru tahu.



Suhu Air Panas 97°C



Tq Cik Notie. Semoga murah rezeki.


Tuesday, April 21, 2026

Terima Kotak Misteri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Balik dari Tampin sudah ke hujung petang dalam pukul 6 lebih. Masuk dalam laman rumah, Abah kata ada kotak tepi dalam laman. Saya cakap siapa punyalah sebab saya tiada menunggu parcel. Abah cakap mungkin adik ke- 2. Saya pula kata adik no-3. Saya pergi ke kotak. Terkejut tengok nama saya. Abah tanya saya ada pesan apa-apa ke? Saya kata mana ada. Lepas itu teringat...

Kotak Shopee Yang Ditanda Mudah Pecah



Saya ada jawab soalan Sis Notie. Tertanya-tanya saya berjaya jawab betul ke?

Lepas Isyak baru buka. Dalam kotak ada kotak kecil. Apabila buka:

Mangkuk 3 Tingkat



Ada mangkuk tingkat yang berwarna-warni. Cantik warnanya. Warna pastel.

Tq Sis Notie, senyap-senyap hantar. 

P.S: Baru baca pos Sis Notie. Maaf hari ini hari yang sibuk.


Friday, April 17, 2026

💤Akhirnya... 'Mimpi' Itu Tiba💤

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Penantian suatu penyeksaan. Petang 4:30 petang baru dapat dengan tunggu lama. Orang J&T itupun bukannya dia hon (saya suruh dia hon untuk bagitahu sudah tiba untuk saya ambil terus). Tahu-tahu sudah letak dalam rumah (buka pagar awal siap-siap)


Parcel Biru



Harinya telah tiba. Jeng-jeng mari kita buka plastik biru 'Mimpi' ini. Agak besar dan ada satu bahagian keras. Mula-mula terdetik selimut sebab pernah dapat selimut dengan saiz parcel begitu.

Rupanya tekaan pertama saya betul dalam pos sebelum ini iaitu bantal. Ia disertakan dengan sarung bantal warna biru tua. Inilah sebab ditanya warna kegemaran. Warna kegemaran saya ialah hijau zaitun dan biru pekat.


Bantal Itu Dilipat Dua. Ada Lining Keliling Bantal. Atasnya Sarung Bantal



Bantal jenama 'Kun' bermakna dalam Bahasa Hokkien ialah tidur. Ya lepas buka sahaja parcel itu rasa mengantuk sangat tapi tunggu solat Maghrib dan Isyak dahulu. Lepas itu boleh cuba tidur guna bantal baru. Hehe bantal lama saya sudah kempis, tidak gebu lagi.

Lepas solat terus rasmikan dengan buka plastik. 


Bantal Kun Gebu 💤 



Selepas disarungkan bantal.

Bantal Berbaju Biru Tua





Bahagian keliling bantal ada 'lining' warna biru tua.

Pandangan Atas Bantal




Bersedia untuk tidur 💤

Terima kasih SK, saya hendak tidur awal  untuk bermimpi.






Thursday, April 16, 2026

Misi Menangkap 'Mimpi' 36,373,839

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Tanggal 15 April 2026 (Rabu) Puan SK buat lagi misi mencari pembaca angka ke- 36, 373, 839.
Memang mimpilah hendak tangkap angka 36, 373, 839. Paling hampir seperti di bawah:

Tangkapan 36373843



Tangkapan  bersejarah pada 15 April 2026 pukul 4:46 petang.

Sebelum ini saya pernah menang dalam menangkap angka anjuran SK sebelum ini. 




Kali SK suruh whatsapps kepadanya beserta tangkapan layar. Soalan tambahan selain nama, alamat dan nombor telefon ialah warna kegemaran.

Whatsapps Puan SK



Kemudian SK kata 'mimpi' akan diposkan. Terbayang bantal kemudian minyak aromaterapi, lampu tidur dan selimut. Semua kaitan untuk tidur dan kemudian bermimpi. Korang agak saya dapat apa? Penantian yang mengujakan untuk saya.

Apakah Hadiah 'Mimpi' Itu?



BERSAMBUNG......


###########





Sunday, April 5, 2026

Rezeki Dapat Harumanis

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam hari Sabtu (4 April) hari yang sibuk. Seawal pagi pukul 8 Abah balik dari Tampin ke rumah bawa karipap dan pau kelapa dari kedai Durian Tunggal. Makcik Minah dan suami serta Pak Busu dan isteri hendak datang beraya dari Sungai Penchala.

Mereka datang dalam pukul 11 pagi lebih. Waktu mereka datang tetiba ada dengar bunyi salam. Ingat ada orang lain datang rupanya orang kurier datang bawa kotak kecil berisi harumanis dari Padang Besar. Kejutan daripada kawan Abah bagi harumanis. Rezeki untuk tetamu terus kupas sebiji.

Lepas itu Makcik Minah ajak pergi rumah Kak Nizah di Krubong. Harumanis dan jambu yang dikupas dalam mangkuk yang tinggal terus letak atas meja. Air dalam jag masuk peti sejuk. Takut semut.
Tidak sempat hendak rasa harumanis yang tinggal sebab kemas dan basuh cawan kemudian tukar baju raya.

Keadaan Meja Selepas Tetamu Pulang

Saiz  Sebiji Harumanis



Bawa 3 biji untuk keluarga Kak Nizah. Di sini makan tengahari lauk asam pedas ikan merah, telur masin, telur dadar, sambal picit limau kasturi, timun jepun dan teh o panas ☺ Ini lauk kebiasaan orang Melaka, asam pedas sebab semalamnya kami masak lauk asam pedas ikan ikan siakap. Ada mi jawa tapi saya makan sedikit buat rasa.

Pinggan Saya



Lepas beraya rumah Kak Nizah, kami balik rumah untuk solat Zohor. Ada rumah terbuka di Jalan AV1 bermula pukul 2 petang. Adik perempuan saya sudah telefon dari rumah kami tanya keberadaan kami.

Balik rumah solat kemudian keluar semula ke jamuan rumah dengan Adik perempuan sekeluarga pula.

Sini saya makan soto dan nasi minyak. Sini tidak ambil gambar. Santai makan sebab tidak lapar sangat.

Hampir pukul 4 petang baru balik rumah. Tengok harumanis tinggal cebisan kecil dan biji. Ini mesti anak-anak buah makan 
masa tunggu.

2 Biji Harumanis Tinggal


Sebiji kupas untuk sahur jaditinggal 2 biji. Tidak lama habislah itu.

Nota: Hari ini puasa ganti dan sunat. Insya Allah.