Nuffnang

Sunday, September 28, 2014

Beza Masa


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Hari ini otak macam tak betul sahaja. Bukan tak betul macam sewel tu ek tapi macam serba tak kena. Saya salahkan pertukaran masa. Hari ini secara rasmi hari "Daylight Savings Time" (DST) Pukul 2 pagi menjadi pukul 3 pagi. Rugi 1 jam atau beza 1 jam lagi. Kiranya Malaysia dengan New Zealand dah berbeza 5 jam. Begitulah perubahan tidak dapat dielakkan. Untunglah sesiapa yang cepat menyesuaikan diri. Saya ni lambat nak menerima perubahan. Adik saya dah bagitahu awal-awal. Ingatkan tiada kesan pada saya ni tapi tulah lain macam pula rasa. Macam kebingungan. Haha.

Oklah kalau ada yang belum tahu mengapa digunapakai DST ni mari saya beritahu. DST digunakan kerana sama ada siang semakin panjang atau malam semakin panjang jadi nak betulkan waktu. Macam sekarang ini tambah 1 jam sebab nak ke musim panas.

Itu jerla nak bebel. Apapun petang tadi kebingungan saya disejukkan oleh tengok iPhone 6. Hoho. Dapat pegang tapi tak beli tau. Belek-belek je. Lepas itu dapat makan kebab bersama salad dan nasi serta kek keju. Kek keju makan esok sebab kenyang. Nampak tak ada pengesahan halal di dinding untuk Kebab Land. Boleh pilih sos apa nak.

Kaunter Kebab Land


Kaunter Pesanan.


Harap-harap esok tak bingung. Rasa macam nak tidur walaupun awal lagi. Jumpa lagi. Insya Allah.

P.S: Selalu online sebab sini ada komputer dan internet pun laju.
 

   

Friday, September 26, 2014

Imbas Kembali: Dalam Perjalanan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Hidup memang tidak dijangka. Peluang datang tidak harus ditolak. Itulah nasihat Cik Ya dan Makchek. Sementelah aku masih bujang. Impian ini pernah kufikirkan. Allah mengabulkan. Memang tidak dijangka. Aku pernah membayangkan. Allah merealisasikan. Cuma tempat berbeza tapi mana tahu satu hari aku akan ke situ juga.

Maka tanggal 12 Ogos 2014, aku menaiki penerbangan MAS MH149 ke Melbourne dari KLIA. Penerbangan lewat malam. Kapal terbang berlepas 11:50 malam. Eloklah waktu untuk tidur. Alhamdulillah tempat duduk banyak kosong. Aku pilih duduk di sayap kanan. Melihat tanahairku buat kali terakhir. Mengantuk sangat tapi aku cadang akan tidur selepas makan malam dihidangkan oleh pramugari. Bagi aku penerbangan MAS paling seronok. Sepanjang aku naik macam-macam kapal terbang. Mula-mula tu ada juga 'turbulence' tapi aku selamat saja mendarat di lapangan terbang Melbourne. Perjalanan mengambil masa lebih 7 jam. Beza masa Melbourne dan Malaysia tambah 2 jam. Jadi kami sampai pukul 9 pagi. Urusan imigresen mudah dan beg-beg kami pun 'sihat'. Alhamdulillah.

 

Bilik 2 Katil Bujang 1 Katil Permaisuri


Daftar awal masuk hotel untuk berehat. Hotel Park Royal tak jauh dari lapangan terbang. Transit sini. Berehat sehingga daftar keluar pukul 7 malam. Waktu penerbangan ke Christchurch lebih kurang sama iaitu 11:45 malam. Kali ini cuma 3 jam sahaja.


Pemandangan Luar Ke Tempat Letak Kereta


Tempat duduk aku 20F. Memandangkan beza waktu Christchurch dan Melbourne tambah 2 jam. Maka sampai dalam pukul 5 pagi. Aku diberi iPad dalam penerbangan. Terima kasih adikku H sebab langgan hiburan. Mula-mula aku main UNO lepas tu mata dah layu dengar lagu-lagu dalam iPad.

Alhamdulillah sama urusan imigresen dan beg-beg pun selamat ditangan kami.



Tiket Jetstar



Selamat sampai ke rumah dengan sejuk teramat tapi sebelum itu solat Subuh sebelum terlajak tidur sampai pukul 3 petang! 

2 hari ambil masa ke sini. Hidup itu suatu pengembaraan. Aku bersyukur pengembaraan ku melalui tempat ini. Teruskan dengan impian walaupun impian itu besar dan tidak masuk akal. Dengan izin-nya aku akan sampai ke tempat lain pula, tempat yang aku tidak jangka. Insya Allah. Bersangka baik.

Banyak impian aku. Yakin dan sabar.


Terima Kasih Allah
 

Thursday, September 25, 2014

The Groynes


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa lalu kami berkelah di The Groynes. Berkelah tengahari. Tak panas, nyaman jer. Sebelum tu singgah beli 'fish and chips', donut dan air kopi. Selain itu adik ipar bawa sos dan air dari rumah.



The Groynes ni besar juga. Ada picnic 1,2,3. Kawasan golf pun ada. Kalau nak jalan-jalan keluarkan peluh memang seronok sebab dikelilingi pokok-pokok. Bunga-bunga pun cantik dan comel sahaja.


Kami Masuk Ke Kiri- The Birches
 
Kami masuk ke arah sini.


 

Ada meja dan kerusi disediakan untuk berkelah. Bentang juga saprah untuk Aidan nak merangkak. Ini pula anak sungai. Tapi ini anak sungai yang bertentangan dengan tempat kami berkelah.


 

Masa makan fish and chips tu ada itik-itik jinak datang dekat. Lapar agaknya saya baling kentang-kentang dan ikan bagi makan. Terkenang kat rumah waktu saya bagi makan pada kucing-kucing dan ayam-ayam di luar rumah.


 


Tengah khayal dan bersiar-siar menikmati keindahan alam tiba-tiba adik saya panggil. Mereka dah berkemas nak balik. Tak puas betul. Aidan dah mengantuk nak tidur. Jadi terpaksalah balik. Apapun saya seronok di sini.


Jumpa lagi. 
 
 

Saturday, September 20, 2014

J' Aime Les Macarons Di Riccarton Farmers Market


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini berjalan ke Farmers Market Riccarton. Saja-saja jalan sambil berkelah. Mula-mula beli kopi untuk sarapan pagi sebab saya belum sarapan. Pasar ini dibuka dari 9 pagi hingga 1 tengahari. Pasar yang bertaraf tinggi juga sebab ada jual makarun (macaron). Masa tunggu adik ipar beli kopi tu ternampak gerai makarun. Saya cakaplah pada dia, saya teringin sebab tak pernah makan lagi. Jadi lepas dah beli kopi (ramai orang beratur beli kopi)

Adik ipar cakap makarun ni lah yang paling sedap sebab tak manis sangat. Harga NZD$2.70 sebiji. 


Kotak J'aime Les Macarons


Perasa Makarun



Perasa-perasa yang ada seperti kopi, buah pelaga dengan oren, cili coklat,vanila, pistasio dan lain-lain.



12 Biji Makarun- 11 Salted Butter Caramel & 1 Lemon


Besar juga daripada saiz yang biasa saya tengok. Beli 11 biji perasa salted butter caramel dan 1 biji perasa lemon. Perasa lemon tu saya nak rasa. Aidan mula-mula makan roti lepas nampak makaron tu terus dia ambil satu. Suka dia. Pertama kali juga untuk dia makan. Habis dia makan. Sedaplah tu kan. 

Aidan Makan Makarun


Kawasan Berkelah


Nilah kawasan kami berkelah. Bentang saprah duduk atas tu menikmati cahaya matahari. Saya makan panas-panas pai ikan kod dengan daun parsli, minum mocha. Tiba-tiba kenyang tak jadi makan makarun. Makan di rumah sahajalah. Jangan kempunan tak dapat makan sudah. Sempat Aidan bergolek-golek dan minum susu sebelum pulang.

Selamat berehat semua. Apa aktiviti korang? Untuk warga New Zealand selamat mengundi hari ini.