Nuffnang

Thursday, April 30, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 1-7 Ramadan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terjumpa pos mengenai '30 Days of Gratitude Ramadan Challenge.'  Memandangkan terjumpa pada puasa ke-6. Saya akan himpunkan cabaran puasa pertama hingga 7. Sesiapa boleh buat tiada syarat penyertaan. Boleh rujuk gambar di bawah atau laman web momcandothis.com


Ramadan Challenge
30 Days of Gratitude Ramadan Challenge


Cabaran Puasa Hari Pertama: What kind of food are you grateful for?

Terlalu banyak! Alhamdulillah, tak pernah kebuluran atau tak cukup makan. Saya cuma akan tekankan dapat makanan kegemaran seperti laksa, segala pasta, soto. Banyak.

Cabaran Puasa Hari Ke-2: Who in your life are you grateful for?

Mestilah keluarga! Ibubapa dan adik-beradik. Mak yang selalu masak dan fikir menu ketika bulan puasa. Abah pula beli barang keperluan waktu PKP. Selalu tanya saya nak apa. Rasa serba-salah sebab saya suka beli sendiri. Lagipun saya kena tengok apa ada dalam pasaraya baru beli. Selalu bergantung pada jualan murah atau benda saya teringin makan di mana makanan rapu macam makanan sejukbeku, coklat, kerepek kentang. Ada juga minta beli apa yang saya perlu. Benda-benda merepek dan kerepek nanti saya beli lepas PKP tamat.

Cabaran Puasa Hari Ke-3: What moment are you grateful for?

Satu keadaan saya syukuri ialah baring di atas katil sambil pandang langit biru dan awan, pokok dan dengar kicauan burung tepi tingkap. Hari-hari buat. Lepas tu fikir apa yang menyeronokkan. Macam-macam fikir.

Cabaran Puasa Hari Ke-4: What skill are you grateful for?

Ni susah sedikit. Rasa macam takde kemahiran je. Haha. Lepas tu sedar 1 perkara. Saya pendengar/ pembaca yang baik. Sesiapa nak luah masalah, saya jadi pendengar setia.

Cabaran Puasa Hari Ke-5: What about your body are you grateful for?

Alhamdulillah badan sihat. Lebih-lebih lagi waktu PKP. Syukur saya boleh lakukan kerja rumah, turun naik tangga tanpa masalah. Boleh solat sempurna, selesa, makan dan bergerak.

Cabaran Puasa Hari Ke-6: What technology are you grateful for?

Teknologi waktu ini memainkan peranan ufama pada manusia. TV, saya syukuri. Dapat maklumat terkini, hiburan.
Telefon bimbit. Saya suka permainan Candy Crush Soda dan Farm Heroes. Saya ada telefon lain khas untuk main permainan. Takut habis bateri kalau 1 telefon.

Cabaran Puasa Hari Ke-7: What smell are you grateful for?

Syukur saya boleh bau macam-macam. Saya bersyukur secara spesifik bahan wangi dan menenangkan. Saya ada koleksi minyak pati (EO) yang saya guna kerap dalam kehidupan. Saya letak pada tempat sujud, pakaian, tempat yang sakit dan luka.

Ok itu sahaja. Nanti sambung lagi. 




Thursday, April 23, 2020

PKP Fasa 4

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Tak nak cakap banyak, tadi dengar perutusan. Ingat perutusan sempena Ramadan. Rupanya ada pengumuman bahawa PKP dismbung lagi 2 minggu iaitu dari 29 April hingga 12 Mei.

Memang rasa sampai raya ni. Ikut kata doktor yang pernah saya ulas dalam pos Covid-19 sebelum ni. Dia cadang supaya sampai 26 Mei. Takpelah kita tunggu dan lihat.

Marilah Menuju Kejayaan
Marilah Menuju Kejayaan


Apapun selamat berpuasa dan berterawih. Esok puasa tau. Jangan buka dapur awal.



Sunday, April 19, 2020

Review: Whittaker's Fijian Ginger And Kerikeri Mandarin In Dark Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Coklat terakhir dalam koleksi artisan. Saya anggap ini coklat PKP sebab makan di sepanjang PKP.


New Zealand Artisan Collection No 10
Whittaker's Fijian Ginger And Kerikeri Mandarin In Dark Chocolate


Jumlah koko gelap: 62%. No bahagian: 10.

Coklat terahir ini mempunyai coklat pahit/gelap paling tinggi iaitu 62%.

Janji Whittaker's: "Our rich 62% Dark Cacao infused with mandarin from the famed citrus growers of Kerikeri, paired with luscious, juicy ginger hand cultivated in the islands of Fiji."

Apabila buka kerajang alumunium, aroma citrus muncul. Kemudian rasa limau ada dirasai dalam coklat. Cebisan halia agak keras mungkin dibuat halwa. Apapun rasa halia sangat berpadanan dengan coklat pahit dan kemasaman limau.

Saya beri 8/10 untuk coklat ini. Boleh dipertimbagkan untuk beli lagi.

Sekian, tamat sudah 5 koleksi artisan coklat.

Jumpa lagi.



Friday, April 17, 2020

Mangga

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekarang ni musim mangga eh? Malam tadi lepas Isyak, keheningan malam dipecahkan dengan bunyi loceng bertalu-talu. Pelik sebab kawasan rumah sunyi.

Rupanya kawan abah, jiran duduk jalan lain datang bawa mangga yang dia tanam. Ingatkan beri sebiji rupanya beri sekotak! 


Mangga
Mangga


Alhamdulillah moga murah rezeki. Kitorang pun banyak hasil jambu air. 

Kenyang makan buah saja. 

Seminggu lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.



Friday, April 10, 2020

Review: Whittaker's Hawke's Bay Black Doris Plum And Roasted Almonds In Dark Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Bertemu kembali. Edisi coklat sahaja waktu PKP ni. Satu lagi jenis coklat gelap/pahit yang saya cuba. Ini macam versi 'Fruits and Nuts' pada pandangan pertama.

Jumlah koko: 50%. Bahagian: 8

Janji Whittaker's: "Our delicious 50% Dark Chocolate matched with deeply sweet Black Doris plums from the Hawke's Bay and crunchy flecks of roasted almonds."


Whittaker's Black Doris Plum And Roasted Almonds
Whittaker's Hawke's Bay Black Doris Plum And Roasted Almonds In Dark Chocolate


Jangkaan sebelum makan: pahit daripada coklat gelap, masam manis daripada plum dan kerangupan daripada kepingan kacang badam

Selepas makan: Seperti yang saya jangka, keseimbangan rasa pahit, manis, masam dan tekstur rangup. Cuma kepingan kacang badam tu kecil tak seperti kita makan kekacang yang agak besar dalam 'Fruits and Nuts' jadi tak puas sangat makan. 

Adakah saya akan beli lagi? Rasanya lagi bagus saya beli 'Fruits And Nuts'. Markah saya beri 7/10. Ini ikut tekak sendiri. Mungkin korang lagi suka.





Saturday, April 4, 2020

Review: Whittaker's Wellington Roasted Coffee Dark Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cepat masa berlalu....

Peminat kopi mesti tak sabar nak cuba kopi bersama coklat gelap. Apakah rasa gabungan pahit bersama pahit? Ok kita tengok apa kata Whittaker's.


Whittaker's Roasted Supreme Coffee
Whittaker's Wellington Roasted Supreme Coffee Dark Chocolate


"We match our delicious 50% Dark Chocolate with the distinctively bright, fruity flavour of Coffee Supreme's world famous Ethiopian Sidamo coffee."

Berdasarkan penerangan 50% coklat gelap digabungkan bersama kecerahan, rasa buah kopi. Ringkasnya itu pemahaman saya. Memang saya tak reti beza kopi itu sari Brazil ke, Sudan ke atau Indonesia.

Peratus: 50% koko. Bahagian: No. 9.

Setelah rasa, saya memang dapat rasa pahit coklat gelap bergabung dengan kepahitan yang ringan.

Saya beri 8/10. Sesiapa suka kopi pekat pasti suka rasa coklat ini.