Nuffnang

Monday, June 7, 2021

Mencuba Mencandat Nombor Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Diakui menangkap nombor muka surat di blog Adda atau mamapipie.com adalah sangat mencabar. Kadang rasa macam hendak menangis. Sama ada nombor bergerak sangat pantas atau sangat perlahan. Awak tidak akan tahu. Setiap kali menghampiri nombor yang ditetapkan jantung berdegup laju, sama ada dapat tembak sipi-sipi atau tepat atau tersasar jauh. Serius saya rasa kena ada teknik untuk tangkapan tepat ini.

Ini saya dapat kurang 3 mata daripada sasaran iaitu 2,800,000 iaitu 2,799,997 (tapi cantik juga kan). Hehe harap terpilih menang. Lepas segarkan muka surat. terus melebihi 9 mata. 

Pandangan Muka Surat 2,799,997



Harap dapat terpilih menang RM50. Ada yang dapat tepat?

P.S: Kadang-kadang rasa obses tangkap nombor. Betul agak nombor tepat keluar dalam sekitar 9:30 pagi.

Keputusan terkini 8 Jun: Dapat saguhati RM30. Alhamdulillah.

Friday, June 4, 2021

Selamat Harijadi Emak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

4 Jun, sambutan paling sempoi dan senyap untuk tahun ini. Buat di rumah dengan beli piza daripada Domino's dan puding biskut lemak yang emak sendiri buat. Buat kecil-kecilan asal gembira.




Harap emak sentiasa sihat dan gembira.