Nuffnang

Wednesday, April 3, 2024

Terawih Yang Berbeza Tahun Ini Berbanding Tahun Lepas

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah 24 Ramadhan.

Tahun ini Ramadhan disambut berbeza daripada tahun lepas. Tahun ini solat di Masjid Abu Bakar, UTEM berbanding solat di Masjid Al-Alami MITC.

Terus-terang lagi suka solat di UTEM sebab tengok mereka yang solat di sini memang rapatkan saf. Kalau jarang di sebelah kiri, orang di kiri akan rapat ke kanan. Kalau jarang di kanan, orang di kanan akan suruh kita rapat ke kanan. Mereka tidak kisah dihimpit rapat. Ada rasa beza kalau solat tidak berapa rapat dan rapat betul. Jadi saya tiada rasa risau sangat pasal hal ini. Faktor juga untuk rasa seronok berjemaah di masjid. Sejadahpun tiada yang guna besar yang guna seorang. Kongsi melintangkan sejadah. Alhamdulillah. Lagipun sini ramai pelajar-pelajar jadi semangat berbeza. Kita yang dah tua sedikit rasa semangat juga. Hehe. 

Harap dapat bertemu lailatulqadar.

Jumpa lagi.

P.S: Tahun inipun rayapun akan berbeza daripada tahun lepas. Fikir positif sahajalah. Ada hikmah di sebaliknya.


18 comments:

Warisan Petani said...

Selamat menunaikan solat terawih berjemaah sepanjang ramadan

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah. Moga kita semua ditemukan dengan ramadan di tahun2 akan datang. Aamiin.

adnil linda said...

Sebab student lagi.. Tu yg rapat2 saf nya... Kalau akak2.. Makcik2... Haisyhh.. Kita pulak yg stress

fanny_dcatqueen said...

Saya pun bingung, Krn sekarang ini banyaaak sangat jemaah mesjid yg tidak merapatkan staff. Beda dengan di Aceh, saat saya masih tinggal di sana. Shaf benar2 rapat. Tp pindah ke jakarta, beda pula orang2 sini. :(

Dan disuruh rapatpun, terkadang mereka ga mau. Terkadang rindu puasa di aceh

Suria Amanda said...

Alhamdulillah semoga kita semua dapat bertemu dengan Lailatul Qadar...amin...

norhidana said...

bila tengok keadaan gini nak pergi solat setiap hari pun rsa seronok kan kak...

anamizu said...

solat dgn student sllunya mmg ok je rapatkan saf.. moga NA sentiasa diberikan kesihatan yang baik aminnn

LadyBird said...

dulu sebagai pelajar, kite solat akan rapatkan saf... bila ldy keluar ke alam dewasa... pergi masjid org kampung.. org2 tua xsuka duduk berhimpit2.. mungkin mereka xbelajar agaknye.. lama2 kite pun sudah terbiasa..huhuhuhu

Ujie Othman said...

Alhamdulillah..rezeki NA dapat ke masjid yang kita rasa seronok nak bertarawih.
Betul, ada tempat kita rasa tak seronok. Cukuplah datang sesekali bila rasa teringin nak tarawih suasana berbeza dari di rumah.

Moga NA baik-baik je ya.

Mbul Kecil said...

Semoga mendapatkan malam lailatul qadar dan ibadah selama puasa berkah kak na

Puan Hazel said...

Alhamdulillah seronok solat terawih berjemaah begini ...

Azhafizah MN said...

Seronok kalau bertarawih di masjid bila keadaan macam tu. Pernah pergi di masjid berdekatan dengan rumah, saf perempuan payah betul nak rapat. Sampai ada yang marah-marah bising suruh rapatkan. Rasa stress pulak macam tu tiap kali solat nak kena bising baru nak rapat. Lepas dari tu, tarawih di rumah je lah, tenang dan masa fleksibel sikit.

Semoga yang baik baik je di hari kedepannya. Aamiin...

Mas Agus said...

Disini biasanya shaf rapat kalo sholat tarawih saat awal ramadhan saja, sudah seminggu shaf mulai longgar.😂

Djangkaru Bumi said...

untuk tahun ini, saya justru full salat di rumah
entah kenapa enggan berjamaah
mungkin lagi pengen menyendiri
tidak biasanya seperti tahun lalu, suka berjamaah

aizamia3 said...

Alhamdulillah.. seronokkan dapat suasana macam tu.

mrhanafi said...

Hidup ini perlu perbezaan dan juga perubahan juga...

salam syawal yang bakal menjelma

Nur said...

Alhamdulillah, seronok macam tu.
Masjid sini memang imam akan sebut setiap kali untuk rapatkan saf, dan dia tunggu sekejap, beri peluang kita rapat.

mamapp said...

seronok solat jemaah rapat2 kan.. kenapa raya tahun ni NA berlainan. semoga dipermudahkan