Nuffnang

Monday, October 29, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 11


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 11

***Alena telah berjaya menjadi pembanci. Malahan dia telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sehingga selesai. Tugas sebagai pembanci memang mencabar dan memenatkan. Tempoh bancian lebih kurang 6 minggu dan termasuk 2 minggu puasa Ramadan.
"Syukur akhirnya aku berjaya buat sampai ke BP3!" Alena njerit kegembiraan selepas menghantar borang bancian dan laporan terakhir kepada penyelianya.
"Masa untuk pulang ke rumah. Rindu dengan katil sendiri." Alena tidak sabar-sabar.

Alena berasa sedikit ralat kerana tidak dapat membantu Mak Teh membuat biskut raya ketika bulan puasa. Dia terikat dengan tugas dan tidak boleh ke Raub, Pahang tempat tinggal Mak Teh. Ikutkan sudah 2-3 tahun Alena membantu membuat biskut raya d rumah Mak Teh setiap kali Ramadan menjelang. Namun tahun ini berbeza. Dia duduk sementara di rumah Mak Andak untuk siapkan bancian.  dari 6 Julai hingga 22 Ogos.

Dua minggu lagi hendak raya tapi Alena tidak merasakan semangat untuk beraya. Terlalu penat dan tepu dengan maklumat -makluma yang diterima ketika membanci. Kulitpun terbakar oleh selaran matahari dan tidak berseri.

Ibadat solat terawih pun terabai ketika awal 2 minggu Ramadan. Alena bercadang untuk berehat puas-puas dan memulakan solat terawaih untuk baki 2 minggu.

SAMBUNG...

4 comments:

Syazana Zainn said...

wahhhh kak wina pon buat novel :D

yeah!

NA said...

@Schaze: Buat waktu tengah bosan dan bersemangat nak tulis. Hehe.

Nur said...

Kalau boleh tulis panjang-panjang sikit dalam setiap bahagian, bagus juga NA. Baru puas baca. Hehe.. pendapat saya saja. Happy writing ya!

NA said...

Insya Allah nanti buat panjang. Hehe jangan marah kalau episode baru lambat keluar. Terima kasih baca. Semangat hendak mengarang apabila ada orang baca.