Nuffnang
Sunday, May 22, 2011
Ceriakan Hidup
Assalamualaikum...
Nak apa pun boleh diusahakan asal ada kesungguhan. Kalau belum dapat maknanya Allah suruh saya usaha lagi atau benda/perkara itu bukan rezeki saya maka cari yang lain. Jangan kecewa dan cuba ceriakan hidup dengan apa yang ada.
Labels:
Diri,
Motivasi/Motivation,
Muhasabah,
Renungan,
Thought of The Day
Saturday, May 21, 2011
Tulisan Coklat Ferrero Rocher. Sedap Dimakan Begitu Sahaja.
Assalamualaikum...
Selamat petang semua pembaca. Buat apa aktiviti pada hujung minggu ni? Tentu ada segelintir pembaca yang sibuk mengemas barang untuk menyambung pelajaran ke tempat yang jauh. Semoga anda dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Ambillah kesempatan untuk mengenali tempat baru. Peluang sudah ada.
Hari ini hari tak produktif saya. Banyak buat kuak lentang kat katil. Haha sudahnya sakit kepala. Jadi untuk melayan sakit kepala yang tak betul tu makanlah coklat Ferrero Rocher banyak-banyak dengan harapan coklat tu jadi ubat la konon-kononnya untuk hilangkan sakit kepala. Entah teori mana saya ambil. Mungkin saya mengambil teori kebaikan makan coklat. Padahal alasan saya nak menghabiskan coklat 24 biji tu sorang-sorang. Kalau mak tegur saya makan dan habiskan semua, ada la alasan tak logik boleh bagi.
Alasan pertama, tentulah sebab sakit kepala. Alasan kedua, tiada orang pun macam nak makan. Setiap kali buka peti ais besar, coklat Ferrero Rocher tu melambai suruh saya ambil. Itu coklat hantaran H dan tiada siapa berminat ke nak ambil sebiji dua maka saya membuat kesimpulan biarlah saya yang menghabiskannya. Ngehngeh. H pun bukan dia nak bawa pergi Christchurch pun. Dia pun tak hairan dengan coklat agaknya, kilang Cadbury pun ada kat sana.
Makan coklat Ferrero Rocher secara pukal ni memang indah almaklumlah bukan selalu boleh buat. Sebiji-sebiji masuk mulut. Macam terawang-awang. Haha. Oklah tu sakit kepala kurang.
Jumpa lagi pada tulisan lain.
![]() |
| Kereta Awal Cadbury Digunakan Pada Tahun 1919 |
| Proses Membuat Coklat Di Kilang Cadbury |
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event
Friday, May 20, 2011
Resipi Ikan Kukus Halia Cara Saya
Assalamualaikum...
Saya cuma nak kongsi resepi ikan merah kukus/stim. Saya makan semalam ketika tengok siri 'I have a date with spring' di ntv7 pukul 12:30 malam. Lapar gila, lauk semua dah habis. Mula-mula ingat nak buat ayam panggang untuk makan sambil tengok tv tapi jumpa ikan merah dalam peti sejuk. Jadi fikir ikan lagi sedap kukus memandangkan bahan-bahan lain pun ada. Nasi putih pun masih ada lagi.
Bahan-bahan
Sepotong ikan merah
Halia dihiris halus
Cili api dihiris halus
Bawang besar dihiris halus
2 keping cendawan kering direndam kemudian dihiris halus
Sebiji tomato dipotong lapan
2 sudu cuka
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Garam secukup rasa
Air asam jawa
Cara membuat
Ikan dibasuh bersih. Sediakan pengukus di dapur. Letakkan ikan dan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kaca. Tunggu mendidih dan masukkan mangkuk ke dalam pengukus dan tutup penutup pengukus. Kukus sehingga 20-30 minit.
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Resipi,
Selingan,
TV Show
Short Entry Before Going To Bed
Assalamualaikum…
I feel sleepy but before heading to my bed I want to surf internet. Alhamdulillah, double happiness. My earnings are increased.
Indeed every sorrow will be replaced by happiness and every happiness will be replaced by sorrow like days and nights interchangeably. You have to be patience.
That’s all for now. Good night people and thank you for reading this post.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Motivasi/Motivation
Thursday, May 19, 2011
Apa Nak Buat Bila Diri Sedang Berdukacita?
Assalamualaikum...
Selamat malam kepada pembaca semua. Harap anda dah pun menjamu selera. Sekarang ni mood saya dah ok sedikit. Alhamdulillah. Semasa bersedih hati, saya menyibukkan diri melayan diri dengan kerja-kerja rumah, membaca buku dan mengingati perkara-perkara yang boleh menggembirakan saya.
Salah satu perkara saya suka ingat dan perhati ialah peta dunia. Kalau korang perasan kat blogspot saya ni saya letak peta dunia. Saya memang suka tengok dan berangan satu hari saya akan menjelajah setiap pelusuk negara. Malah hati saya terhibur tengok pelawat saya yang dari pelbagai negara masuk ke blog saya. Setiap kali lihat, saya akan berkata dalam diri "saya akan datang negara awak", "saya suka pemandangan di negara awak", "saya dah datang ke negara awak, rakyat awak peramah, seronok saya melawat. Saya nak datang lagi" dan lain-lain ayat. Begitulah saya malah berangan jadi duta syarikat penerbangan macam MAS dan MAS bawa saya serata dunia. Haha. Malah saya berangan di setiap tempat, saya nak buat aksi bagaimana bila bergambar. Memang tempat yang saya dah pergi, saya buat aksi apa yang pernah saya bayangkan. Jadi bila cuci gambar, mak tengok, dia cakap "bersemangat gaya yang saya berikan." Saya senyum. Memang tengok kelakar jer.
Satu lagi saya nak i-Pad maka saya akan cari peraduan. Jumpa pun masa tengah hari ketika membelek dan membaca suratkhabar. Jangan putus asa mencuba. Oh! Bercakap pasal i-Pad, H jual i-Pad dia pada adik saya, Y. Kecewa saya tak dapat i-Pad H tu secara percuma. Hikmahnya, saya semakin berazam untuk mendapatkan i-Pad untuk saya. Doakan saya berjaya ya.
Ok, itu aje. Jumpa lagi
| Salah satu gaya saya buat macam burung terbang bebas |
Labels:
Diri,
Luahan,
Peraduan,
Peristiwa/Event,
Travel
Saying? Thank You
Assalamualaikum...
As I was gloomy and sulking and feeling something wrong with myself, suddenly there is something that makes me happy. Thank you whoever you are for reading my blog and some people who give me a light of happiness. Thank you again.
Old saying said "don't be too sad or too happy. They are easily get replaced or vanished in the thin air."
Who said that?
Labels:
Diri,
Renungan,
Thought of The Day
Tulisan Penglipur Lara
Assalamualaikum...
Selamat tengah hari. Hari ini rasa kehilangan tapi hidup kena teruskan. Lepas hantar H dan isteri di lapangan terbang, tiba-tiba rasa sunyi dan fana. Saya diam dalam kereta setelah puas bergelak ketawa bersama keluarga dan keluarga mertua H. Saya melayan perasaan. Terasa saya lemah.
Mak saya memahami, saya menerawang jauh kurang fokus. Hakikatnya fizikal saya bersama mak dan abah tapi jiwa saya seolah-olah mengikuti H. Mak menyedarkan lamunan saya ketika berhenti di sebuah kedai makan. "Na, turun, kita makan." Itulah emak yang ambil berat tentang anaknya. Saya turun secara perlahan-lahan. Rasa payah betul nak turun.
Di dalam ruang kedai makan yang terserlah tidak lalu makan ialah mak pula. Saya dan abah memesan makanan kepada pelayan. Maka saya dan abah berkongsi makan bersama dengan emak. Begitulah kami suka berkongsi makan dan minum. Mak pun perasan saya hanya pesan air suam. Saya ni makan luar mana selalu pernah minta air suam selalu nescafe panas atau air tembikai suam. Maka mak menawarkan saya minum teh tarik sementara saya pura-pura tak habis makan nasi paprik (padahal lapar gila) kasi mak habiskan makanan.
Memang saya akan rasa terubat jiwa bila duduk di sisi mak saya, perhati mak pun cukup. Kalau sedih, cukuplah kalau saya berdiam diri dan duduk di sisi mak. Kalau mak ajak berbual maka saya akan berbual tidak pernah mendiamkan diri. Kalau dengan orang lain jangan harap saya akan bercakap kalau saya mendiamkan diri. Lagipun mak saya faham perangai saya ni. Kalau saya kecil-kecil, masa sekolah kalau saya sedih, saya lepaskan angin saya pada mak saya dengan memberontak dan buat macam-macam perbuatan suruh mak saya pujuk saya. Sekarang ni takdelah buat camtu ialah berdosa memberontak. Lagipun mak cakap saya ni sama macam dia. Jadi salah satu sebab agaknya mak saya faham dengan perangai saya yang entah apa-apa.
Oklah, cukup-cukup nak sentimental Wina oi. Maaf yer tulisan penglipur lara jer layan perasaan. Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Luahan,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event
Wednesday, May 18, 2011
Alatan/Perkakas/Perabot/Tulisan Anda Hilang?
Assalamualaikum...
Kalau anda dapati blog anda ada yang masih hilang perkakas atau ada isu/soalan tentang masalah blog anda boleh hantar aduan di sini supaya pihak blogger boleh semak.
Saya pun dah hantar aduan, moga tandatangan 'wombatME' pada tulisan lama saya ada semula. 'wombatME' yang ada kat bawah ni saya letak balik.
Labels:
Dunia Siber,
Peralatan/Gadget
Hujan Lebat Waktu Malam Ketika Menjamu Selera
Assalamualaikum...
Selamat pagi. Hujan baru je berhenti. Setelah saya mengomen Melaka tiada hujan lebat pada waktu siang tadi seperti mak saya bagitahu keadaan lebuhraya berhampiran Nilai hujan lebat maka tiba-tiba hujan lebat pada waktu malam di Melaka. Ketika itu kami menjamu selera bagi bagi membelanja H dan isteri di Muara Sungai Duyung. Nasib baik dah nak habis makan sebab hujan yang lebat menyebabkan tempat duduk kami makan terkena tempias yang mula-mula sedikit tapi lama-lama air makin banyak bertakung dah nak becak lantai. Dah lama rasanya Melaka tidak mengalami hujan lebat beserta petir. H terpaksa mengambil kereta dan jemput kami masuk dalam kedai yang terbuka. Masa kami nak keluar, kedai tu 'black-out' .Haha nasib baik, kalau tak bergelap kitaorang duduk dalam tu. H siap pasang lampu tinggi suluh kedai tu sebelum kedai tu ada elektrik semula.
Air di Sungai Duyung dah separas jalan. Agaknya kalau kami lambat keluar mungkin air akan melebihi paras jalan dan banjir. Sepanjang jalan pulang memang tak nampak jelas, kereta-kereta lain memandu dengan memasang lampu kecemasan.
Lupa menu kita orang makan: nasi lemak, sotong sambal, udang goreng tepung, sepapan masak halia, kailan ikan masin, separuh ikan buat masam manis dan separuh ikan buat kukus.
Ok itu aje, esok malam hantar H dan isteri. Ketika ini H sedang sibuk mengemas beg.
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event,
Selingan
Tuesday, May 17, 2011
Perasaan Bercampur-Baur
Assalamualaikum...
Selamat tengah hari dan selamat makan. Waktu ini saya tinggal sorang di rumah tidak ikut abah dan emak yang ke Sungai Penchala kerana ada mesyuarat adik-beradik belah abah. Rasa menyesal gak tak pergi tapi rasanya sebab asal tidak mahu ikut kerana itu hanya mesyuarat bukan kenduri. Apapun setiap keluarga akan membawa makanan macam pot luck untuk makan beramai-ramai. Mak saya buat rendang ayam Negeri Sembilan.
Esok pula, H dan isteri akan terbang ke Christchurch untuk memulakan kerja di sana. Nampaknya rezeki H adalah di negara dia belajar. H akan memulakan kerja pada 25 Mei tak silap saya. Esok saya akan turut serta untuk ucap selamat merantau. Entah bila dia akan pulang. Tidak akan selalu balik seperti yang dilakukan balik sebulan sekali sebelum dia kerja di Hospital Muar.
Perpisahan memang tidak akan dapat dielakkan sama ada perpisahan sementara atau perpisahan abadi. Kita akan sentiasa menghadapi keadaan ini sama ada kita suka atau tidak.
Oklah itu aje, ringkas tulisan kali ini. Entahlah perasaan saya bercampur-baur, berubah-ubah tak tau mengapa. Jumpa lagi.
Monday, May 16, 2011
Tandatangan 'wombatME' hilang
Assalamualaikum...
Korang perasan kan tandatangan 'wombatME' pada tulisan lama saya tiada. Saya pun baru perasan semalam. Mula-mula ingatkan pandangan Mozilla saya yang tak boleh sebab memang ada plug-in saya tak muat turun. Tengok pada Chrome pun cuma ada kotak kecil tanpa ada tulisan 'wombatME'. Apabila klik kotak kecil tu, keluar tiada imej lokasi tersebut.
Memang tandatangan tu saya letak dalam draf blogger untuk pautan bagi setiap pengakhiran tulisan saya. Nampaknya tandatangan 'wombatME' saya belum dipulihkan. Saya akan tunggu pihak blogger pulihkan sehingga mungkin hari Rabu. Kalau tiada, saya akan gantikan dengan letak mungkin gambar-gambar dalam simpanan blog saya.
Ok itu aje. Jumpa lagi
Korang perasan kan tandatangan 'wombatME' pada tulisan lama saya tiada. Saya pun baru perasan semalam. Mula-mula ingatkan pandangan Mozilla saya yang tak boleh sebab memang ada plug-in saya tak muat turun. Tengok pada Chrome pun cuma ada kotak kecil tanpa ada tulisan 'wombatME'. Apabila klik kotak kecil tu, keluar tiada imej lokasi tersebut.
Memang tandatangan tu saya letak dalam draf blogger untuk pautan bagi setiap pengakhiran tulisan saya. Nampaknya tandatangan 'wombatME' saya belum dipulihkan. Saya akan tunggu pihak blogger pulihkan sehingga mungkin hari Rabu. Kalau tiada, saya akan gantikan dengan letak mungkin gambar-gambar dalam simpanan blog saya.
Ok itu aje. Jumpa lagi
Labels:
Dunia Siber,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event,
Selingan
Sunday, May 15, 2011
Biarkan Mereka
Biarkan mereka paranoid
Biarkan mereka perasan
Perasan diri mereka diperhatikan
Perasan diri mereka dihendap
Perasan ada orang nak buat onar pada mereka
Kasihan sungguh mereka hidup dalam prasangka
Kalau tak mampu menghadapi ombak mengganas
Jangan berumah di tepi pantai
Siapa yang mahu menghendap mereka?
Mereka yang membina ketakutan sendiri
Menyangka yang bukan-bukan
Kasihan fikiran mereka terganggu
Kasihan mereka
Tiada siapa dapat menolong
Hanya mereka yang dapat membuang keraguan dalam diri mereka
Oh kasihan! Saya kasihan mereka yang perasan dihendap
Tidak bernilai mereka ini
Labels:
Diri,
Luahan,
Puisi/Poem,
Thought of The Day
History: How I Get Involved Into Blogging World?
Assalamualaikum...
I woke up with dizziness after having a weird dream. Surrounding with foods like sugarcane water, roast chicken, gravy, mashed potatoes but I could not eat as I reached at a particular foods someone took them(or maybe disappear) Well forget about my weird dream, how are you today?
Actually, I want to write about how and when I involved in blogging. One day in 2005 I saw my sister's blog for the first time when I used her personal computer. I think that was my first time reading a blog. At that time I knew nothing about blogs. I did not know how to create, how I fascinated the layout that my sister put and the layout at that time I think it was complicated to create yourself. Later I knew you could drag the tools/widgets or put the code in your html and the widget was there.
From time to time, I was adding my discovery like baby who learn new things everyday. I saw someone commented my sister's entry. I click the commentator's link and popped out the new page with that commentator's blog. Shifted to read her blog. My reading blog was growing. Bloghopping and going back to my sister blog. Sometimes I was lost from where I hopped.
When I created Friendster, I saw Friendster provided users to blog. I said to myself, "why not I try this, it's look fun." There was my beginning of writing my own blog. Of course I could not put the third-party tools to my FS blog. Anything I put could not be detected.
At the beginning, I rarely write in my blog. I write when I want to venture or rant about someone or something. I concentrated more on chatting in kc room. Gradually you can see now how often I write in my blog.
29 Oct 2010, I created another blog with my higher curiosity I want to kill: to put widgets I want successfully. Now I know. Sadly to say my sister has stopped writing her blog. It is a lost for her. Sometimes I wonder why she stop blogging as I see her bloggers friends are still active and among them are well-known blogger with high paid traffic.
That's how I start writing my blog. See you all again.Happy weekend.
Sorotan Minggu Ini
Assalamualaikum...
Tak boleh tidur pula selepas terganggu dengan ngiangan nyamuk. Selalu tidur dengan lena tanpa nyamuk selama ini. Maka apabila tidak boleh tidur, saya mahu menulis di blog.
Jejak blog lain, banyak pula tulisan baru. Hehe mereka melepaskan rindu berblog agaknya. Ops, sebelum terlupa saya nak ucapkan terima kasih kepada yang membaca blog saya.
Lagi satu perkara korang perasankan komen untuk tulisan pada 11/5, 7:37 pagi PDT hingga waktu sebelum blogger hibernasi hampir 20.5 jam hilang kan? Jangan risau bagi yang belum tahu pasukan google akan kembalikan komen-komen tersebut selewat-lewatnya hujung minggu ini (kalau kita maknanya selewat- lewatnya hari Isnin). Mana saya tahu? Kat pemuka blogger (dashboard), bawah sekali iaitu di bahagian Blogger Buzz. Apa-apa maklumat terkini korang boleh baca kat sana. Jangan buat spekulasi. Bukan apa bila saya pergi jengah sesetengah blog, ada yang tak peka dan tak tahu apa yang berlaku.
Ok itu aje saya nak kongsi. Hehe nampaknya minggu ni saya tulis kebanyakkannya pasal status blogger, google dan perkhidmatan.
Jumpa lagi dengan kupasan topik lain pula.
P.S: Saya letak pautan ke Blogger Buzz pada senarai blog kalau korang tak jumpa Blogger Buzz kat pemuka blogger.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Peristiwa/Event,
Selingan
Saturday, May 14, 2011
Pemulihan
Assalamualaikum...
Akhirnya blogger dipulihkan sepenuhnya dan tulisan bermula 11/5 pun dipulihkan juga. Masa saya buka blogger, tulisan saya yang bermula 12/5 tu dibuat sebagai tulisan baru yang belum dibaca begitu juga blog-blog lain yang saya ikuti. Label pada tulisan saya letak pun ada tanda simbol. Hehe memandangkan saya tak suka tengok simbol-simbol yang terletak depan dan belakang label tu, saya buang dan buat baru.
Adakah saya marah pada pasukan google bila blogger tak boleh buka pada tempoh yang lama seperti kebanyakkan orang lain? Tidak sebab bagi saya, mereka cuba sedaya upaya untuk mengembalikan sistem. Bukan mudah ok. Bila sistem gagal dan data hampir hilang untuk kembalikan semula tentu mengambil masa. Penting mereka dah berusaha dan terbukti mereka berjaya dalam tempoh 1 hari.
Apapun tahniah untuk pasukan google yang berhempas pulas mengembalikan kegembiraan saya dan penulis blogspot lain. Hehe tak dapat bayang semalam bila ada salah seorang blogger di forum mengutarakan dan membuat andaian kalau pasukan google tak boleh pulihkan data dalam blogger. Saya dah cuak sebab dia kata peristiwa ni (ambil masa lama untuk pulihkan sistem) adalah kali pertama. Perasaan itu macm sama ketika kc tak boleh masuk pada tempoh lama. Pelbagai spekulasi juga timbul mengapa blogger tidak dapat dicapai.
Apapun syukurlah, harap-harap pada masa akan datang pun tidak ada masalah besar yang pasukan google tidak boleh selesaikan. Tahniah sekali lagi kepada pasukan google kerana dapat menyelesaikan masalah sistem yang bagi saya sangat canggih dan susah.
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event
Cepat Pulih Blogger
Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.
Assalamualaikum...
Masih lagi tak boleh tulis di blogger. Menunggu-nunggu bila boleh buka papan pemuka blogger. Memang lama servis dan mereka tengah simpan semula data. Pada ruang forum memang ramai yang dah marah-marah (terutama warga US) sebab tempoh servis yang lama menyebabkan mereka tidak dapat menulis dan menjejaskan trafik mereka serta ada antara mereka yang iklankan di Google Adsense. Saya pun bersemangat nak tulis di sana tapi nasib baik ada blog FS ni. Saya pun menyibuk gak kat forum tapi itu semalam masa ada dapat kesilapan bX yang sekejap. Trafik saya terjejas? Tak pasti, lagipun saya pun baru je berjinak dalam penulisan blog di blogger iaitu baru 7 bulan. Jadi ia adalah pengalaman pertama tidak dapat membuka papan pemuka blogger. Kali akhir buka mesej ini yang ada
"To get Blogger back to normal, all posts since 7:37am PDT on Weds, 5/11 have been temporarily removed. We expect everything to be back to normal soon. Sorry for the delay."
-Posted by at 4:25 PDT (Pasific Day Time)
Untuk makluman waktu saya tulis ni dalam pukul 8:30 malam hari Jumaat maka waktu sana ialah 5:30 pagi Jumaat. Jadi kalau 7:37 pagi PDT hari Rabu bersamaan 10:30 malam waktu Malaysia hari Rabu. Hehe berbelit dan pening. Saya ni memang lemah sedikit hal tukar-tukar waktu dunia.
Hoho dahla saya aktif tulis blog semula pada tarikh sama. Kalau tulisan saya hilang bermula 11/5 (atau mungkin bermula 12/5 di Malaysia) maka saya boleh salin balik tulisan di FS pada blogger semula.
Bilalah nak kembali normal. Rasanya kritikal juga sebab ikut komen orang kat forum ambil masa nak pulih data kat blog. Bayangkan berpuluh-puluh blog dengan berapa banyak tulisan untuk satu blog. Kalau saya yang baru hampir 7 bulan pun dah mencecah 120 lebih pos apakan lagi yang dah otai. Gila betul sistem dorang mereng.
Semoga cepat pulih blogger dengan keadaan blog seperti dahulu tiada yang terkurang perkakas/perabot.
P.S: Blogger dah pulih semula. Alhamdulillah. Tulisan ini dah diposkan.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event
Perkhidmatan
Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.
Assalamualaikum...
Selamat tengah hari Jumaat. Hehe tak dapat kemaskini blog di blogspot kerana masih dalam penyelenggaraan. Rasanya dalam pukul 1 tengah hari Jumaat atau pukul 10 malam Khamis waktu California (kalau tidak silap perkiraan saya) maka boleh buka blogger. Bagus google mengemaskini sistem dan memperbaiki segala kelemahan. Memang saya masuk blog google untuk mengetahui lebih lanjut. Memang pihak google mengambil berat tentang masalah yang diutarakan pengguna blogspot. Maka mereka nak pastikan kesilapan/kelemahan tidak berulang pada pengguna lain. Bagus betul.
Bercakap mengenai kerja naik taraf sistem, Maxis pun melaksanakan penyelenggaraan pada hari ini 13/5 dari pukul 1-3 pagi. Jadi pada pengguna Hotlink harap sedar dan tidak terkapai-kapai bila tak dapat gunakan sistem.
Harap-harap juga pada penyedia perkhidmatan yang memang perniagaan mereka bergantung penuh kepada penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan supaya meningkatkan kualiti produk mereka. Jika mendapat aduan, silalah selesaikan cepat-cepat dan kalau boleh pastikan masalah tersebut tidak berulang lagi atau berlaku pada orang lain. Saya dapati kadang-kadang mereka ni selesaikan masalah hanya pada yang membuat aduan tanpa menyemak atau memperbaiki sistem atau kualiti produk mereka. Tak boleh begitu. Sepatutnya ia patut dibaiki untuk mengelak masalah tersebut tidak terkena pada orang lain pula.
Saya bercakap secara umum maka kepada penyedia perkhidmatan terutama penyedia perkhidmatan yang mengenakan bayaran kepada pengguna. Jangan nanti akhirnya pelanggan lari kepada pesaing. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak buat pembetulan. Masa itu saya anggap dah terlambat. Lagi satu saya perasan, janganlah keluar produk baru atau sistem baru kalau produk atau sistem yang ada tidak diperbaiki atau ditingkatkan mutu lagi. Tak guna juga.Satu lagi promosi bagai nak rak produk tu bagus siap bagi hadiah tapi hampeh dengan servis.
Jadi saya rasa bagus google ni, saya sebenarnya tak perasan blogger ada masalah tertentu (sebab saya tak alami) tapi bila baca blog mereka, ada sebahagian pengguna ada menghadapi masalah-masalah tertentu terus mereka nak baiki supaya pengguna di seluruh dunia tidak mengalami masalah seperti sebahagian pengguna tersebut. Memang google menjaga pelanggan. Memang patut mereka ni menguasai pasaran dunia dan bagi saya enjin pencarian mereka memang tiada tandingan.
Bercakap mengenai saingan, pesaing seperti Microsoft baru sahaja membeli Skype untuk meningkatkan kelebihan Microsoft untuk bersaing dengan pesaing utama seperti FB dan google. Bagus juga untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Haha bila blogger dah siap servis, tulisan ini akan diterbit di sana pula. Pada pembaca blog saya di sini,saya mempunyai satu lagi blog iaitu : http://me-soul-searching. blogspot.com. Isi kandungan lebih kurang sama sahaja. Tak kisah korang nak baca kat mana-mana blog saya. Kalau nak ringkas, tak ambil masa nak buka muka surat maka teruskan baca di blog ini. Kalau nak tengok bolehlah ke sana.
Ok, harap-harap penyedia perkhidmatan yang lain memperbaiki perkhidmatan yang mereka sediakan. Tak rugi pun untuk kebaikan mereka pada jangka masa panjang iaitu mengekalkan pengguna setia di samping menarik pengguna baru.
Jumpa lagi.
P.S: Kalau anda buat yang terbaik dengan servis dan perkhidmatan yang diberikan maka pelanggan setia tidak akan lari malahan akan menghebahkan kebaikan produk anda.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event
Subscribe to:
Posts (Atom)







