Nuffnang

Thursday, June 16, 2011

Dah Bermula Ke Penggodaman Laman Sesawang?



Assalamualaikum...

Macam-macam peristiwa dan kekecohan berlaku. Tadi pergi 'berjalan' ke blog orang, tiba-tiba terkejut. Yelah ingatkan dia buat tulisan hackers anonymous. Sekali tengok blog dia kena godam. Ngeri saya. Takut lak. Dah bermula ke? Memang kecoh isu ini. Dengar siaran radio Sinar pun ada pasal ni.

Memang buka megavideo tidak boleh. Sedihlah. Saya ni suka tengok cerita bersiri. Betul ke kena sekat?

Oh gerhana bulan berlaku hari ini. Tak silap pukul 1 pagi lebih. Tak ingat nak tengok. Cuma bila buka enjin pencarian keluar gambar bulan. Klik ada cerita pasal gerhana bulan. Saya tak tengok video klip yang disediakan.

Oklah, fobia hati ini. Kecut. Macam-macam hal berlaku.

P.S: Saya ni tengok cerita hantu/seram boleh selamba cekodok tapi tengok blog orang kena godam ngeri pula.


Wednesday, June 15, 2011

Tulisan Gaya Bebas (Monolog)



(Monolog diri)

Merenung jauh memandang bilah-bilah kehidupan 2011 yang dilalui sambil membandingkan rentak kehidupan 2010.

"Lebih tenang separuh tahun ini berbanding tahun lalu", getus hatiku.

"Ia lebih tenang", otakku menyetujui tanpa bantahan.

Alhamdulillah, aku tersenyum. Kesan perubahan 180 darjah yang aku buat nyata ada hasil yang sangat signifikan.

Aku mengingat langkah yang aku buat yang berbeza tahun lepas.

Pertamanya menjauhkan borak-borak sampah terutama dalam alam siber. Memang penyumbang utama ketenangan aku. Borak-borak ke arah memufliskan pahala, menjebakkan diri dalam pengumpatan tanpa sengaja, mendekatkan prasangka atau bergurau walaupun tidak sengaja yang mengundang dosa.

Keduanya menjauhi orang yang suka memberi masalah atau menyakitkan hati. Ini berjaya 100%. Mengurangkan atau memutuskan tidak berhubung kalau tiada sebab. Tiada keperluan untuk berhubung dengan orang ini lebih-lebih lagi yang berlawanan jantina.

Sekarang adalah meneruskan secara istiqamah. Mujahadah untuk tidak kembali ke asal. Moga aku berjaya dan semakin cemerlang. Terdapat lompang yang kadang-kadang aku terlupa nak tutup. Apapun sudah nampak hasilnya.

Aku bebas........