Nuffnang

Thursday, August 26, 2021

Hadiah Hijau

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selain warna biru, saya suka warna hijau. Spesifik warna hijau zaitun. Tidak tahu mengapa tapi suka warna ini tapi yang kelakarnya saya tiada baju kurung warna hijau zaitun.

Oklah berbalik pada tajuk. Lepas Zohor ada kurier barang datang. Masih dalam telekung, nasib baik abah yang ambilkan. Orang itu sebut nama saya. Boleh agak daripada siapa.

Bungkusan Kegembiraan

Buka sahaja. 3 jenis barang hijau dalam bungkusan. Wah tidak sangka pilihan Shikin untuk saya.

Masker Muka, Masker Mata Dan Satu Plastik Putih Yang Belum Tahu Isi Kandungan


Buka lagi bungkusan plastik putih rupanya kotak.  Saya dapat 2 kotak berlainan saiz. Datang tepat pada masanya. Saya ada barang-barang hendak simpan di satu tempat khas.

2 Kotak Warna Hijau Zaitun!



Alhamdulillah terima kasih Shikin. Ini hadiah ke-3 saya dapat.


33 comments:

nohas said...

Alhamdulillah..bestnya dapat hadiah..

Shikin Razali said...

Alhamdulillah, sampai jugak hadiahnya.. hihi saya teringat yang akak penah cakap yang akak suka warns hijau.. tue yang gigih gak cari..🤭🤭🤭 anyway, terima kasih kerana selalu singgah ke jurnal saya.

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki, Tahniah berbagai hadiah dah dapat, suka hijau zaitun ye, cantik warna tu.. Ada masker tu bole berspa nanti, Tahniah NA, moga bertambah rezeki lagi inshaAllah.

Amie said...

Tahniah!
Rezeki datang tak putus-putus.

Ako Retna said...

bila dapat sesuatu yang kesukaan kita, lebih2 lagi warna yang kita minat, lagi la gumbira tak terkata ye :D

Atiqah Najihah said...

Kita geng! Saya pun suka warna hijauuuu hehehe.
Alhamdulillah selamat sampai hadiahhh kak shikin, tahniah akak! :D

Kamsiah yusoff said...

Tentu gembira bkn kepalang bila menerima sesuatu yg sangat kita minati

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Alhamdulillah rezeki lagi . Banyak dapat hadiah

celotehnur54 said...

Warna hijau itu menyenangkan mata. Saya juga senang warna hijau.

nona sani said...

Cantik warna tu... Alhamdulillah rezeki.. hehe.. Hadiah berguna tuuu

Syaz Rahim said...

Alhamdulillah tahniah dapat hadiah dengan warna kegemaran

Azhafizah MN said...

Patutlah blog akak warna hijau. Alhamdulillah dapat hadiah warna fav akak. Tahniah kak.

Abam Kie said...

Alhamdulillah. Sentiasa dimurahkan rezeki dgn mendapat hadiah drp kwn2 blogger...

mrhanafi said...

untungnya selalu dapat hadiah...alhamdulillah

Zhi said...

Hadiah ni kalau sekecil mana pun selalu akan buat orang rasa bahagia kan. Bestnya dapat hadiah. =)

fanny_dcatqueen said...

Cantik kotaknya :). Saya sering beli kotak2 seperti itu, buat penyimpanan barang2, supaya kemas lah :D. Trutama mainan anak-anak. Suka beserak tak tentu. Makanya kotak2 begini penting selalu ada

SalbiahM said...

Warna hijau zaitun memang cantik. Tahniah kak NA. Pandai Shikin pilih

mama sara nur @ Cik Nor said...

wahh bestnya
hijau kan ketenangan
sedapp. memandang

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah..
Memang best bila courier dtg.
Satu kebahagiaan.

Shida Radzuan said...

Alhamdulillah rezeki NA :)
saya pun dapat juga..blm sempat review lg hehee

fairus said...

Alhamdulillah.. Rezeki mencurah-curah kamu terima..

Bola Katok said...

Tahniah! Kotak tu memang sangat berguna.

Etuza said...

Tahnia ya

Wak Lat said...

tahniahnyer.., shikin mmg pemurah kann., ;p

Farrah MF said...

Tahniah, NA! Murah rezeki dapat barang dengan warna kegemaran pula tu :)

Azian Elias said...

Akak pun suka warna biru. and recently pink n purple. warna paling tak suka, KUNING. hehehee

norhidana said...

bestnya kak, alhamdulillah macam-macam akak dapat kiriman dari teman2

Ain Athirah said...

Alhamdulillah. tahniahhh . kita je masih belum bukak huhuhu

Apa2 pun
Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Puan Hazel said...

Hijau warna kegemaran PH :)
Seronoknya selalu dapat hadiah. Tahniah NA

Mrs. A said...

Tahniah!
Simpan barang-barang dalam kotak nampak kemas kan...

dear anies said...

bolehlah nyanyi lagu zainal abidin

ku lihat hijauuuu

😆😆

mamapp said...

Eh sama la kita .. suka biru dgn ijo. Dan pepwl juga.. tahniah na

Nina Mads said...

Warna kesukaan nabi.. sejuk mata memandang. Alhamdulillah murah rezeki