Nuffnang

Thursday, June 10, 2021

Penantian Satu Penyeksaan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dalam apa-apa keadaan, ketidaktahuan sesuatu perkara berlaku adalah sangat menakutkan. Penantian menunggu sesuatu juga satu penyeksaan kerana ketidaktahuan tersebut (unknown)

Begitulah perasaan dialami selepas menerima emel daripada blogger Nina Ahmad tentang parcel telah dihantar. Mula-mula tenang, lepas itu sejak kelmarin (8 Jun) sudah takut. Maka bukalah laman sesawang track & trace Pos Laju. Ketika itu 2 status ada dan terkini iaitu item dispatched out. Sesungguhnya sekatan perjalanan dan cuti umum mempengaruhi tempoh penghantaran. Tiada rungutan sebab redha lambat. Biar lambat tapi selamat sampai. 

Maklumat Perjalanan Parcel

Semalam buka laman sesawang (9 Jun) maka banyak maklumat dikemaskini.

(Sambungan) Maklumat Perjalanan Parcel 


Kemudian dapat sms. Masa untuk menunggu Pos Laju datang.

SMS Pemberitahuan



Tunggu punya tunggu tidak datang. 

Hari ini 10 Jun pula tidak beria menunggu. Ketika menonton my #Qurantime dalam pukul 12:50 tengahari terdengar bunyi loceng.

Alhamdulillah lega parcel selamat sampai. Mari kita lihat apa isi kandungan di dalam.

Bungkusan Dalam'Bubbles' Beserta Nota Dan Kad Raya

Kad raya 29 Syawal.

8 Jenis!

-Magnet Penanda Buku 
-Hello Kitty
-Kiehl's Ultra Light Defense
-Magnet Peti Sejuk Hanoi
-Rantai Kunci P.Pinang
-Magnet Peti Sejuk Masjid Raya Agung Bandung
-Poskad Nantou Jiji Train Station
-Perencah Rendang Adabi

Terima kasih Nina. Hadiah Pengkomen Tegar 2020. Hadiah selamat diterima cuma kad raya kemik sedikit.

Nota untuk diri: Barang sampai hampir seminggu

36 comments:

Azhafizah MN said...

Penantian parcel memang satu penyeksaan kak. tak senang duduk dibuatnya selagi tak sampai. Betul lah tu, PKP ni agak melambatkan kerja penghantaran juga. apapun barang pun dah selamat sampai. Alhamdulillah. tahniah kak :)

Atiqah Najihah said...

Wahhhh banyak dapat hadiah tuuu! Tahniah kak NA! :)

Ujie Othman said...

Tahniah NA. Murah rezeki.

Ako Retna said...

Alhamdulilah selamat juga akhirnya barang2 tu sampai ke tuan nya ye...
Kalau makanan, konpom dah x elok kan sebab seminggu lamanya baru dapat..

nohas said...

Alhamdulillah..banyak hadiahnya..

Kamsiah yusoff said...

Tahniah...wah berderet cenderamata yg diterima ya..murah rezeki..

Puan Hazel said...

Banyak items dlm parcel tu. Bestnya!

Nina Mads said...

Alhamdulillah sampai. Selamat memasak dan mengguna.

Hello kitty - alas cawan tau, poskad taiwan & kiehls tu sunblock. NA ada komen teringin nk cuba.

Nina Mads said...

Betul skrg lockdown beg yg dipos sampai lebih kurang seminggu

fairus said...

Aduh.. pos laju ni memang buat hal la. Saya punya sambal pun lambat sampai ke pelanggan.

Abam Kie said...

tahniah kerana selalu dpt hadiah drp rakan2 blogger.

mama tisya said...

mcm2 dpt tu..btul tu..bila kita dimkalumkan parcel akan tiba tp tk kunjung tiba..sure ternanti2...pernah juga tunggu parcel tp mmg tk smp ..nk trace tk bole sbb guna pos biasa

norhidana said...

Tahniah kak, best semua hadiah yang dapat

Nur said...

Ooo.. sesetengah tempat, poslaju ambil masa juga nak sampai. Alhamdulillah, sampai juga. Comel-comel hadiah. :)

Aisya Ismail said...

Wah banyak nya hadiah. Mana-mana pos pun agak slow sekarang ni. Tapi ikut nasib juga. Kadang tu sehari dah sampai.

SalbiahM said...

Alhamdulillah sampai akhirnya. Parcel sampai lambat ni yang tak bestnya kalau makanan. Takut rosak or tumpah.

shima jelani said...

Time PKP ini memang parcel banyak delay. Ambil masa agak lama berbanding sebelum ini.

Tahniah NA dapat hadiah. Banyak jugak hadiah tu :)

Litah L said...

murah rezeki sis :)

adianiez AIDA said...

now very good la poslaju. pagi2 kita akan dpt sms dulu. mudah utk menunggu / mode standby.

Anonymous said...

faham sangat perasaan tak sabar nak tunggu parcel ni, belum citer lagi tiba2 parcel sangkut kat hub. adoi buat naik darah xD

NARDtheNERD said...

wahh bestnya dapat hadiah hehe

Cik Suerin said...

Ooh cerita pasai tunggu parcel sampai rupanya...ha'ah la memang kekadang tu parcel boleh sangkut lama kat hub 😅

Shida Radzuan said...

Alhamdulillah akhirnya sampai juga kan..
Tahniah NA dapat rezeki lg :)

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah dah selamat sampai.. Bolehlah masak rendang.. hehehe

Nina Mads said...

Betul beli brg skrg pun kalau guna poslaju agak lambat berbanding kurier lain. Harap rendang tu dlm keadaan elok

Amie said...

Tahniah!
Yang dinanti akhirnya tiba jua.

nona sani said...

Bestnya hadiah hadiah yang berguna.. Huhu..

mamapp said...

Waa tahniah na.. seronok bila poslaju hantar brg kan

Farrah MF said...

Tahniah, NA. Murah rezeki. Bab menunggu parcel tu memang faham sangat hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah.
Mcm2 ada.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Penantian satu penyeksaan . Yeah betul tu . Kadang2 terima sms dri kurier nk hantar hari ni .tungu punya tunggu tetiba sampai esok .

Aisya Ismail said...

Tersiksa tapi rasa puas hati kalau yang dinantikan berbaloi.

Curheart.Bedelia said...

Mata saya fokus dekat pes rendang tu. uuuuu, macam boleh cuba!

Cik TK said...

Alhamdulillah bestnya dapat hadiah!! Macam2 ada. Menarik!!!

Penantian memang satu penyiksaan.. huhuuuuu

babYpose said...

Penantian satu penyiksaan kerana soal hati dan perasaan kann.. Murah rezeki NA, moga berterusan, InshaAllah.

dear anies said...

tetiba sy teringat kata2 ni:

biar jodoh lambat tiba asal parcel smpi cpt

hahahahahah