Nuffnang

Saturday, December 12, 2020

Restoran Cambodia Sup

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ahad lepas, kami pergi ke Restoran Cambodia Sup untuk bersarapan. Memang bercadang untuk mencuba semasa kami ke Warung Nasi Ayam Hailam Pak Husin. Memang tidak jauh antara restoran ini dengan warung tersebut. 

Tanda Nama Besar Terpampang Cambodia Sup



Restoran ini senang dilihat tepi jalan TMR 2, Taman Tanjong Minyak Ria. Perhati, insya Allah tidak akan terlepas.

Tanda Batu Taman Tanjong Minyak Ria



Ia menyediakan makanan dari Thailand, Vietnam dan Kemboja. Pelbagai makanan dan minuman disediakan dengan harga berpatutan. Antara hidangan menarik perhatian saya ialah popia Vietnam, nasi ayam daging salai, laksa Thailand, Ban Chew, kuew tiaw Champa, kopi Vietnam

Seleksi Menu (Bahagian Dalam)



Seleksi Menu (Bahagian Luar)


Saya memilih laksa Thailand. Rupa paras macam laksa lemak Melaka. Rasa pula macam laksam. Ia menggunakan bihun. Sedap kombinasi masin dan masam cuma tidak pedas ,menggunakan banyak sayuran dan ulam jadi banyak unsur rangup. Saya boleh katakan makanan sihat. Saya sahaja pilih makanan berat yang berkuah  untuk makan lewat tengahari.

Laksa Thailand



Bercadang untuk datang lagi untuk mencuba ban chew dan popia Vietnam. Tidak lupa kopinya juga.
Abah mencuba mi dan emak pula memilih nasi ayam daging salai. Ada 2 protein utama.

Sesiapa berminat bolehlah datang ke sini di Tanjong Minyak Melaka.

Hadiah Planner Untuk Saya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat-rehat setelah selesai sarapan, terdengar bunyi hon.

Bungkusan Merah Jambu



Abah beri bungkusan. Bungkusan untuk saya. Saya rasa keadaan lekuk bungkusan. Macam buku. Teruja hendak tahu buku apa.

Buka sahaja  nampak tajuk LIVE LIFFE TO THE FULLEST- PLANNER 2021. Saya memang teringin hendak ada jurnal khas. Saya ada jurnal biasa yang beli buku log A5. Wah macam tahu sahaja.

Planner 2021



Terima kasih Shikin Razali. Saya kira saya pengunjung tetap blognya. Semoga murah rezeki. Pembaca, silalah melawat blog Shikin-> www.shikinrazali.com

Bungkusan Besar Dan Berat



Pada cerita lain berkaitan bungkusan, semalam ada barang untuk abah semalam. Sudahlah hantar waktu hampir solat Jumaat (abah sudah pergi masjid), barangnya besar gila dan berat sampai kena tolak masuk rumah.