Nuffnang

Sunday, July 11, 2021

Terima Hadiah Sebagai Salah Seorang Tukang Komen Bulan Jun Daripada Cik Ako

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tidak sangka betul dapat bungkusan hari ini. Lagilah tuan empunya badan yang hantar tidak beritahu. Lagipun tengah PKP tidak dapat jangka boleh dihantar waktu terdekat.

Terima kasih Cik Ako. Waktu dapat ketika saya tengah solat Zohor. Usai solat nampak bungkusan di tangga dengan nama saya.

Beg Zip Kain Jut Dan Kad



Saya dapat beg zip kain jut dengan ayat 'happy girls are the prettiest' dengan nama na. Di samping kad ucapan tahniah menjadi antara 10 orang tukang komen. Ini untuk bulan Jun. Boleh pakai nanti. 


Saturday, July 10, 2021

Tangkap 1 000 000 Muka Surat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada pukul 2:34 petang, saya dapat menangkap 1,000,001! Gelabah telefon Lenovo habis bateri maka telefon Samsung baru saya membantu berbakti.

Tangkapan Skrin  1,000,001 Pengunjung Nonasani.com



Harap saya menang RM88. Tunggu sahaja duit masuk.

Jumpa lagi. Ok tunggu nombor lain pula.

Kemaskini: Duit sudah dapat. Terima kasih Nona.