Nuffnang

Monday, November 11, 2013

Mengenang Rusia Dan Dia Di Hatiku


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ingatkan nak tulis sedikit pasal lawatan saya ke Moscow, Volgograd dan St. Petersburg Rusia masa musim panas (nak cerita ringkas) tapi gambar-gambar dari tab saya emelkan tak dapat pula. 

Nak juga tunjukkan gambar pemandu pelancong yang cantik di St. Petersburg pun tak kesampaian. Kalau korang ingat tulisan ini. Dialah yang saya nak ceritakan. Dia ni banyaklah tanya sedikit sebanyak pasal Islam. Tanya mengapa kitaorang tak makan daging. Haha kat sana kitorang jadi vegetarian. Abah terangkan kami makan daging tapi kami kena makan yang disembelih :) Moga Allah beri hidayah pada dia. Nama dia Yulia (sebut Julia).

Nanti saya dapat gambar-gambar dari tab masuk emel saya, saya akan ceritakan satu peristiwa dengan Yulia ni. Hehe. Doakan saya dapat hantar gambar-gambar.

P.S: Dia ingat saya ni budak sekolah. Adeh. Tau orang-orang sana besar dan tinggi. Yulia ni tinggi lampai, peramah.

 

Thursday, November 7, 2013

Monolog: Keajaiban


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

***********************************************************

 So close no matter how far
###########################################################


Tiba-tiba terpandang potret aku bersama H, emak dan abah yang tergantung di ruang tamu. Gambar H konvo. Kemudian muncul pula di fikiran gambar diambil bersama Uwan, abah, emak, aku bersama M semasa konvo juga.

Terfikir juga aku hadiri konvo adik-adik. Aku pula tidak berjaya menamatkan pengajian.

Aku perlukan keajaiban seperti Kim Yunsik nyatakan kepada Lee Seonjun (drama Sungkyunkwan Scandal). Lee Seonjun tunjukkan 'keajaiban' itu. Mungkin satu hari aku akan dapat 'keajaiban' itu.

Mana tahu macam dalam pos sebelum ini, aku terbuka hati dan seseorang telah tunjukkan 'keajaiban' itu. Pada ketika itu tiada teragak-agak aku akan tinggalkan mak aku. "Mak, Na akan ke Belanda." Kenapa Belanda?


=== Pernah mimpi aku naik basikal bersiar-siar dengan persekitaran yang indah dan tak pernah aku lihat di waktu petang dan aku tegur seseorang dalam bahasa asing. Aku dapat tahu sekarang tempat tu di Belanda.===

Setiap perkara telah ditentukan mengikut masa. Hidup merupakan perjalanan.




##########################################################
P.S: Bahasa Belanda belum tahu lagi.

   

Monday, November 4, 2013

Hijrah: Mengapa Susah Nak Maafkan Orang?


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah semua. Harap-harap kita semua ada peningkatan dalam hidup. Beberapa bulan sebelum ni akhirnya saya dapat lakukan sesuatu yang sangat susah bagi saya. Bagi orang lain mungkin mudah lakukan. 

#Ada kaitan dengan pos ini dan ini.#

Apa yang susah bagi saya nak lakukan sebelum ni? Memaafkan orang. Ini bukan maafkan untuk hal kecil tapi maafkan untuk perkara yang besar macam orang curi duit, sakitkan hati, kena fitnah yang teruk-teruk, orang tikam belakang dan macam-macam. Paling teruk orang berkenaan tak pula minta maaf di mana lagilah macam terasa susahnya saya nak maafkan mereka. Rasa macam nak tengok kehancuran mereka. Nak senyum dalam hati tengok mereka hidup tak tenang.

Macam saya katakan beberapa bulan sebelum ni tiba-tiba lembut hati nak maafkan mereka. Sebelumnya saya tak terkesan walaupun orang nasihat dan ceramah pun selalu dengar perkara ini.

Saya rasa saya dah teruskan hidup. Malas dah nak ambil tahu. Kalau orang nak mengumpat atau fitnah saya, saya patut ucap terima kasih pada orang tersebut.

Apapun terima kasih kepada sesiapa yang doakan supaya saya lembut hati untuk maafkan setiap kesalahan orang pada saya.

P.S: Kebelakangan ini saya selalu teringat nasihat ini "biarlah orang buat buruk kat kita jangan kita ikut buat buruk macam tu kat orang lain". Kuat betul nasihat ni terngiang-ngiang kat fikiran padahal nasihat ni dah lama dan tak ingat masa dulu. 

Sunday, November 3, 2013

Peristiwa Hujung Minggu


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam petang Ahad. Mengambil kesempatan petang-petang ni melayari internet, baca pos-pos tulisan baru di feedly. Cuaca panas berpeluh-peluh saya ketika ini tapi kipas tetap dihalakan ke PC.

Hari ini ada 2 kenduri kahwin. 1 di Bukit Rambai, 1 lagi di kawasan perumahan saya. Tak lalu makan sangat. Di Bukit Rambai, saya makan nasi putih dengan lauk masak lemak rebung dengan perut. Tapi di kenduri kedua cuma makan buah salut coklat yang orang buat. Padahal situ ada sate, pecal, cendol. Itu semua tak membuatkan saya teruja atau terliur.

Oh!Ya, kitorang pergi kenduri dari kampung. Balik kampung Jumaat kelmarin. Maklumlah kitorang memang rajin balik kampung. Kampung boleh dikatakan dekat. Semalam pun Mak Lang ada singgah bawa anak-anak dan bakal-bakal tunang. 3 orang anak Mak Lang yang dah bertunang. Ramai kan? Dalam hati kata boleh buat serentak. 2 lelaki dan seorang perempuan yang bertunang. Dorang ni tunang lain-lain waktu. Mula-mula Izam tahun 2011. Dia nak pergi Lubnan tu yang masih belum tetapkan tarikh nikah. Rasanya tahun depan agaknya. Insya Allah. Semalam tu ramai yang datang, gelabah pula saya baru terhegeh-hegeh nak masak air. Tungku satu je kat rumah Uwan. Lepas tu nak goreng karipap dan roti sardin. Lama pula menunggu. Lepas air masak, cepat-cepat buat air teh o. Si Mawar (tunang Izam) ringan tangan terus bantu letak kuali dan gorengkan kuih. Saya tak sempat tengok dia goreng, tengok-tengok kuih tu dah nak hangus. Tengok besarnya api. Saya cakap pada dia "Wan mesti bising." Dia pula dah gelabah. "Kak tolong kecilkan api."
Saya tergelak dan terus tutup terus.

Memang betul Uwan bising komen. Mawar pun cakap dia tak reti kecilkan api. Mak Lang usik "rumah pakai dapur kayu ke?" Hehe. Harap-harap si Mawar tu takdelah serik menolong lagi. Biasalah saya pun pernah goreng sampai nak hitamkan kuih. Uwan memang marah betul-betul kat saya sampai dia tak bagi saya goreng kuih lepas tu. Dapur gas rumah Uwan memang kuatlah.

Ok itu sahaja cerita hujung minggu yang saya nak ceritakan. Jumpa lagi. 

P.S: Masa ni abah dan mak takde sebab pergi Pasar Minggu. 

Tuesday, October 29, 2013

Selamat Hari Jadi Blog Dan Feedly


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat peluang menulis lagi. Gembira sebab ada semangat nak kemaskini blog. Rasanya bulan ni bulan rajin saya tulis pos.
Hari ini genap 3 tahun blog Pencarian Jiwa. Alhamdulillah bertahan sehingga kini. Masa diwujudkan saya nak serius menulis di samping nak dapat pendapatan dengan Nuffnang. Lagipun saya masa tu dalam peralihan. Tak minat nak chatting dah. Haha. 
Eh asal nak kongsi pasal aplikasi baru yang wajib saya buka setiap kali melayari internet. Sejak google reader takde, mula-mula tu patah hati juga tapi berkat iPad adik, google cari aplikasi alternatif untuk google reader. Jadi saya pilih aplikasi feedly. Jadi kiranya kehilangan google reader diganti dengan feedly. Kalau yang tak tahu feedly ni apa, ia macam himpunan blog-blog macam kita letak senarai blog pada blog kita. Tapi ni saya himpun blog-blog yang saya langgan atau ikuti dalam feedly. Jadi takdelah semak blog banyak-banyak kat blog saya. Kalau korang tengok mana ada saya letak senarai blog. Ada pun saya letak 2-3 pautan je. Kat feedly ni saya punya langganan dah 79. Hehe sama macam tahun lahir. Saya akan tambah kalau jumpa blog-blog yang menarik. Jadi saya akan tahu kalau blog tu ada pos baru. Senang. Takyah pergi melawat blog tu hari-hari. Haha pemalas. Kadang-kadang baca je.

Jadi sesiapa yang berminat nak cuba bolehlah pergi ke pautan ini. Senang takde pendaftaran sebab dia pakai kata nama google je. Jadi korang kan ramai pengguna google jadi takde masalah. Nanti feedly cakap nak tengok maklumat kita, kita klik butang 'Accept'. Lepas tu korang bolehlah buat senarai blog. Letak pautan blog yang korang nak letak, kategori tu suka hati nak letak apa. Feedly ni tak payah dimuat turun jadi kalau korang guna pc lain atau di tempat lain pun boleh tengok. Jadi senang.

Ok itu sahaja nak kongsikan. Selamat mencuba. Kalau ada masalah atau kemusykilan boleh tanya.

Jumpa lagi. 

Wednesday, October 23, 2013

Telinga Kanan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah tak sedar bila telinga kanan ni dah boleh dengar dengan normal.

Maka dapatlah dengar lagu dengan 'volume' yang normal. Haha punya kuat sebelum ni. 

Syukur nikmat ini tidak hilang. Moga saya lebih menghargai nikmat pendengaran ini.

P.S: Hilang sekejap lepas beberapa hari pulang dari NZ. 

Saturday, October 19, 2013

Kuasa Doa


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah tadi baca suratkhabar, seorang penerbit Belanda yang buat filem menghina Nabi Muhammad S.A.W. telah memeluk Islam dan mengerjakan haji. Wah daripada pembenci kepada pencinta Islam! Itulah hidayah. Beliau berjanji akan menerbitkan filem tentang kehebatan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam selepas selesai mengerjakan haji. Subhanallah. 

Kita pun kalau dapati ada orang menghina ajaran Islam atau Nabi Muhammad S.A.W. janganlah kita caci-maki dorang balik. Sila terangkan dengan berhikmah tentang keindahan Islam di samping jangan lupa berdoa moga orang yang menghina Islam mendapat hidayah atau dilembutkan hati untuk tidak memburuk-burukkan Islam.

Kita sebagai Muslim pun menunjuk keindahan Islam dengan menunjuk akhlak Islam. Saya selalu juga ditanya secara tak langsung. Kadang-kadang macam terkelu (sebab terima soalan cepumas tiba-tiba) atau lupa nak promosikan ini cara Muslim. Kena perbaiki diri supaya petah menerangkan. Ada satu cerita yang pernah saya alami. Nanti saya ceritakan.

Apapun gembira juga ramai yang bukan Islam menghormati orang Muslim. Malah ramai yang tahu ajaran Islam. Saya ingat di kapal terbang, saya duduk sebelah seorang perempuan orang putih. Dia tahu apa yang bersarang di fikiran sebab saya teragak-agak nak makan. Dia cakap jangan risau awak boleh makan (cakap dalam Bahasa Inggeris). Dia tahu saya boleh makan apa. Tanya pramugari memang betul boleh makan.

Kepada yang bukan Islam yang sibuk nak gunakan kalimah "Allah", moga kamu diberi pencerahan dan dilembutkan hati untuk tidak menggunakan kalimah tersebut.

Ok jumpa lagi.

P.S: Bagi saya dorang ni berani. Korang layan jerla beri jawapan walaupun rasa soalan dorang tu soalan remeh/bodoh. Mana tahu dengan penerangan korang membukakan hati dorang :)

***************************************************







P.S: Selalu doakan dia menerima hidayah jika dia jodoh diri ini. Jika dia bukan jodoh diri ini pun tetap berdoa semoga dia terima hidayah.