بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah parcel dari Keningau selamat tiba ke rumah saya. Rasa seronok dan tidak sabar. Selalu akan rasa teruja untuk tahu dapat hadiah apa.
Buka agak lewat iaitu malam sebab siang banyak kerja kena buat. Sebelum buka hati tertanya-tanya apa isi kandungan kotak kerana agak besar.
Isi kandungan kotak elok tanpa pecah atau koyak.
Saya suka sebab dapat Elcafe Premix Coffee with Ginseng & Moringa, mangkuk 2 tingkat plastik dan sudu mangkuk.
Boleh terus guna dan minum esok pagi. Saya google pasal kebaikan elken elcafe ginseng dan moringa. Rupanya ada gingko biloba juga. Memang banyak khasiat, saya tertarik dengan kebaikan meningkatkan fungsi otak. Boleh klik pautan biru. Saya baca iktisar AI. Ringkasan mengenai produk ini.
Terima kasih Encik Etuza atas hadiah ini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin. Macam tahu-tahu saya suka cuba makanan kesihatan. Hehe😄
Korang boleh lawat blog Encik Etuza di sini. Banyak info menarik pasal diri tuanpunya blog. Suka Encik Etuza ada kebun dan tunjukkan hasil kebun.




No comments:
Post a Comment