بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah parcel dari Keningau selamat tiba ke rumah saya. Rasa seronok dan tidak sabar. Selalu akan rasa teruja untuk tahu dapat hadiah apa.
Buka agak lewat iaitu malam sebab siang banyak kerja kena buat. Sebelum buka hati tertanya-tanya apa isi kandungan kotak kerana agak besar.
Isi kandungan kotak elok tanpa pecah atau koyak.
Saya suka sebab dapat Elcafe Premix Coffee with Ginseng & Moringa, mangkuk 2 tingkat plastik dan sudu mangkuk.
Boleh terus guna dan minum esok pagi. Saya google pasal kebaikan elken elcafe ginseng dan moringa. Rupanya ada gingko biloba juga. Memang banyak khasiat, saya tertarik dengan kebaikan meningkatkan fungsi otak. Boleh klik pautan biru. Saya baca iktisar AI. Ringkasan mengenai produk ini.
Terima kasih Encik Etuza atas hadiah ini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin. Macam tahu-tahu saya suka cuba makanan kesihatan. Hehe😄
Korang boleh lawat blog Encik Etuza di sini. Banyak info menarik pasal diri tuanpunya blog. Suka Encik Etuza ada kebun dan tunjukkan hasil kebun.




13 comments:
Wah, tahniah NA dapat hadiah giveaway dari Encik Etuza 🥳
Alhamdulillah..tahniah kak NA..selamat sampai hadiahnya... Linda baca Gingko tu teringat gecko pulak..hahaha
tahniah dapat hadiah.. suka berkunjung ke blog cikgu etuza.. sentiasa update blognya
Tahniah NA!
Tentu seronok sangat kan, dapat hadiah yang memang sesuai dengan apa yang kita suka.
Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya, sebenarnya ada kerisauan ..andai sesuatu terjadi.Allah kabulkan doa ..Syukur alhamdulillah.Teriam kasih ya, sudi update blog " dari Keningau ke Durian Tunggal"
Terima kasih sekali lagi menghargai dan menyukai hadiah ni..
Alhamdulillah, hadiah sampai dengan elok kepada yang berhak..terima kasih menghargainya
Wah... tahniah, NA. Alhamdulillah, rezeki dari jauh.
Moringa tu banyak khasiat. Ginseng pun. 👍
Alhamdulillah tahniah rezeki :D
Congrats kak NA 😍😍😍. Apa rasa kopi itu yaa. Saya nih pun penggemar kopi garis keras 😄😄. Abang Etuza ini ramah dan baiiiik sangat. Memang seorang guru yg begitu sabar nampaknya dengan students dia 👍
Wahh alhamdulillah menarik dr cikgu Etuza. Boleh review lps minum
Alhamdulillah..rezeki kak Wina dapat hadiah. Jauh berjalan hadiahnya sampai ke semenanjung. Dapat mangkuk tingkat warna ikut tema blog. Mesti kak Wina suka.
Rasa tidak berapa keras. Nasib baik tidak rasa moringa dan gingko itu bagaimana.
Post a Comment