Nuffnang

Friday, May 29, 2026

11 Zulhijjah 1447: Korban Lembu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam korban 2 ekor lembu untuk kebanyakan keluarga Haji Sabtu. Buat di rumah Pak Ngah untuk melapah dan agih-agihkan daging. Sembelih di pusat penyembelihan.

Gotong-royong sesama keluarga. Mula-mula sarapan dahulu. Ada nasi lemak sambal sotong, rendang ayam, mi goreng, karipap, bebola ubi goreng dan kuih raya serta kerepek. Air pula air oren sejuk dan air Indocafe panas.

Bermula pukul 10 pagi. Sebahagian yang dipotong dibuat sup.

Nasi Lemak Saya



Bahagian melapah dan memotong dibuat di bahagian tempat letak kereta. Masa ini proses melapah sudah selesai.

Tempat Memotong


Tempat Menimbang Dan Membungkus Daging



Kawasan memasak sup di bawah pokok. Semua aktiviti buat di luar rumah. Seronok ada angin yang bertiup jadi tidaklah panas sangat.

Tempat Memasak



Ambil cepat-cepat potongan yang ingin dimasak. Nasib baik awal-awal sudah merebus daging, tulang dan gearbox.

Proses Masuk Bahan Perencah

 

Proses melapah dan memotong selesai sebelum hampir pukul 1 tengahari tapi sup belum masak. Ada yang hendak ke kenduri aqiqah dan ada yang pergi agihkan daging. Ingat hendak pergi kenduri tapi Abah hendak masjid selepas itu. Jadi kami tidak makan sup tapi adik perempuan dan CikYa cakap akan bawa balik rumah Uwan nanti.

Bihun Sup Dan Teh Tarik Adraa Durian Belanda



Alhamdulillah 2:30 petang saya dapat nikmati bihun sup beserta air bancuhan sendiri: teh tarik Adraa durian belanda yang saya bawa sachet dari rumah di Melaka. Nikmat makan di luar rumah dengan air sepoi-sepoi bahagian. 3 kali ulang makan. 2 kali makan bihun sup dan terakhir makan dengan nasi impit. Kenyang alhamdulillah.

Moga tradisi bergotong-royong sesama keluarga melapah dan memotong dapat diteruskan. Amin.



Tuesday, May 26, 2026

Selamat Hari Arafah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Selamat hari Arafah. Mohon keampunan daripada Allah terutamanya. Jangan lupa doakan mereka yang tertindas. Doa banyak-banyak selepas Zohor sampai Maghrib.

Hari ini hari jadi roh kita semua. Waktu ini Allah tanya kita siapa Tuhan kita.

Alhamdulillah hari ini dapat berseorangan lagi.

Jumpa lagi.

#jomdoa


Tangkap Layar Pada 24822



Nota tambahan aktiviti hari Arafah:
Buat aktiviti sendiri seperti zikir dan doa seorang diri selepas Zohor waktu Malaysia. Kemudian pukul 8:30 malam ikuti seorang ini di saluran Youtube. Dia baru lepas sahur dan solat Subuh.s Di sana pukul 5:30 pagi. Ikuti dia zikir 'Allahuakbar' untuk 25 000 kali. Waktu dia solat Dhuha atau ke tandas, saya ambil kesempatan makan malam. Zikir sampai pukul 12:15 pagi waktu Malaysia dan di Arab Saudipun dah Maghrib. Saya tidur, dia teruskan. Terjaga sekejap masuk balik dia masih berzikir. Ikuti sekejap. Mengantuk balik dan tidur dan saya bangun semula pukul 5 pagi waktu Malaysia. Sertai berzikir juga sampai dia cukup 25 000 malah lebih 100 kali iaitu selepas Asar waktu sana. Habis awal sebab dia ingat zikir ini sampai waktu Maghrib. Sementara ada masa dia pula nak bersendirian untuk doa sehingga berbuka puasa. Doa itu rahsia dan masa bersendirian dengan Allah😊. Saya pula sini dah pagi takbir raya pula. Hehe seronok pula walaupun kami di zon waktu berbeza. Harap dapat buat lagi tahun depan. Insya Allah. Dia ada buat waktu Ramadhan lepas.


Sunday, May 17, 2026

Hujung Minggu Bersendirian Di Rumah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat berehat di hujung minggu. Saya berseorangan di rumah sejak semalam. Lepas Mak dan Abah balik kampung, saya tengok tv sekejap dan jalan laju kawasan perumahan. Lama tidak jalan sejak bulan November. Tengok-tengok ada sebuah rumah baru siap tempat saya selalu jalan. Cepat betul. Sedangkan ada 1 rumah di  satu jalan sama dengan saya tidak siap lagi padahal mula 16 September 2025.

Semalam dan hari ini masak lauk. Satu lauk iaitu masak kari ayam simpan dalam peti sejuk untuk lauk esok apabila Emak dan Abah ada. Esok masak sayur sahaja. Saya suka masak awal tapi tengok keadaan kalau kena lembutkan ayam, masak lewat.

Oklah saya coret ini untuk kenangan. Hujung minggu ini mood untuk masak lauk yang teringin hendak makan apabila berseorangan. 

Jumpa lagi.


Saturday, May 16, 2026

Tag Berantai: Jom Berkenalan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Akhirnya berjaya juga buat tugasan yang diberi oleh Cuya dan SK. Maaf ya lambat. 

Saya baca balik arahan dan buat semula ikut sebiji-biji arahan. Baru saya tahu mengapa minggu lepas saya gagal.

Ok ini hasilnya.

Infografik Diri



Tq sebab membaca.

P.S: Muka itu dari jauh iaitu daripada senarai pos itu sama😊 tapi apabila baca pada blog jadi lain.
 

Friday, May 15, 2026

Kena Rajin Puasa

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... 

Nasihat diterima kena rajin puasa sebab belum kahwin. Insya Allah.

Masalahnya kena goda masa seorang diri. Aduhai padahal saya seorang yang suka berjalan seorang diri buat perkara saya suka. Sambil berjalan saya suka buat pencarian jiwa saya. Jadi leave me alone. Muka saya serius dan saya tidak suka pandang orang. Saya suka pandang ke bawah atau mendongak ke langit untuk tengok awan.

Kadang-kadang takut juga. Selepas peristiwa itu saya berdoa pada Allah supaya saya terlindung daripada perkara tidak elok berlaku. Saya doa kalau saya lebih sesuai solo maka biarlah begitu. Kalau tidak mudahkan saya temu jodoh.



Sunday, May 10, 2026

Entah Apa Jadi

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tidak tahu apa masalah Blogger ini. Keluarkan 1 pos baru, sampai ke malam ke awal pagi baru keluar dalam feed Google.

Btw saya ada buat tag berantai yang Cuya dan SK bagi tapi macam ChatGPT tidak dapat baca blog saya jadi infografiknya jadi tidak tepat. Ia ikut tekaan berdasarkan nama blog. Oleh itu saya padam. Maaf ya.


Saturday, May 9, 2026

Demi Berus Gigi Ini...

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Lama tidak pergi Tampin naik bas. Akhir pergi pada 31 Jan dan kemudian jatuh sakit. Bulan puasa memang tidak buat sampai habis raya. 

Selepas itu ada peluang apabila tengok pencuci muka habis. Ya tanggal 24 April (Jumaat). Lagi satu hendak tengok kalau harga tiket naik sebab kekecohan harga pasaran minyak. Alhamdulillah harga masih sama iaitu RM1.00 walaupun keliru juga setiap jenis bas ada kenakan RM0.90 tapi saya bagi RM1.00, pemandu tidak pulangkan RM0.10. Ada jenis bas lain yang kenakan RM1.10 tapi tidak minta tambahan RM0.10 cuma ada sekali sahaja minta. Jadi saya simpulkan kena RM1.00. Lain pemandu lain karenah. Haha. 

Ok apabila saya masuk Watson's, saya cari pencuci muka yang saya guna tapi tiada. Sudah tukar rupa dan jenis saya punya tiada maka saya terpaksa cari jenis lain tapi jenama sama. Ini bermula masalah apabila tengok/belek maka terbelek benda lain. Alang-alang saya belek berus gigi sebab jangka hayat sudah habis. Tukar jenama lain sebab berus gigi yang saya pakai sokong si 'Z'. Ironi saya beli berus gigi itu sebelum peristiwa itu. Kenalah guna sebab saya beli banyak berus gigi itu. Takkan hendak buang.

Jumpa jenama Systema Ultra Dense Gum Protect. Cinta pandang pertama tengok berusnya macam ala-ala bunga matahari. Warnapun menarik, warna oren untuk pemegang berus. Makin mahal pilihan berus gigi. Takpelah kerana sayang gigi. Beli sebatang dahulu sebab takut tidak sesuai. Harga asal RM14.50 tapi RM8.70 sebab beli pencuci muka saya (Ya Allah pencuci muka sayapun makin lama makin mahal). Apapun ada niat kalau sesuai cari tempat lain yang murah.

Ok puas hati malahan lagi bagus daripada berus gigi sebelum itu. Harga sahaja yang tidak bagus untuk poket😋

Jadi minggu depannya 2 Mei (Sabtu) hati dah memberontak suruh cari maka pergi lagi untuk pencarian berus gigi tersebut dengan harga murah.  Ingatkan mudah tapi tidak. Rupanya bukan semua pasaraya bawa berus gigi ini. Pencarian di Econsave tiada. Cuma sempat menyelit benda lain iaitu coklat Kinder Bueno Dark sebab murah sedikit daripada Mydin iaitu RM12.90


Kinder Bueno Dark



Lepas itu makan dahulu sebab lapar di Nasi Ayam Gemas Pak Mus. Kali ke-2 makan di sini. Nasi ayam biasa, teh tarik dan air suam cuma RM12.

Nasi Ayam Gemas Pak Mus



Lepas itu cari di Mr. DIY, tiada. Speedmart, tiada. Mydin (cari minggu lepas), tiada. Ada cuma di Tampin Shopping Centre. Harga RM18.50. 2 batang berus gigi sahaja. Tidak jumpa set ada 3 atau 4. Beli sebab lagi murah. Fikirpun kalau beli di Watson's kena beli benda lain baru boleh dapat harga RM8.50. 



Systema Ultra Dense Gum Protect



Warna 2 batang ini warna biru cair dan merah jambu. Tengok di pencarian ada warna hijau cair. Tengok juga di google, nampaknya saya beli di Tampin Shopping lagi murah daripada semua tempat lain. Jadi rasa seronok sedikit. Oklah nanti rajin cari tempat lain atau tunggu harga lagi murah.

Itulah kena coret untuk ingatan dan panduan.

Jumpa lagi.

 P.S: Apsal pos yang diterbitkan lambat keluar dalam senarai blog dan senarai bacaan pos yang diikuti dalam Google?


Sunday, May 3, 2026

3 Mei: Walimatulurus Zulfadzriq & Zukrina

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Alhamdulillah pada saat-saat akhir terima jemputan walimah daripada Makcik Salina depan rumah Makcik Lijah (kenduri lepas). Walimah Zulfadzriq dan Zukrina di Dewan Perdana Tampin. Majlis bermula pukul 11 pagi jadi pukul 11 pagi kami bertolak ke sana.

Sampai dalam pukul 11:24 pagi. Kali ini kami pergi dengan adik perempuan sekeluarga jadi 11 orang. Orang belum ramai. Jadi boleh ambil gambar pelamin dan makanan yang diambil dengan tenang.



Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Cendawan Kukur Masak Lemak, Ulam Timun, Sambal Belacan, Ikan Masin & Jambu Batu Dengan Asam
Teh Tarik, Kuih Koci & 2 Jenis Kek


Pelamin Serba Putih Dengan Bunga



Hampir pukul 12 tengahari, orang sudah memenuhi dewan. Meriah rasanya. Auntie, Uwan dan Alia yang datang agak lewat bernasib baik sebab kami chop tempat untuk mereka.


Kain Rentang Berlatarkan Kain Batik


Props Barang Antik: Telefon, Gramafon, Tepak Sirih, Radio, Pasu, Lampu Meja, Tanjak



Kami kemudian beransur pulang. Sebelum itu ambil gambar kain rentang dan props barang-barang antik untuk mereka yang mahu bergambar.

Masya Allah makanan dan minuman sedap. Tidak sabar untuk ke kenduri seterusnya.