بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pertama kali tebus MySARA itu pada 26 September (Jumaat). Beli guna itu 3 benda sahaja. Lain-lain banyak beli bahan basah jadi kena bayar sendiri.
Apabila pertama kali itu agak cuak juga sebab ada 2 jenis transaksi. Ada makcik ini nak cepat dan diapun ada 2 jenis transaksi juga jadi saya nak bagi dia dahulu sebab nak tengok bagaimana caranya. Oh!Ya, sebelum itu saya beratur tempat lain sebab tidak ramai orang tapi rupanya situ tiada khidmat MySARA.
Panjang cerita dipendekkan. Mula-mula imbas barang untuk MySARA. Kemudian dia pulangkan kad pengenalan dan 2 resit. Masa sibuk simpan kad pengenalan dan resit itu terlepas pandang tengok barang kena imbas dan kemudian bayar sahaja. Lepas bayar duduk tepi bagku disediakan (bagus Mydin) untuk tengok resit. Mula tengok resit barang MySARA, ok puas hati. Kuantiti dan barang sama. Cuma barang bayar, berderau sedikit tengok ada 2 perkataan Cameron. Terlebih bayar ke? Kemudian dia tak masukkan satu barang patut saya bayar dalam transaksi. Saya beli 2 cendawan enoki tapi daftar bayar cuma 1. Jadi saya datang balik kaunter bayaran tersebut. Tunggu orang barang kena imbas itu habis transaksi.
Alhamdulillah lepas habis transaksi, adik (budak lelaki) itu tanya. Saya tunjuk resit dan troli. Hehe nasib baik perkataan Cameron pertama untuk cili benggala dan perkataan Cameron kedua untuk tomato. Ok salah faham selesai. Cendawan enoki memang betul dia tidak masukkan 1 lagi untuk saya kena bayar.
Jadi waktu itu saya bayar RM0.70.
Lega selesai cara elok. Digerakkan Allah untuk tengok resit dapat kesan mana kurang, mana saya anggap terlebih bayar. Walaupun akhirnya saya kena bayar RM0.70. Dah nampak ada kesilapan kena betulkan kecuali kita tidak semak sewaktu selesai dan dapat resit.
Korang tengok resit tidak untuk semak semula selepas bayar? Atau tengok waktu barang diimbas?

10 comments:
Saya akn tengok masa tolak troli dari cashier.. mmg cuak jugak guna SARA utk kali pertama... tak pernah guna kan sebelum² ni
Tengok resit lepas bayar, sebab nak tengok baki MySARA ada berapa lagi. Hehe.. Saya tadi pun, 2 transaksi. Baguslah, NA check. Kot tak check resit udah sampai rumah, naya juga. Sebab benda kita makan.
Tengok masa diimbas, tapi kalau banyak sangat, susah jugak nak tengok satu² jadi kena semak resit la.
Syukurlah NA tergerak hati check sebelum beredar. Kalau dah kat rumah, lecehnya nak datang semula hari yang sama.
Saya check lepas bayar, sebab masa bayar tu kita sibuk isi barang dalam shopping beg.
Bergantung pada keadaan. Kadang kalut tak check dah resit atau bila ramai org que kita pun terpaksalah cepat² gerak kan... Plus kadang nak kena isi sendiri barang dibeli dlm beg yg kita bawa
Bergantung pada keadaan. Kadang kalut tak check dah resit atau bila ramai org que kita pun terpaksalah cepat² gerak kan... Plus kadang nak kena isi sendiri barang dibeli dlm beg yg kita bawa
Jujur nya jika barang yg saya beli banyak sangat, saya tak lihat lagi kak. Biasanya ini saat saya belanja keperluan bulanan, jadi memang banyaaak sangat yg saya beli. Ini saya tak pernah cek resit.
Tapi kalo barang yg dibeli sedikit, pasti saya cek 😄
Saya tak tengok resit. Tengok harga kat kaunter. Kalau tepat, betul lah takde lebih atau kurang. Sebab sebelum barang masuk troli, saya dah kira siap-siap total berapa harga semua.
saya orang yang tak tengok resit. selalu terkena kes dua kali scan atau benda tu lagi mahal di cas atas nama barang lain.huhu
Cheq belum guna lagi, akan guna juga nanti 😀
Post a Comment