بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Terima kasih kepada Tot kerana cadang cuba mi kari dahulu. Terima kasih pada Nona juga sebab komen dan pos kata ia sedap maka saya tidak sabar cuba mi kari ini.
Tunggu masa sesuai untuk buat maka semalam adalah harinya kerana seorang di rumah dan tiada makanan lain maka mari masak.
Semangat sediakan potongan isi ayam dan sayur-sayuran seperti lada benggala (warna kuning), lobak merah, cendawan enoki dan tomato. Dalam bungkusan Mi Tarik Opah ada mi tarik, cili dan perencah mi kari
Saya ikut cara penyediaan pada paket tapi mula itu saya letak minyak sedikit dan goreng isi ayam. Kemudian ikut cara penyediaan masukkan semua termasuk air dalam anggaran 300-450 ml. Agak-agak mi tarik lembut boleh tutup api.
Makan waktu petang merangkap untuk malam. Padu rasa kuah kari pekat likat dengan rasa. Nampak merah dan oren, ingat pedas betul tapi tidak pedas sangat. Sedap. 1 bungkusan ini boleh isi 2 pinggan yang saya guna. Kiranya saya makan sekali petang itu dan bakinya makan ketika sarapan. Tengok ilustrasi belakang bungkusan mi karinya letak telur rebus maka saya rebus telur sebelum itu.
Minya kenyal tidak lembik. Ini bukan macam mi segera. Jadi makan itu betul-betul rasa makan mi kari guna mi kuning.
Esoknya makan baki itu saya letak bawang goreng dan perah limau nipis lagi terangkat rasa.
Ok puas hati. Boleh pelbagaikan bahan untuk letak di dalamnya. Buat kosong sahajapun rasanya mantap.



10 comments:
Wah, sampai dua kali makan satu bungkus. Besar la portion mi-nya ya. Telan ailio tengok gambar mi kari merah menyala. Kebetulan, saya belum makan. 😁
Ah, bila la sy nak bayar mi kari sy ni.
Banyak jugak portion nya. Berbaloi beli 👍🏻
Ramai review mi tarik opah ni, mesti sedap 👍🏻
Sedapya.. Mee Kari is one of my favorite.. Kalau buat sendiri mmg puas makan.. Nanti nk try jugak lah Mee Kari Opah ni.. ;D
Alhamdulillah, air tangan sendiri amay sedap dan puas hati makan masakan sendiri..
Lapar sangat bayangkan rasa mi nya 😍😍😍. Semoga ada rezeki saya bisa menemukan mi ini di KL nanti
Nampak kenyal dan bkn mcm mee biasa
Boleh cuba nanti ni
Ramai yang review cakap sedap. Ini yang buat rasa macam nak mencuba juga ni. Mi kenyal tu yang sedap. Tambah pulak kuah karinya yang cukup rasa. Pulak tu tambah rencah lagi, lagi menyedapkan rasa.
Post a Comment