بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hari ini seorang di rumah. Tidak rancangpun ingat hendak ikut balik kampung tapi Abah kata minggu tidak balik kampung. Kemudian malam tadi kata balik pula. Hmm...tidak ikut jawabnya sebab tidak suka buat keputusan saat akhir lagipun saya sudah pesan barang.
Minggu ini tidak masak. Emak pula yang hendak masak. Hehe agaknya masakan saya kurang memuaskan hati. Saya cuma masak nasi dan kemas dapur itu memang kerja saya. Rabu malam ada sambutan Maulidur Rasul. Ada bacaan selawat dan ceramah. Terima bekal nasi putih, sambal belacan, sayur campur dan kari ayam. Makan nasi pukul 9 malam lebih di rumah. Kira buka puasa berat sebab di surau cuma makan kurma dan air putih.
Hari Khamis malam Jumaat bacaan Yasin sendiri dan dapat 2 bungkus nasi lemak. Alhamdulillah buka dengan nasi lemak dengan telur mata kerbau.
Lusa ada kenduri aqiqah dan doa selamat. Tidak pasti akan ikut. Kalau Abah dan Emak balik Melaka dari kampung hari Ahad maka saya ikut pergi kenduri. Insya Allah.
Itulah luahan minggu ini. Jumpa lagi.


11 comments:
Rezeki berbuka berturut-turut alhamdulillah. Pergi jangan tak pergi, makan kenduri best 👍🏻
Ada je rezeki untuk NA. Alhamdulillah...Seronok dapat habiskan hujung minggu sendiri di rumah. Me time, dan boleh buat apa kita suka.
Tadi saya baca entri ini di laptop, tiada gambar. Bila baca di handphone, baru ada. Tak aci, tak nampak muka NA. 😁
Baru letak gambar itu. Hehe gambar itu orang yang ambil gambar ambil separuh je 😊
Seronok dapat join majlis Maulid.. rindu nak makan dulang ramai-ramai...
Seronok majlis majlis begini
Tak lepas peluang kalu ada
Meraikan Nabi junjungan Mulia kita seluruh umat islam
Alhamdulilla pergi majlis ilmu, dapat ilmu dan dapat bekal sekali.
Musim cuti ni banyak juga majlis kenduri kan. Seronok pergi kenduri dapat jumpa saudara mara dan dapat makan macam-macam.
Sayapun kalau mendadak buat keputusan tak suka. Krn terkadang sudah plan banyak hal, yg tidak bisa diubah begitu saja.
Sedapnya dapat makan juga di acara majlis 😍
Bagusnya Na dapat join program Maulidur Rasul.
Walaupun Na jauh di hujung gambar, nampak yang Na ni slim orangnya 😀
Salam Maulidur Rasul NA. Seronoklah dia dapat bekal sedap sedap.
Rajin suraunya buat kenduri.
Post a Comment