بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah saya jadi tukang komen utama blog Cie pada Julai lepas. Cie umum pada 1 Ogos, parcel sampai 2 Ogos hari Ahad. Cepat betul.
Apabila pegang parcel itu, ada rasa kotak. Dapat itu sudah pukul 6 petang lebih lepas Abah sampai dari kampung. Dia yang nampak. Maka buka lepas Isyak.
Ada pengisar dalam cawan. Boleh kacau air bagi sebati.
Cawan ini boleh dicas guna pengecas. Saya uji, alhamdulillah berfungsi. 28 yang tertera pada butang itu ialah jumlah pusingan untuk mengacau air.
Tq Cie kerana beri hadiah ini. Ala sedih blog Cie sekarang tidak boleh buka sekarang. Harap sebab masalah Blogger dan dapat diakses semula. Amin.
P.S: Yeay blog Cie dah boleh buka pukul 9:50 malam. Tengok blog Cikgu Etuzapun dah boleh. Alhamdulillah.




4 comments:
Alhamdulillah...Tahniah kak. Dapat hadiah best ni. Senang kerja tak payah kacau, auto kacau sendiri ek.
Itulah, sedih tengok ramai blog kawan-kawan not found. Semoga mereka dapat semula blog mereka dengan cepat. Aamiin...
Tahniah, NA. Special hadiahnya. Tak pernah jumpa cawan begitu.
Ye la, ramai kawan-kawan hilang blog. Harap mereka dapat semula blog masing-masing. Tadi saya pergi blog Aynora pun hilang.
Weaw! Tahniah!
Uncle tak dapat aksess blog Cie hari ni... kenapa eh?
Dah lama saya nak beli ini juga 😄. Tak jadi2. Nantilah checkout.
Iyaaa banyak yg diremove hari ini blogspot yaaa. Teman2 saya yg ada paid article pening tadi pagi. Alhamdulillah dah banyak yg sudah normal lagi
Post a Comment