Nuffnang

Monday, June 13, 2022

Cara Mendapat Firasat/Gerak Hati Yang Benar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ilmu baru saya dapat ketika menonton Cinta Ilmu pukul 7:30 malam di tv Al-Hijrah tadi. Kisahnya mengenai malaikat Jibril dan apa tugasannya sekarang setelah Rasulullah S.A.W. wafat.

Penceramah beritahu Jibril memberi ilham, gerak hati dan firasat daripada Allah melalui malaikat pembantunya iaitu Malaikat Mulhim kepada manusia. Saya tertanya-tanya dalam diri bagaimana hendak bezakan antara gerak hati yang benar dan tipu saya syaitan.

Akhirnya persoalan saya terjawab di akhir rancangan. (Nasib baik tengok sampai habis). Penceramah menjelaskan untuk dapat firasat yang benar berdasarkan Ibnu Sujak (tidak pasti ejaan mungkin Abu Sujak) 

Untuk mendapat gerak hati/ilham/firasat yang BENAR. Kita hendaklah:

1. Tunduk pandangan, tidak pandang perkara yang maksiat.

2. Tidak melayan hawa nafwa nafsu. Kekang dan kawal.

3. Urus hati, ingat Allah. Apabila pandang sesuatu sentiasa ingat padaNya. 

4. Sentiasa amal sunah Nabi.

5. Pastikan makanan yang masuk ke mulut dan perut kita adalah halal.

Baru tahu rupanya ilham itu diserahkan kepada Jibril dan kemudian diserahkan kepada malaikat Mufhim. Alhamdulillah satu pengetahuan baru.

Saya memang hendak dapat gerak hati yang benar sebab saya seorang kinestatik dan ISFJ. Memang kuat pegang pada perasaan. 

Kalau korang hendak tahu korang ada gerak hati yang benar atau tidak, saya pernah beri kuiz ini dan ia antara pos yang popular sepanjang masa. Boleh klik Kuiz Gerak Hati. Boleh tinggalkan komen kalau gerak hati korang betul. Kalau tidak betul, boleh amalkan tips diberi.

Hehe kadang-kadang firasat tidak betul juga. Kena baiki mana kurang.

Harap bermanfaat. Selamat beramal.

P.S: Kita ingat orang itu dan orang itu ingat kita juga satu bentuk gerak hati.

Monday, June 6, 2022

Papada PA 800

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tidak boleh tidur pula sejak pukul 2 pagi. Penat semalam. Mungkin sebab makan kenduri kahwin masa malam. Meriah buat malam, ramai juga orang.

Ahad 5 Jun penuh suka duka. Kena langgar dan sebelum itu singgah Mydin Pulau Sebang beli headphones jenama Papada. Sebenarnya hendak beli mikrofon untuk telefon bimbit untuk dengar radio. Sini kadang-kadang susah dengar azan sebab masjid jauh lepas itu bunyi pembinaan rumah yang bingit.

Papada PA 800 Metal Bass Warna Coklat



Rupanya mikrofon itu ada dalam headphones berwayar. Haha rasa lawak. Selama ini pakai headphones yang tiada wayar (wireless) jadi apabila buka radio pada telefon bimbit selalu kata pasang mikrofon. Asalnya aya bayangkan mikrofon yang boleh cakap, pasang di komputer. Rupanya bukan.

Apapun nasib baik penjual itu terangkan kalau hendak dengar radio pada telefon bimbit guna headphones berwayar. Ragu-ragu tapi beli juga. Nasib baik boleh dengar. Kiranya jenis ini ada mikrofon dalam headphones.

Harga RM20. Pilih yang bermagnet dan penyumbat yang lembut. 

Bolehlah guna untuk dengar azan Maghrib.