Nuffnang
Tuesday, July 5, 2011
Monday, July 4, 2011
Saya Tiada Akaun Facebook
Assalamualaikum…
Selamat malam semua. Harap semua sihat dan ceria hendaknya. Dalam dunia maya ini terdapat pelbagai laman sosial yang membolehkan kita berhubung dengan mudah. Bermula dengan emel kemudian berkembang kepada laman chat seperti YM , Skype, Google Talk dan kemudiannya beralih kepada yang terkini iaitu Twitter, Facebook dan tidak lupa juga blog seperti tumblr dan blogspot.
Ada yang mengikuti teknologi terkini memiliki hampir ke semua akaun untuk berhubung. Bagi saya pula, saya suka menumpukan sesuatu atau segelintir dan bukan semua saya akaun saya ada. Saya tiada Facebook dan Twitter.
Ramai menanyakan saya sama ada saya mempunyai akaun FB dan apabila saya kata tiada mereka menyuruh saya buat satu. Buat masa ini hati belum tergerak nak buat satu bukan kerana
v Saya tahu kelemahan saya yang mungkin akan ketagih kalau ada akaun FB
v Tidak dapat penyelesaian atau berasa tidak selesa untuk meletakkan rakan sekolah, sahabat- handai dan orang dikenali di dunia siber dalam satu kelompok. Nanti tiada privasi.
v Tidak mahu maklumat diri dikutip.
Alhamdulillah saya mencari nama saya di enjin carian memang tiada maklumat tentang saya. Saya agak risau lebih-lebih lagi say baca Harian Metro baru-baru ini pasal penggodaman mencuri identity. Kata penggodam tu kemudahan mendapat maklumat menyebabkan dia dapat curi identiti orang tersebut untuk buat kad kredit. Lebih mudah untuk membuat traksaksi dalam talian tanpa pengesahan bank. Menakutkan.
Jadi tolong jangan minta emel akaun FB sama ada terus atau melalui emel. Menyampahnya ada permintaan untuk menjadi rakan dalam emel dihantar. Padahal saya tak kenal sangat. Itu satu hal juga. Lagi satu kalau korang terjumpa nama saya (sorang rakan sekolah) jangan ingat itu saya. Saya dah terangkan itu bukan saya.
Jumpa lagi. Tak tahu akan datang terbuka hati nak buat tapi selagi isu-isu yang tekankan tu belum saya temui penyelesaian maka mungkin TIDAK.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peristiwa/Event,
Thought of The Day
Subscribe to:
Posts (Atom)