Assalamualaikum…
Selamat awal pagi. Akhirnya dalam ketenangan pagi ini dapatlah saya menulis setelah membuat lawatan blog. Nampaknya yang mengikuti segmen daripada @Freaky ini semua aktif menulis. Lepas ikut je, memang ada sahaja tulisan baru di pemuka papan (dashboard) di mana saya tak berhenti-henti baca selepas itu.
Apapun beberapa hari lalu, saya membaca tulisan google buzz tentang nasihat yang pernah diterima dalam arena menulis blog. Salah seorang blogger @OnceBittenBlog beritahu “tidak hanya aktif dalam blog sendiri tetapi di blog lain juga- tinggalkan komen pada blog orang (terutama yang baca blog kita) tetapi jangan membuat iklan sampah.” Membuat saya terfikir yang saya kurang memberi komen. Kadang-kala saya suka baca semua tulisan tapi satu komen pun tak tinggal (ini selalunya pada blog yang popular) ataupun kadang-kadang tinggalkan komen apabila ada nak diperkatakan. Paling teruk pun tinggalkan jejak di kotak jerit.
Nampaknya lepas ni kena aktif memberi komen daripada hanya baca sahaja. Jadi kepada pembaca, apa nasihat terbaik yang anda terima ketika berkecimpung dalam penulisan blog? Sudi-sudi berkongsi dengan saya.
Ok itu aje saya nak luahkan. Jumpa lagi.