Nuffnang

Monday, July 26, 2021

Kotak Besar Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah kotak besar sampai daripada Pos Laju. Tidak payah hendak kesan. Penghantar ada maklumkan yang dia ada pesan di Shopee telah dipos 24 Julai dari Alor Setar. Berbeza kali ini bukan dari Seremban. Kali ke-3 saya dapat daripada tuanpunya blog sihatimerahjambu.

Besar kotaknya dan agaknya berat juga. Saiz kotak lebih kurang saiz suratkhabar. Lambat buka sebab sampai hampir pukul 12 tengahari. Masa sibuk untuk tonton #Qurantime di tv al-Hijrah dan kemudian solat dan makan tengahari.

Kotak Besar



Apalah hadiahnya? Jeng-jeng.......

Pembakar roti. Bolehlah guna apabila makan roti nanti. Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimerahjambu---> www.azhafizah.com
Fiza menulis tentang gaya hidup, fotografi, makanan, filem, drama dan isu semasa.

Pembakar Roti



Ini hadiah kemenangan untuk 6 bulan berturut-turut iaitu Januari hingga Jun (betapa gigihnya)- tukang komen paling banyak. Hehe. Harap dapat teruskan momentum. Kalau tidak beri orang lain cuba.

Jumpa lagi.

Terkini: Sudah guna bakar roti kemudian letak sapuan Biscoff dan sapuan kacang tanah (halus) Yogood.

Wednesday, July 21, 2021

Rezeki Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sudah masuk hari tasyrik yang pertama. Semalam tidak aktif sangat jalan-jalan blog. Banyak makan. Hehe. Lontong, nasi impit, rendang ayam kampung dan sambal paru.

Alhamdulillah hati ini jalan-jalan blog orang ternampak nama saya terpilih dalam senarai 'Top 10 Comentators June 2021'. Tidak sangka terpilih juga dapat duit raya RM50 (anggap duit raya sebab ketika Hari Raya Aidil Adha). Terima kasih ya Puan Amie menceriakan diri ini. Semoga selalu menulis. Kagum dengan Puan Amie yang pegang pelbagai peranan tapi sempat masak lauk yang kadang-kadang saya tidak pernah dengar! Puan Amie ini ulat buku juga. Berminat membaca diari Puan Amie? Boleh klik sini atau taip salamisimon1.blogspot.com.

Senarai 10 Orang Tulang Komen Bulan Jun



Ok jumpa lagi. Insya Allah. Hehe kita tidak akan tahu apa akan berlaku akan datang.