بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat Hari Arafah. Saya sekarang berada di Hospital Alor Gajah. Abah dibawa ambulans hari Jumaat lepas. Asalnya abah ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal kerana batuk.
Lepas itu disuspek ada tibi sebab ada darah. Kemudian masuk ke wad isolasi ICU. Abah diberi terapi oksigen tinggi. Kemudian cuci darah sebab didapati darah mengandungi tinggi potasium. Kemudian diberi darah sebab darah merah rendah.
Hari ini abah di wad ICU tapi bukan wad isolasi. Alhamdulillah bukan tibi. Masih dalam pemantauan. Harap abah sihat 100% dan boleh keluar.
Memandangkan masa melawat terhad untuk ICU. Pukul 1-2 petang dan 5-7 petang. Masa abah di wad isolasi ICU, tidak boleh bilik, hanya perhati dari cermin tingkap. Kemudian di wad ICU, boleh lawat tapi 2 orang pada satu masa.
Tempat Menunggu Sementara Naik Ke Atas |
Ketika tunggu untuk lawatan petang kedua, solat di Surau Luqman Al Haqeem. Tempatnya selesa dan terjaga baik.
Padang Permainan |
Masa awal-awal selalu nampak kafetaria tutup. Rupanya tutup pada Sabtu Ahad/ hari kelepasan am. Jadi hari ini saya dapat tengok kafetaria dibuka kerana datang awal untuk lawatan pukul 1 tengahari. Saya membeli laksa pada pukul 2 lebih lepas solat. Beli untuk bawa balik ke kampung. Teringin tapi tidak boleh makan sekarang. Tidak ramai orang.
Waktu operasi pukul 7 pagi hingga 4 petang Isnin-Jumaat.
Lobi tempat saya lepak untuk layari internet. Ada wi-fi percuma. Ada juga plak perasmiaan HAG. Diramikan pada 29 April 2013 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1434 (Isnin)
Mampu berdoa abah diberi kesihatan seperti sediakala.
P.S: Gambar diambil hari-hari berbeza ikut keadaan. Mula melawat hari Ahad sehingga hari ini. Bertukar-tukar katil dan keadaan abah yang berbeza. Tidak ambil gambar wad ICU sebab tidak dibenarkan. Kalau ambilpun, ambil gambar keadaan abah untuk keluarga.
19 comments:
Allahuakbar ujian dan pengorbanan NA...moga dapat lalui dengan sabar,moga dipermudahkan semua urusan NA,dan abah diberi kesihatan yang baik secepat mungkin
Semoga abah NA cepat sembuh seperti sediakala.
Allahu..semoga diberi kesembuhan yg sempurna buat abah NA..
Allahuakbar... Semoga abah NA cepat sembuh ye. Dah la nak raya ni. Selamat Hari Raya Aidiladha buat NA sekeluarga.
Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat abah.. Aamiin..
Syafakallah utk Abah NA... mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusannya 🤲
semoga abah NA akan segera sembuh. Aamiin...
syafakallah utk abah NA...
so utk hari ni mcm mana kesihatannya? ada nampak peningkatan?
Cepat pulih lagu buat abah Kak Na...insyaAlloh segala urusan akan dipermudah dan bisa sehat kembali dan berkumpul bersama keluarga ^^
semoga abah awak pulih sepenuhnya dan kembali ke rumah seperti biasa
bagaimana dengan ayah?moga cepat sembuh sis
Apa khabar abah NA sekarang? Sudah keluar hospital, kah? Semoga Abah NA sudah sihat.
Masih di hospital tapi masuk wad biasa.
Amin semoga makin sihat.
Masih ada kena buat pemeriksaan. Imbas kaki dan skop dalam badan.
Amin semoga sihat.
Semoga Abah makin sehat dan cepat kembali ke rumah ya kak Na. 🤗 Kakak juga selalu jaga kesehatan
Semoga abah akak kembali sembuh hendaknya. Aamiin...
Banyak procedure hospital nak find out sakitnya. Begitulah keadaannya bertukar-tukar katil dan waktu melawat pun terhad. Risau tu jangan cakaplah kan.
Semoga kembali sihat amin
hospital luar bandar nampak lebih tenang tak ramai org..
moga allah permudahkan urusan cik na sekeluarga
Bila ke hospital ni, part menunggu tu yang letih..Tapi apapun kena hadap jugak kalau dah ahli keluarga yang kena warded..Moga pakcik makin sihat..
Post a Comment