Nuffnang

Sunday, September 12, 2021

Kronologi Detik Memburu 1,111,111

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Menjelang 11 September 2021. 
Malam 11 malam 10 September cuba tidur tapi rasa tidak selesa pada perut. Matapun enggan tutup. Jadi terpaksa duduk baru rasa selesa. Maka untuk membunuh masa tengoklah tv sementara menunggu mengantuk dan rasa sebu hilang. Letak minyak angin dan minyak pati (eo) di belakang badan. 

Tiada siri tv yang menarik. Ada pukul 12 tengah malam iaitu siri Reflections oleh Suhaib Webb (tafsiran surah al-Baqarah). Lama tidak tengok. Maka blog walking dahulu. Termasuklah blog Shikin Razali. Tengok pengira penghujung hampir ke sasaran 1,111,111. Terdetik di hati alamak mengapa hampir awal pagi? Tengoklah kalau dapat.

Selepas tengok Reflections, persoalan Iblis ini dari golongan mana. Malaikat? Atau Jin? Sambungan perbahasan esok. Ok berbalik pada blog Shikin. Tengok balik. Tidak sampai. Tutup. Caj telefon. Masih tidak mengantuk. Tengok tv lagi. Kali ini setiap jam saya tengok pengira pengunjung di telefon lain. Apabila hampir 1,110,900, baru saya ambil telefon yang dicas. Agak-agak 2-3 kali buka. Alhamdulillah dapat tangkap tepat.

Tangkap Layar 1,111,111


Dapat. Terus hantar e-mel. Sekarang berhempas pulas untuk tidur. Rasa sebu sudah kurang. Tidak pasti bila terlelap. Lepas itu terkejut apabila 'alarm' pukul 5 pagi. Sedia untuk persediaan solat Subuh.

Malam tidur awal pukul 10 lebih. Buat peringatan pukul 12 tengah malam untuk tengok sambungan siri Reflections. Tengok-tengok sudah pukul 1 pagi. Aduh terlepas tengok. Maka sambung tidur sampai 'alarm' 5 pagi.

Harap dapat tengok balik. Jumpa lagi.

Terkini 17 Sept: Syaitan daripada golongan jin berdasarkan surah Al-Kahfi.


Tuesday, September 7, 2021

Hadiah Tukang Komen Bulan Ogos: Cleansing Hand Gel Bath & Body Works

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai hadiah kerana menjadi salah seorang tukang komen bulan Ogos di blog anakomak06.blogspot.com.

Barang selamat sampai tengahari. Mari kita buka. Mula-mula nampak ucapan terima kasih daripada Uyum dan Nina di atas plastik bungkusan buih (bubbles wraps)

Bungkusan Dengan Nota


Kemudian nampak 2 botol saiz 29 ml gel pembersih tangan Bath & Body Works. A Thousand Wishes dan Sunshine & Lemons. Comel sangat.

Dari kiri: Sunshine & Lemons Dan A Thousand Wishes



Terima kasih Cik Ako dan Uyum.