بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya abah keluar daripada wad ICU ke wad biasa setelah 2 minggu. Masa dengar itu rasa lega sangat. Cuma proses keluar lama sebab urus pelbagai perkara.
Nanti ada temujanji dengan Hospital Alor Gajah *HAG), Hospital Melaka dan Hospital Serdang. Ubat jangan cakaplah, pelbagai jenis dalam kotak besar.
Sedih juga tengok abah bertongkat sebelah. Harap masalah dihadapi sembuh 100%. Jadi dalam pemantauan doktor. Semalam adik bongsu suntik pada lutut abah. Harap tiada kesakitan pada lutut lagi.
2 minggu dapatlah rasa laksa sedap di kafeteria HAG. Laksa Penang setiap Rabu.
Dapatlah juga cuba aiskrim Magnum Belgian Chocolate Luxe beli di kedai serbaneka di lobi utama HAG Apapun hospital ini selesa, tempat letak kereta mencukupi, surau dekat dengan kafetaria. Jadi waktu hati rasa tidak seronok dilembutkan dengan perkara-perkara yang dinyatakan. Wi-fi percuma ada di lobi utama ada jadi menunggu itu tidaklah azab sangat.
Terima kasih warga HAG sepanjang abah di sana.
26 comments:
semoga diberi kesembuhan buat abah akak ya
Semoga tiada kesakitan yg memudaratkan dan ayah cepat sembuh, Amiinnnn.
semoga cepat sembuh
alhamdulillah...discharge akhirnya... so lepas ni dah balik rumah, giliran anak-anak pula pantau...
amboiii sempat lagi ya makan aiskrim sedap ;-)
Moga pakcik diberi kesembuhan sepenuhnya inshAllah...Aamin
Lama juga tu, 2 minggu. Semoga Abah NA sihat sepenuhnya.
Saya belum rasa lagi aiskrim magnum belgian chocolate luxe tu.
Alhamdulillah, hospital bagus, banyak kemudahan termasuk wifi.
Moga ayah NA terus sihat.
Terliur pulak nampak ais krim tu.
Alhamdulillah dah keluar wad. Boleh jaga dan pantau di rumah saja. Urusan discharge memang lambat sikit kadang. Bagus juga HAG ni kemudahan lengkap dan selesa.
Alhamdulillah, semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatannya aamiin 🤲
Makan aiskrim dapat juga kurangkan stress kan ...
Semoga abah diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa amin..
Semoga cepat sembuh ayah NA...
Alhamdulillah…abah NA dah keluar wad. Lama 2 minggu.
Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat abah NA dan dipermudahkan urusan rawatan.
semoga diberkan kesembuhan
Semoga abah sehat terus kak na...mbul ikut doakan kesembuhan abah...
aiakrim adalah favorit Mbul tetlebih yang dalamnya fla putih...luar coklat tebal dan penuh kacang
W'salam NA..
Semoga NA sekeluarga dipermudah segala urusan dan ayah NA bertambah sihat.
Alhamdulillah... semoga ayah NA diberikan syifa dan sihat seperti sedia kala... mkn aiskrim tu bagus jugak utk boost hormon gumbira... yeay!!
semoga abah NA akan kembali sembuh spt sediakala. Aamiin....
semoga abah awak terus sembuh dan bersyukur kerana semnua dalam keadaaan baik-baik
Alhamdulillah..stay strong..Moga terus diberi kesembuhan buat ayah NA. Aamin...Ada free
WIFI tu best la sikit..
smoga abah trus sihat...tk pernh try yg magnum perisa belgian chocolate luxe
alhamdulillah, semoga abah NA cepat sembuh...
moga ayh diberi kesembuhan. aamiin. da ok x skrg cik na ?
Disuntik pada lutut, saya jadi teringat dengan almarhumah mama mertua. Dulu waktu msh hidup, rutin fisioterapi, dan lututnya disuntik juga supaya tidak sakit. Ingat sangat cerita mama kalo rasanya sangaat sakit 😔.semoga ayah kak Na cepat sembuh yaa.
Es krim Magnum 😍. Saya juga sukaaa sangat ini ❤️
Moga abah cepat sembuh macam biasa, NA..
Alhamdulillah.. Semoga abah sis diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin..
menarik la HAG baca pun dpt bayangkan selesa dan convenient
Post a Comment