Nuffnang

Monday, November 7, 2022

Kenduri Kahwin Masakan Negeri Sembilan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam (Ahad, 6 November) kami menghadiri majlis resepsi sebelah lelaki kenalan abah dan emak ketika ke Maghribi/Sepanyol baru-baru ini. Nama bangunannya memang unik iaitu d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Tempatnya besar dan eksklusif. Banyak bahagian boleh buat acara khas dan terdapat fasiliti seperti kolam renang dan padang golf, spa, tempat makan. Maaf gambar tempat tiada sebab terus masuk dewan Halia dan Serai.

Salam tuan rumah terus diberi cenderahati. Terus ke tempat buffet tengok ada 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi minyak dengan lauk. Saya ternampak lauk masak lemak terus ambil nasi putih sahaja. Ada masak lemak ayam, masak lemak cendawan telinga kerana, masak lemak tempoyak lauk kayu dan petai, dendeng daging, ulam timun, sambal belacan dan sambal belacan. Ini yang saya ambil. Lain seperti ayam masak merah dan paceri (kalau tidak silap sebab tidak belek-belek) saya tidak ambil.

Pinggan Saya



Semua sedap, berasa tapi tidaklah pedas sangat lauknya. Dendeng daging itu ada bahagian liat. Biasalah. Apapun persekitaran makan memang selera. Dalam ini air sejuk sahaja (sirap ais dan air sejuk) dan air biasa. Saya cuma minum air biasa.

Kemudian keluar ke tempat pencuci mulut. Sini saya makan cendol songkok tinggi, apam balik nipis dari Paroi. Ada kuih-muih seperti kaswi, tapai, cucur badak. Air panas pula kopi o dan teh tarik<--- Ini semua saya tidak makan dan minum.

Balik buka beg kertas cenderahati ada 2 kotak. Kek coklat dan kuih bakar. Pertama kali dapat kuih bakar. 

Kuih Bakar



Bertolak keluar dari tempat ini tepat-tepat pukul 1 tengahari.

P.S: Seronok makan makanan kenduri.

Saturday, November 5, 2022

Terima Hadiah Telekung Berbunga Kecil Warna Gandaria

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah diberi nafas dan peluang menulis lagi. Alhamdulillah juga saya terima hadiah sebagai tukang komen utama bulan Oktober semalam. Cepat juga terima nombor rekod parcel J&T pada hari Khamis daripada Puan Fieza Sani (www.fiezasani.xyz). Mungkin sebab bukan PKP lagi.

Alhamdulillah terima hadiah telekung berbunga tanah putih tapi kain dan hujung telekung warna gandaria. Bertambah koleksi dan insya Allah akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Telekung Berbunga Kecil Warna Gandaria



Terima kasih Puan Fieza Sani. Asal-asal saya singgah sekali-sekala ke blognya untuk cari maklumat. Mula-mula baca, tinggalkan komen sekali-sekala. Cuma bulan lepas rajin komen. Banyak maklumat tentang kecantikan, tempat makan, tempat dilawati dan kisah-kisah seharian yang dilalui. Seronok baca. Semoga ukhuwah di dalam dunia siber berterusan.

P.S: Untuk makluman warna gandaria ialah warna ungu muda. Terima kasih pada pos tulisan Azhafizah (https://www.azhafizah.com/2022/11/nama-nama-warna-dalam-bahasa-melayu.html) yang kenalkan nama-nama warna dalam Bahasa Melayu klasik. Saya rujuk pada posnya untuk sebutan/tulisan setiap warna.