Nuffnang

Monday, January 16, 2023

Usaha Dan Doa Sahaja Biar Allah Tentukan Bila

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekarang ini alhamdulillah demam tiada lepas dapat termometer daripada adik. Memang perhati suhu diri sendiri selalu. 

Cuma sekarang masih hidung tersumbat. Tiadalah saya pergi jumpa doktor lagi. Sekarang usaha dengan cuba secara bahan semula jadi. Kena sabar tunggu hasil.

Dahulu saya kena terseliuh teruk sampai tidak dapat jalan betul. Solatpun pernah solat duduk atas kerusi. Lama juga proses sembuhnya. Sembuh perlahan-lahan bukan terus elok. Saya pernah nazar tapi saya hendak keputusan cepat jadi tidak berjaya elok. Saya jumpa doktor, jumpa doktor pakar, urut dan makan vitamin. Guna segala minyak, minyak pati.  Akhirnya sembuh dengan izin Allah. Sekarang boleh jalan lama, berdiri lama dan lari. Tidak tahu mana satu cara yang buat berkesan. Usaha sahaja apa terdetik dan doa tentunya. Ia mengambil masa 3 tahun, 2016-2019.

Jadi saya kena ingatkan diri supaya sabar. Kesembuhan 100% dengan izin Allah. Apapun saya kena bersyukur sekarang, saya tidak demam, selera makan kembali. Memang ikut hati hendak sembuh betul dengan cepat.

Nanti saya coretkan apabila saya sembuh 100%. Saya tidak buat nazar sebab jenis saya hendak cepat. Takut ambil masa dan saya lupa nazar saya. Hehe.

Doakan saya ya.

P.S: Manusia selalu hendak cepat dapat hasil.



Thursday, January 12, 2023

Menjadi Salah Seorang 'Kamu Yang Mesra Sepanjang Tahun 2022'

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hadiah pertama dapat daripada penulis  blog tahun 2023 iaitu pemilik blog 'Titian Kehidupan'  --- ujieothman.blogspot.com. Hadiah ini dapat kerana menjadi salah seorang 'kamu yang mesra sepanjang 2022'

Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya walaupun pagi itu hujan turun agak lebat.

Terpampang sampul bungkusan lambang 'Siti Khadijah'. Teruja untuk tahu apa isi di dalamnya.

Bungkusan Merah Hati Siti Khadijah



Ada kertas tertulis produk yang disertakan iaitu stokin coklat paras buku lali dan kantung/bekas kanvas  berzip ( macam beg pensil tapi panjang dan besar lagi) bernama Siti Khadijah Kelarai. Corak abstrak itu yang namanya kelarai. Buka plastik dan belek untuk tengok dan tiada kecacatan. Sempurna.

Dari Kiri Stokin Berwarna Coklat Paras Buku Lali Dan Kantung Kanvas Berzip Corak Kelarai Jenama Siti Khadijah



Tambah lagi koleksi dan boleh guna. Terima kasih Puan Ujie kerana bermurah hati dan meluangkan masa memilih hadiah.

Seronok baca catatan Puan Ujie di blog. Seperti tajuk blognya, 'Titian Perjalanan'. Ia adalah catatan  tempat dilawati, aktiviti dilakukan. Tidak lupa ada juga ulasan buku. Jemput baca blognya.

Jumpa lagi.