Nuffnang

Friday, July 8, 2011

Perbandingan Musim Ke-2 Dan Ke-3 Masterchef Australia...Makin Menarik Musim Ini


Assalamualaikum…

Selamat tengah hari Jumaat yang diberkati Allah. Baru lepas masak sayur campur. Haha punyalah jakun nak bagitahu orang masak apa.

Apapun nak cerita Masterchef Australia musim ke-3. Bagi peminat siri ini, siri terkini yang sedang ditayangkan di Australia tu makin menarik daripada segi peserta, cabaran dan cef yang terlibat.

Peserta semakin hebat kerana dah boleh menang imuniti dengan mudah. Kalau musim ke-2 tu cuma Marionsahaja yang menang imuniti tapi kalau musim ke-3, buat masa ini Hayden dan Dani dah menang imuniti. Tapi mungkin juga sebab cara cabaran itu dah berubah. Bagi saya lagi adil kerana peserta dan cef yang bertarung tu akan masak masakan yang belum kedua-dua buat contoh ada dia jemput chef pastri lawan Hayden untuk imuniti tapi bukan buat kek/pastri tapi kena masak masakan biasa di mana cef pastri tu pun kecut perut sebab dia tak mahir. Adil la kan. Takkan pula lawan buat pastri di mana dah jadi kemahiran cef tersebut. Mesti susah nak menang peserta kalau begitu. Makin menarik betul episod-episod musim ke-3 ini.

Cabaran pun jangan cakap makin pelbagai yang menguji peserta. Ada macam talian komunikasi. Korang ingat tak ada permainan di mana peserta pertama diberi kertas dan kena ingat lepas itu kena bagitahu peserta kedua dan ditambah ayat baru. Lepas itu peserta kedua sampaikan ayat dan tambah satu ayat baru kepada peserta ketiga. Ha begitulah dalam salah satu cabaran bezanya peserta pertama akan mendapat 6 resipi dan kemudian buatlah apa yang patut macam sukat/sedia bahan awal-awal sebelum diserahkan kepada peserta kedua hingga seterusnya. Haha lawak pada ketika itu ada yang mengubah resipi atau membuat kek cawan yang baru kerana kek hangus, tiada orang bagitahu masa untuk keluarkan daripada ketuhar.

Paling menarik, jeng-jeng. Cef yang terlibat dalam siri ini. Cef Wan pun ada waktu Masterclass. Haha. Popular betul. Sayang saya tak dapat tengok siri itu tapi saya nak tengok balik kalau ada kesempatan. Lagi tukang masak seperti Nigella Lawson (saya tak minat dia ni), Anthony Bourdain dan cef yang garang, Hell's Kitchen.Cuba teka siapa? Salah bukan Gordon Ramsey tapi Marco Pierre! Serius betul dia ni. Faham-faham jerla mentor cef yang datang semua peramah dan ceria tapi si Pierre ni masam jer muka (sebab tu saya suka tengok Masterchef Australia, cef-cef mereka ni baik hati, tiada marah-marah). Dani yang ceria tu pun macam tekanan jer dengan Pierre ni. Faham-faham jerla cara kerja macam Hell's Kitchen.

Haha ada yang teruja nak tengok ke sebab belum masuk siaran ke Malaysia lagi. Boleh tengok secara terus daripada internet. Nak tahu di mana, klik sini.

Itu sahaja maklumat saya nak kongsi pada peminat siri Masterchef Australia. Harap bermanfaat. Jumpa lagi.
P.S: Bagi mereka yang nak tahu siapa pemenang musim ke-2 Masterchef....pemenangnya ialah.....Adam.


Hari Tak Selalunya Cerah...Begitulah Kehidupan


Assalamualaikum…

Selamat pagi semua. Baru je lepas tengok siri ‘I Have Date With A Spring’. Cerita berbentuk retro dan sentimental. Sedih tengok. Yelah cerita daripada zaman 1970-an hingga 1994. Suka duka kehidupan rakan karib 4 orang:Lulu, Siu Dip, Fong Peng dan Nancy.

Pada perkara lain, saya sibuk menjelajah ke setiap blog, komen dan sambil-sambil tu tengok siri Masterchef Australia. Mereka yang sertai segmen @Freaky memang aktif menulis. Jadi ada sahaja tulisan baru yang terletak bawah papan pemuka (dashboard). Kadang-kadang tak terkejar nak membaca. Apapun baca perlahan-lahan paling penting tulisan terkini sebelum saya boleh baca tulisan lama-lama mereka. Pelan-pelan kayuh. Apapun terima kasih yang melawat, mengikut dan memberi komen. Haha saya sampaikan rasa nak tulis pada waktu dinihari yang hening. Ketika ini tulisan penulis blog tiada langsung. Tidur dah agaknya.

Ok pada sisi lain, esok Y dan Dak Bubut balik. Hari Sabtu ada kenduri rumah Uwan. Gembira betul tak sabar rasanya nak makan makanan yang sedap-sedap. Sekali-sekala makan di luar kebiasaan. Eh tak boleh, puasa akan menjelang, elok bersedia.
Itu sahaja nak luahkan. Jumpa lagi. Mahu sambung tengok Masterchef Australia musim ke-3 yang tak habis-habis lagi.
















Hidup Umpama Aliran Sungai

Thursday, July 7, 2011

Risau Tak Dapat Layan Tetamu Dengan Baik


Assalamualaikum…

Selamat pagi semua. Harap anda semua ceria dan bahagia. Seronok rasanya menghabiskan maraton tengok secara terus-menerus daripada internet siri ke-3 Masterchef. Saya nak kejar siri terkini. Maklumlah siri versi Australia ni panjang. Saya dah sampai ke bahagian siri 50. Sambil-sambil tu tak lupa melawat blog-blog yang ikuti segmen.  Tidak lupa  terima kasih kepada mereka yang memberi komen yang berguna serta yang meninggalkan jejak. Teruja juga dengan sambutan yang diberikan. Apapun saya suka buat secara perlahan-lahan dan membiasakan sesuatu sebelum buat.

Pada sisi lain pula, ada teman chat (perempuan tau) bercadang nak ke Melaka. Saya yang dah lama tak jalan-jalan tempat menarik di Melaka macam terkedu juga sebab kena jadi pemandu pelancong. Eh bezanya pula, saya tiada kereta dan kalau ada kereta pun tak berapa mahir nak pergi ke tempat-tempat tumpuan pelancong. Ralat juga sebab macam tak sempurna je cara melayan orang datang tempat kita. Saya cadang naik bas panorama untuk jalan-jalan ke Melaka. Pasti tak sesat dan boleh berjalan seharian dengan bayaran sekali sahaja. Boleh berhenti di tempat yang kita nak dan ambil semula bas lain tanpa bayar untuk sehari. Tak tahu sekarang tambang berapa. Anda tahu tak? Hehe kalau perancangan ini menjadi bermakna, saya baru pertama kali naik bas ini.
Macam kata tadi, ini perancangan teman chat. Bagi saya baiklah dia cari orang lain yang boleh dijadikan pemandu pelancong yang mahir dengan membawa teman-teman ini naik kereta pusing-pusing Melaka. Puas sedikit.

Apapun tengoklah keputusan. Dia rancang nak datang minggu depan.

Terima kasih baca kerisauan saya ini. Jumpa lagi.

P.S: Cuak kalau tak dapat layan orang dengan baik.















Wednesday, July 6, 2011

Antara Nasihat Terbaik Yang Diterima Dalam Penulisan Blog



Assalamualaikum…
Selamat awal pagi. Akhirnya dalam ketenangan pagi ini dapatlah saya menulis setelah membuat lawatan blog. Nampaknya yang mengikuti segmen daripada @Freaky ini semua aktif menulis. Lepas ikut je, memang ada sahaja tulisan baru di pemuka papan (dashboard) di mana saya tak berhenti-henti baca selepas itu.
Apapun beberapa hari lalu, saya membaca tulisan google buzz tentang nasihat yang pernah diterima dalam arena menulis blog. Salah seorang blogger @OnceBittenBlog beritahu “tidak hanya aktif dalam blog sendiri tetapi di blog lain juga- tinggalkan komen pada blog orang (terutama yang baca blog kita) tetapi jangan membuat iklan sampah.” Membuat saya terfikir yang saya kurang memberi komen. Kadang-kala saya suka baca semua tulisan tapi satu komen pun tak tinggal (ini selalunya pada blog yang popular) ataupun kadang-kadang tinggalkan komen apabila ada nak diperkatakan. Paling teruk pun tinggalkan jejak di kotak jerit.
Nampaknya lepas ni kena aktif memberi komen daripada hanya baca sahaja. Jadi kepada pembaca, apa nasihat terbaik yang anda terima ketika berkecimpung dalam penulisan blog? Sudi-sudi berkongsi dengan saya.
Ok itu aje saya nak luahkan. Jumpa lagi.















Tuesday, July 5, 2011

Bagaimana Untuk Lajukan Blog Ke Pelayar. Laju Tak Apabila Nak Buka Blog Ini? Tak Cukup Laju Ke? Sila Komen




Assalamualaikum…
Selamat petang semua. Terima kasih melawat dan mengikuti blog ini.  Apabila kita ikut blog orang lain dapat kita kutip manfaat dan ilmu yang mereka ada. Manakala pengalaman buruk mereka kita jadikan ingatan.
Terima kasih pada Gary dan Freaky (boleh tengok nama mereka pada senarai pengikut) memberi tips untuk melajukan apabila buka blog. Sebelum ini saya dapat tips daripada google di mana suruh mengurangkan perkakas/perabot pihak ke-3 akan mempercepatkan pembukaan blog tersebut. Saya yang mempunyai banyak perabot pihak ke-3 rasa keberatan juga nak buang sebab saya rasa perabot tu ada signifikan bagi saya walaupun nampak menyemak atau tiada guna pada pembaca.
Ok bagi yang teringin nak mempercepatkan kelajuan muat turun blog korang pada pelayar. Senang sangat kerana semua penulis blog biasa dengan cara ini.
  1. Buka pemuka blog (dashboard)
  2. Klik pada ‘Design’
  3. Buka bahagian ‘Page Element’
  4. Klik pada ‘Add Gadget’ (mana-mana pun boleh kerana boleh letak di bahagian yang kita suka, jangan risau tak nampak peralatan pun)
  5. Ada label ‘Title’. Jadi korang letak apa-apa tajuk atau tak letak tajuk pun takpe tapi asalkan korang faham fungsi tu, Nanti takut lama tak buka lupa fungsi bahagian tersebut.
  6. Pada ‘Content’ letak kod java ini seperti di bawah dengan salin dan tampal (copy paste)

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>

<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>

<script type="text/javascript">

jQuery(document).ready(function($){

if (navigator.platform == "iPad") return;

jQuery("img").lazyload({

effect:"fadeIn",


placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwAjuFnbjQz8XcXC4fFlVJ-FTglfy159gICZ0VggiZyqlgNiDVYFaR-45DzAvgfxeXZYIm_8RbNFtxxZwDWbKt-LR0PTLNbji0fTa3_FrSmBoUkdQeyRaAWiAaCBMrYVhqyrD3hyphenhyphenqTJ38/s1600/grey.gif"

});

});

</script>

  1. Tekan butang ‘Save’
  2. Lepas itu tekan butang ‘Preview’ untuk tengok perbezaan masa muat turun blog anda ke pelayar.
  3. Puas hati tiada kesilapan menyalin kod, tekan butang ‘Save’

Laju tak apabila buka blog ini atau blog anda sendiri? Kalau rasa lembab, tinggalkan komen yer.













Selamat Membaca Bagi Yang Baru Mengikuti Blog Ini :)



Assalamualaikum…
Selamat pagi semua. Sejuk pagi ini sebab baru lepas hujan. Hoho saya dalam senarai yang ke-6 blog anjuran Freaky. Terima kasih yang baru mengikuti blog ini. Selamat membaca. Bagi yang baru pertama kali datang ke blog ini sudikan diri mengikuti blog ini.













Monday, July 4, 2011

Saya Tiada Akaun Facebook


Assalamualaikum…
Selamat malam semua. Harap semua sihat dan ceria hendaknya. Dalam dunia maya ini terdapat pelbagai laman sosial yang membolehkan kita berhubung dengan mudah. Bermula dengan emel kemudian berkembang kepada laman chat seperti YM , Skype, Google Talk dan kemudiannya beralih kepada yang terkini iaitu Twitter, Facebook dan tidak lupa juga blog seperti tumblr dan blogspot.
Ada yang mengikuti teknologi terkini memiliki hampir ke semua akaun untuk berhubung. Bagi saya pula, saya suka menumpukan sesuatu atau segelintir dan bukan semua saya akaun saya ada. Saya tiada Facebook dan Twitter.
Ramai menanyakan saya sama ada saya mempunyai akaun FB dan apabila saya kata tiada mereka menyuruh saya buat satu. Buat masa ini hati belum tergerak nak buat satu bukan kerana

v    Saya tahu kelemahan saya yang mungkin akan ketagih kalau ada akaun FB
v    Tidak dapat penyelesaian atau berasa tidak selesa untuk meletakkan rakan sekolah, sahabat- handai dan orang dikenali di dunia siber dalam satu kelompok. Nanti tiada privasi.
v    Tidak mahu maklumat diri dikutip.
Alhamdulillah saya mencari nama saya di enjin carian memang tiada maklumat tentang saya. Saya agak risau lebih-lebih lagi say baca Harian Metro baru-baru ini pasal penggodaman mencuri identity. Kata penggodam tu kemudahan mendapat maklumat menyebabkan dia dapat curi identiti orang tersebut untuk buat kad kredit. Lebih mudah untuk membuat traksaksi dalam talian tanpa pengesahan bank. Menakutkan.
Jadi tolong jangan minta emel akaun FB sama ada terus atau melalui emel. Menyampahnya ada permintaan untuk menjadi rakan dalam emel dihantar. Padahal saya tak kenal sangat. Itu satu hal juga. Lagi satu kalau korang terjumpa nama saya (sorang rakan sekolah) jangan ingat itu saya. Saya dah terangkan itu bukan saya.
Jumpa lagi. Tak tahu akan datang terbuka hati nak buat tapi selagi isu-isu yang tekankan tu belum saya temui penyelesaian maka mungkin TIDAK.


Syukur Doa Termakbul




Assalamualaikum…
Bersiaran dari pc sendiri. Akhirnya saya dapat menulis di pc sendiri. Alhamdulillah. Tadi ada pc padam dan buka semula. Itupun sebab dah buka lama dan terdapat ngauman kuat dari CPU. Apabila dikipaskan (CPU kena sejuk), tiada masalah. Kalau mengaum walaupun telah dikipaskan, kenalah buat cara sendiri dengan tiub tapak tangan kanan sambil berselawat dan kemudian usap-usap kat tempat yang panas. Harap-harap tiada masalah. Apapun saya tak akan bagi buka lebih 24 jam.
Kena buat sujud syukur banyak-banyak. Doa saya supaya pc saya sihat telah dimakbulkan tanpa diformat semula.
Ok itu aje nak bagitahu. Jumpa lagi.















Sunday, July 3, 2011

Ingin Kubuang Ingatanku Terhadapmu


Assalamualaikum...


(Pada hari ini aku teringat semula bekas rakan sekolah yang cuba kubuang dalam ingatan/memendam/menolak untuk tidak mahu ingat kenangan lalu. Setiap kali teringat aku akan sedih)

Sebagaimana saya mencari rakan sekolah emak saya di alam maya secara tidak langsung pada awal pagi selepas Subuh, saya juga mencari bekas rakan sekolah yang pernah rapat dengan saya.
Apapun saya rasa sedih sebenarnya, dia melupakan saya. Kami pernah rapat. Entah perangai dia berubah nada apabila dia menyambung belajar ke Manchester,UK. Sedar diri jurang kami semakin besar dan dia memberi alasan untuk berhenti menulis emel kepada saya.

Kadang-kala saya rasa tidak mahu terlalu rapat kerana takut berlaku perkara sebegini. Dilupakan apabila berada di puncak kejayaan.

Untuk mak, harap kawan yang mak cari tu tak lupakan mak. Tengok rupa mak gembira akhirnya saya dapat cari maklumat kawan sekolah dia di enjin carian. Bagi saya cukuplah saya tahu bekas rakan sekolah saya masih hidup yang telah melupakan saya secara langsung (mungkin?) tapi saya tidak dapat lupakan dia. Alangkah indah kalau saya ni jenis tak kisah dan lupakan sahaja orang begini.















Tak Kenal Maka Tak Cinta


Assalamualaikum…

Selamat malam semua. Terima kasih kepada Aisyah yang tolong semakkan nama emak (letak nama emak). Dukacita tak menang tapi takpelah dah bersedia untuk menjadi seorang yang redha terima apa sahaja keputusan. Bagi mereka yang memasuki peraduan ini semak pada suratkhabar Berita Harian hari ini (Sabtu, 2/7). Kalau saya ada suratkhabar tu mungkin saya boleh tulis nama pemenang tu di blog tapi malangnya saya tak beli.

Cerita lain pula, saya semakin suka untuk menulis di ruangan blog. Saya rasa lebih puas, gembira dan aman dengan menulis di blog. Seronok menerima tindakbalas, komen daripada pembaca. Selain itu tergerak hati mengikuti beberapa segmen dan peraduan. Ikut mood juga dan siapa yang buat segmen tu. Aktiviti di alam blog ni meriah kerana ramai penulis dan mereka ni aktif tak macam awal-awal ketika saya mula kenal dunia blog, rasanya tak banyak blog masa tu. Satu perkembangan sihat kerana boleh saling kenal-mengenali dan tahu kecenderungan seorang penulis blog melalui tulisan mereka.
Selain itu boleh juga saya bereksperimen gaya tulisan dan format bukan tulisan yang boleh diletakkan di blog.

Kesimpulannya saya lebih tenang apabila berkecimpung dalam dunia blog. Harap-harap kekal begitu. Gembira dapat apa yang dicapai dan kadang-kala tidak dijangka. Blog lebih memberi kepuasan dan imbuhan di mana alangkah saya serius menulis ketika mula-mula kenal. Apapun biarlah terlewat daripada tiada macam pepatah Inggeris cakap ‘Late Than Never’. Tak kenal maka tak cinta.

Ok jumpa lagi.

P.S: Entah bila dapat beli epal hijau ni.


Saturday, July 2, 2011

Pemenang Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Dah Keluar.



Assalamualaikum...
Selamat petang. Eh sebelum tu nak buat pembetulan, saya tersilap bukan M nak melancong. Rupanya abah.
Tadi mak balik dalam kul 5 lebih bawa Harian Metro.
"Mak, keputusan peraduan dah keluar hari ini." Saya pandang mak bawa suratkhabar. "Eh bukan abah ke selalu beli?"
Mak membalas "tak tahu ke hari ini abah takde? Abah pergi Manila."
"Tak tahu pun. Mak, Na letak nama mak untuk peraduan. Bersedia ok kalau mereka telefon."
Sudahnya tak beli Berita Harian hari ini. Abah takde. Dia yang selalu beli suratkhabar.
Makluman semua keputusan peraduan dah keluar. Terima kasih kepada cik/encik/puan tiada nama dan Mazri yang bagitahu. Hehe terkulat-kulat saya apabila mereka bagitahu keputusan dah keluar hari ini. Cik/Encik/Puan tiada bernama bagitahu di mukasurat 18 Ruangan Nasional. Sila semak nama anda kalau anda ada sertai.
Harap-harap tulisan saya ada membantu sedikit sebanyak mereka yang sertai peraduan.














Friday, July 1, 2011

Semoga Cepat Sembuh


Assalamualaikum...
Sendu pula aliran internet ni. Beberapa kali terbengkalai tengok Masterchef Australia. Jadi sementara tunggu aliran data video dan audio siri tersebut maka saya nak menulis blog sekejap.
Aha setelah bereksperimen meletakkan video sendiri dan menanam audio lagu maka cukuplah mencuba sesuatu baru di blog saya. 
Ingat tak tulisan saya pasal pc sendiri sebelum ini? Alhamdulillah setelah tidak buka pc sendiri maka tadi buka dapat juga. Saya mengambil kesempatan mengecas walkman saya dan mengemaskini definisi virus untuk AVG. Saya masih belum berani nak pakai bagai nak rak macam dulu-dulu. Saya buka untuk buang beberapa filem yang pernah saya dan H muatnaik untuk meringankan beban dan mengosongkan memori. Harap-harap pc saya sihat seperti dahulu. Makluman, saya tidak format pun sebab sayang nak format semula.
Tengoklah macam mana sebab pc tu apabila mengaum tu yang saya takut nak guna lama-lama. Apapun alhamdulillah pc tu tak ulang-ulang hidup semula seperti dahulu. Normal kembali. 
Ok jumpa lagi...

P.S: Semoga cepat sembuh seorang chatter kc yang kemalangan di jalan raya. 


P.S.S: Saya dah habis tengok siri 2 di internet. Pemenang Masterchef siri 2 ialah Adam
















M Nak Praktikal Dan Rindu Menyakat Dak Bubut


Assalamualaikum...
Sedar tak sedar kita telah pun berada di pertengahan tahun. Cepat betul masa berlalu. Selamat hari Jumaat semua.
Semalam agak kecoh sedikit sebab adik suruh cetak borang. Borang apa kan? Borang praktikal di Hospital Melaka. Iya sekarang ini giliran adikku M pula membuat praktikal di Hospital Melaka setelah H buat tahun lepas. Cuma bezanya M buat lebih kurang sebulan iaitu 26/7 hingga 26/8. Kiranya nanti dia balik bukanlah balik bercuti tapi balik bekerja. Semoga dapat bekerja dengan berjaya dan tenang. 
Saya cakap kecoh tu bukan apa, adik saya hari ini dah mula pergi melancong. Saya tak sempat tanya dia pergi mana sebab kelam-kabut simpan dokumen dia hantar ke pemacu pen dan dia macam nak segera saya pergi cetak. Rumah ni pencetak ada pun tak boleh pakai. Sebelum ini pakai si Y punya tapi Y dah bawa balik ke rumah dia sejak dia kahwin. Jadi mula-mula ingatkan tugasan mencetak tu nak diberikan kepada abah semalam tapi apabila abah balik dia suruh cetak di kedai siber tak jauh rumah. Kalau tahu, awal-awal saya pergi buat atau pergi ke tempat yang saya buat masa H suruh saya imbas dan cetak tahun lepas.
Apapun hari ini abah yang uruskan sebab semalam pergi dalam pukul 9 malam macam pelik kedai siber dah tutup. Ke saya salah tengok?
Ok cerita lain pula, Uwan dan Auntie Nani nak buat kenduri pada 9/7. Tak sabar menunggu dan terutamanya nak sakat Dak Bubut. Saya kan makcik kelakar dan spontan. Haha. Y marah sebab saya kenalkan di blog dengan tulis Dak Bubut, padahal nama dia Adiva.
"Na ke bagitahu Amad istilah Dak Bubut tu?" Y tanya.
"Mana ada." Saya pelik. Tak pernah cakap. Dalam hati terdetik dalam blog ada la.
"Na, itu satu doa la. Panggil la nama dia betul-betul." 
Insaf kejap panggil dia Adiva tapi kadang-kadang terpanggil dia Bubut gak. Hehe yang seronoknya ada satu ketika kami di dalam kereta, saya panggil dia "Bubut,Bubut." Si Adiva tu ikut. Haha. Y yang perasan. Saya dah kecut takut Y marah. Tapi Adiva tertinggal huruf 't' jadi dia sebut 'Bubu'. Y pula cakap ha padan muka dia dah panggil saya 'Bubu'.
Hehe saya cakap "tak kisah la, Bubu lagi sedap daripada Mak Long."
Lepas tu saya ajar dia sebut Bubu. Agah-agah panggil Bubu daripada Bubut.
Cukup sampai di sini tulisan saya. Gambar terbaru Dak Bubut tak sempat nak 'culik' di FB Y. Jumpa lagi.













Seminggu 100 Follower Kembali



P.S: Segmen ini telah ditutup.
Assalamualaikum...
Selamat petang Jumaat. Tergerak hati nak ikut segmen si Freaky ni. Siapa Freaky ni? Saya pernah tulis sedikit-sebanyak tentang dia di tulisan ini. Aha seorang blogger yang aktif dalam dunia blog dan rajin menulis. Tulisan pelbagai pula tu.
Ok ini kepala blog dia. 

Kalau berminat sertai boleh ikuti segmen Seminggu 100 Follower Kembali















You Got Me- Colbie Caillat




Assalamualaikum...
Percubaan 'menanam' lagu You Got Me oleh Colbie Caillat di blog ini. Selamat mendengar. Sound track daripada filem Leap Year. Lagu yang selalu saya dengar. 
Mula dengar ketika di hotel Gold Coast. Abah dan emak keluar nak pergi kafe sober dan beli kebab. Saya malas nak ikut. Buka TV dan ketika itu ada filem Leap Year. Macam teringat pada "So Senyum". 
Semak semula pada 16 Februari 2020, pautan tak sah. Terima kasih yang tengok pos ni, saya tengok semula ada iklan lain. Jadi dah buang.

OK jumpa lagi.




Thursday, June 30, 2011

Video: Aksi Spontan Saya Yang Kelihatan Lawak




Assalamualaikum...
Video diambil ketika melawat Puzzling World. Adik saya, H yang ambil video mengenai hologram di mana kita berjalan, muka-muka ini akan pandang kita dengan cara berbeza. Layan video ini yer. Memang seram tau. Ini percubaan pertama muat naik video di blog. Alhamdulillah.

Jumpa lagi.














Mempunyai Kebun Baru?


Assalamualaikum...
Kali ini blogger pula ada masalah, dapat Error 400 masa letak gambar pada tulisan sebelum ini. Cuak jap. Nasib baik sekejap. Setelah semalam 'terkujat' dengan hilangnya blog di Friendster. 
Sudah diri, cukuplah bersedih tentang kehilangan blog FS. 
Pandang daripada sudut positif. Saya hanya mengemaskini satu blog je. Jadi cepat. Walaupun tulisan sama dengan kedua-dua blog tapi kerana format berbeza. Kalau anda tulis pada Words dan tampal pada blog Friendster memang lari format. Maka untuk blog FS itu, terpaksa menulis di situ juga dan kemudian salin ke blogger.
Aha ada fikir nak buat satu lagi blog. Apa pendapat korang? Memang ada pro dan kontra. Nanti saya nak timbang-timbang hal ini. Blog baru pun kena kemaskini, jaga juga. Mungkin bukan pada waktu terdekat.
Ok cerita lain pula, semalam petang mak telefon dari kampung tanya saya pergi surau tak untuk sambutan Israk Mikraj. Memandangkan mak tak pergi sebab buat kelas tambahan, sayapun malas (tak baik macam dulu kut,haha) Ingatkan terhenti begitu sahaja. Lepas tu mak telefon balik suruh saya hantar apam pisang ke surau. Sama ada hantar sebelum Maghrib atau waktu orang tengah solat Maghrib. Tengok jam dah 6:10 petang, saya ambil keputusan hantar sekarang. Memang surau tak jauh pun, rasa 10 tapak dari luar rumah pun dah sampai ke sana. 
Masuk dapur surau. Aik takde orang, bisik hati. Lepas tu tiba-tiba ada makcik masuk cakap nak air. Hah saya tak faham. Saya cakap "saya nak hantar kuih," Sambil letakkan bekas makanan pada pangkin. Saya nak cepat-cepat cabut lari sebab taknak makcik tu tanya lebih-lebih. Lawak jer saya ni.
Balik rumah, telefon mak cakap dah letak. Mak tanya ada orang sana nampak tak bekas saya letak tu. Dia takut orang tak nampak dan tak susun masuk kuih tu. Cakap ada makcik ni nampak. Hehe nasib baik hantar waktu macam ni. Kalau ikut cadangan mak pergi waktu nak dekat Maghrib, haru je ramai orang nanti dengan jemaah lelaki ada. Ni nasib baik perempuan je nampak. Nanti gangguan hati. Hari itu rasa tak selesa ada jemaah lelaki ni masuk tempat solat perempuan bawa makanan.
Abah balik lewat sedikit, hampir pukul 8. Tergesa-gesa ke surau. Saya cakap dah hantar kuih. Mak pula balik pukul 10 lebih. Aktif betul, jadual padat, sempat balik kampung sekejap sebab Pak Tam beritahu mak, bapa mertua dia nak jual kebun. Masa mak nak masuk tidur, mak beritahu saya "jauh ke pedalaman kebun tu,naik bukit." Saya membalas "lagi ulu ke daripada kebun kita tu?" Mak membalas ya. Tak dapat bayang, sedang pergi kebun pisang kat pinggir tu pun rasa seksa nak masuk bawa kereta (abah jer pakar bawa) inikan kalau kebun yang lagi ulu masuk hutan lebat pokok.  Lepas tu saya tanya lagi, "jadi beli tak?" Mak cakap tidak.
Oh okla itu sahaja tulisan saya kali ini. Terperinci pula untuk semua orang terutama orang yang mengenali saya. Jumpa lagi