Nuffnang

Sunday, August 21, 2011

Mari Kita Kejar...



Assalamualaikum...

Tiada siapa suka kerugian. Semua yang dibuat pasti inginkan keuntungan, kebaikan ataupun kejayaan. Ada sesiapa buat sesuatu tu saja, suka-suka tanpa apa-apa? Sedangkan amal ibadah khusus pun kita harapkan keredaan Allah dan memperoleh ganjaran pahala. Tidak mahu natijah buat sesuatu itu hasilnya kosong=null.

Jadi kita perlu bijak untuk mengejar keuntungan mana yang lebih utama. Alhamdulillah kita telah pun berada pada 10 terakhir Ramadan. Bermakna ganjaran berlipat kali ganda sedang menunggu kita iaitu malam Lailatul Qadar.  Bertuah sesiapa yang mendapat bonus pahala yang melebihi 1000 bulan. Maka marilah kita mengejar dan mengharapkan malam Lailatul Qadar digenggaman kita. Tinggalkan perkara-perkara lain yang boleh dibuat pada waktu lain.

Mari kita berusaha dan berdoa dengan giat dan bersungguh-sungguh moga kita dapat malam tersebut. 

P.S: Memang satu godaan apabila kita melupakan malam Lailatul Qadar kerana sibuk menyiapkan persiapan raya. Sayapun tak terkecuali. Moga tahun ini puasa dan amal kita lebih baik serta kita dapat mengejar 'bonus' yang disediakan oleh Allah untuk kita.


Friday, August 19, 2011

Pengubat Rindu



Assalamualaikum...

Lebih kurang sehari tak menulis di blog. Ambil rehat buat aktiviti lain pula. Terlalu asyik dengan blog pun tak boleh juga kan? Jadinya ambil kesempatan membaca buku pula untuk isi otak dan memenuhi hobi memasuki peraduan. Bilalah nak menang ni?!

Terima kasih yang datang melawat ketika saya tiada. Nanti saya terjah balik blog anda semua. Hehe waktu saya takde ni ramai pula dari ip luar masuk blog ni. Korang perantau ke? Rindu dengan makanan Melayu yer? Hehe pos tentang makanan memang laku untuk dilihat. Takpe nanti saya tepek lagi gambar-gambar makanan lain pula. Esok saya balik kampung lagi. Muahaha. Nanti ada makanan yang sedap dan agak-agak melegakan kerinduan korang saya letak.

Maknanya Sabtu saya tiada di sini. Maka tiada pos baru agaknya. Ahad baru balik. Jumpa lagi. Nanti saya pos cerita menarik lagi.

P.S: Korang nak gambar dodol betul-betul yer? Maaflah saya tulis dodol tu untuk 'doodle'. Nanti saya tepek gambar dodol yang sebenar :) Maaf zahir batin. Jangan marah saya letak dodol lain sebelum ini.

Pengubat Rindu Pagi Raya: Soto, Kuih Bakar, Rendang Dan Masak Lemak



Wednesday, August 17, 2011

Tiada Kata: Kad Raya Pertama Daripada Seorang Penulis Blog :)

Kad Raya Pengganti Diri




Dalam Kad Raya: Ucapan Penghantar
Terima kasih Botol :)



Hari Ini Hari Istimewa. Dodol Hari Merdeka :)



Assalamualaikum...

Apabila mengenang jalur-jalur kehidupan telah saya lalui, saya bersyukur yang kehidupan saya ini dikelilingi dengan kasih sayang, kesukaran yang tidak melampau berbanding orang lain. Mudah mendapatkan apa sahaja saya nak.

Alhamdulillah tinggal di negara khatulistiwa, negara yang damai. Keselesaan tinggal di rumah yang sederhana besar.

Memikirkan saya boleh melakukan apa sahaja aktiviti tanpa rasa takut, gembira keluar untuk melakukan aktiviti. Dapat mengamalkan agama yang dianuti sememangnya satu anugerah dan kemudahan. Mudah untuk mencari tempat solat hatta di tempat membeli-belah menyedarkan agama harus dipegang utama walau di mana sahaja.
Sempena bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama merenung nikmat yang Allah berikan dan ucapkan syukur banyak-banyak kerana diberi peluang untuk merasa dengan gembira. 

Hari ini juga Nuzul Quran. Moga kita mengambil iktibar dan mengikuti ajaran seperti dinyatakan dalam al-Quran. InsyaAllah.

Hari ini juga saya nak menyatakan terima kasih kepada Iqa yang memberikan 'dodol' gambar gadis Muslimah comel yang memakai baju kemerdekaan. Iqa terima kasih memenuhi permintaan Kak Wina. Moga Allah gembirakan kamu yang menggembirakan Kak Wina.


Hari ini memang hati terasa terharu. Sentimental pula rasa.


Jumpa lagi. 



P.S: Ditakdirkan saya tinggal di perantauan, Malaysia tetap di hati :


Mesin Dodol. Gambar Dodol Akan Diletak Kemudian

Baju Kurung Idaman Untuk Dipakai Ketika Hari Raya


Perbualan 1
Ketika mak nak solat.

Mak: Na, Sabtu ni kita pergi 'shopping' baju raya, abah dah kasi duit.
Saya: Ha Na suka mak buat baju. Baju dah sedia ni macam tak sesuai saiz dengan Na.
Mak: Kita tengok je. Kalau takde baru buat.

Selama saya hidup ni, mak saya tak pernah gagal untuk buat baju kurung untuk saya walaupun sepasang untuk tahun tersebut. Entahlah saya suka baju yang mak saya buat. Kadang-kadang mak saya sibuk sangat tapi pada hari malam nak raya mak sempat siapkan. Haha teringat 2 tahun lepas pun, saya beli kain untuk buat baju raya beberapa hari sebelum nak raya. Masa tu saya di perantauan. 

Oleh sebab itu kalau orang tanya awal-awal apa warna baju raya saya, saya susah nak jawab kerana ketika mereka tanya tu memang baju raya saya belum ada. Memang kadang-kadang telah sedia ada kain 2-3-4 pasang tapi yang menentukan kain mana untuk dijahit untuk tahun tersebut saya tak tahu.

Pada keadaan sekarang, saya suka baju kurung berbanding kebaya, kebarung atau apa-apalah kan. Dahulu masa mak saya suka kasi saya cuba pelbagai jenis fesyen baju, saya dah puas rasa. Akhirnya kembali pada baju kurung. Entahlah mungkin kerana ringkas dan mudah dipakai. 

Hehe lagi satu mengapa saya suka mak saya buat baju kurung ialah sebab mesti ada poket. Poket tu mesti belah kanan. Macam baju kurung sekolah. TAPI baju kurung sekolah saya dahulu khas tau mak jahit siap letak zip. Takde alasan nak hilang duit la, hilang sapu tangan bagai. Yelah kadang-kadang bila buka baju tu, akan terbarai duit syiling jadi selamat kalau duit tu dalam poket dan takde alasan lupa bawa duit bekal ke sekolah.

Ok itu jerla cerita baju kurung. Memang baju kurung yang sedia siap takkan dapat tandingi yang mak saya buat. Kadang-kadang pergi tempah pun tak dapat lawan. Tak ikut citarasa kadang poket letak belah kiri. 

Jumpa lagi.

P.S: Hari ini buka puasa sorang-sorang, mak berbuka dengan budak-budak asrama, M berbuka dengan senior. Saya berbuka sambil tengok tv jawabnya. Gambar baju kurung 2 tahun lepas.  sini


Baju Kurung Raya

Nota tambahan: Tulisan lain mengenai baju kurung raya 2012. Klik sini

Tuesday, August 16, 2011

Menunaikan Janji... Apa Patut Dibuat Kalau Janji Belum Dapat Ditunaikan? Boleh Ke Tarik Janji?


Assalamualaikum...

Terima kasih atas peringatan pos si Soly ni pasal menunaikan janji. Menunaikan janji adalah wajib dan akan dituntut di akhirat sekiranya tidak ditunaikan. Teringatlah saya ada janji dengan sorang ni nak kasi cenderamata yang saya beli di Australia. Berzaman! Janji nak beri bulan Januari tapi sekarang (dah bulan 8) saya tak pos cenderamata tu kat dia.

Atas kesedaran baru sedar saya melengahkan untuk hantar kerana kemalasan dan skeptikal saya terhadap pejabat pos yang mana pernah saya tak dapat bungkusan dari kawan-kawan saya dari luar negara. Maka tanpa disedari kawan yang saya berjanji tu timbul kat reban ayam (YM) tiba-tiba.

Saya: F, maaf Kak Wina tak pos lagi
F: Pos apa
Saya: Ala kan Kak Wina janji nak pos 'keychain'
F: Ada ke?
Saya: Tak ingat ke? Haha bagus juga orang yang dijanji tak ingat. Ni ha kak Wina nak tarik janji boleh tak? Malas nak pergi pos.
F: Takpe 
Saya: (dalam hati: alhamdulillah)  Takpelah kalau Kak Wina ada hantar itu 'suprise untuk kamu'.

Lega memang tak boleh kata. Bayangkan betapa lama janji dibuat. Seronok pula yang dijanji pun tak ingat tapi janji tetap janji. Dia lupa takpe (yang dijanji) tapi jangan si penjanji yang lupa. Memang menganiaya diri sendiri untuk diminta perhitungan di Padang Mahsyar. Eh tapi boleh pula nak tarik janji nak beri. Macam buruk siku jer. Hehe tapi dah dak F redha maka boleh la kan? Hehe anda ada ke janji belum tunaikan? Baik tunaikan takpun berbincang semula dengan orang yang dijanji tu macam mana kan nak selesaikan.

Alhamdulillah satu perkara selesai. Cepat dipermudahkan semasa bulan Ramadan yang mulia. Ada sorang lagi saya janji pun dah dapat tarik. Maaf la yer sebab berat hati dan malas nak pos. Ini semua gara-gara ada peristiwa tak enak hantar/terima barang.



P/S: Ada tak janji saya pada pembaca, saya tak tunaikan? Habaq mai :) Ada ke istilah tarik/ menarik janji?





Monday, August 15, 2011

Resipi: Spaghetti Bolognese (Versi Pedas)


Assalamualaikum...

Terima kasih yang tinggalkan komen sebelum ini. Hehe semua bijak bistari dapat mengagak spaghetti. Spesifiknya spaghetti bolognese (entah betul entah tidak). Kiranya semua pernah buat kan dan masing-masing ada versi cara memasak.

Takpelah saya kongsi cara buat mana tahu ada yang belum pernah buat. Ni buat untuk 3 orang makan. Jadi pandai-pandai anda semua ubah/tambah/tolak bahan yang nak dipakai. Ini versi pedas atau citarasa rakyat Malaysia. Kiranya spaghetti bolognese versi pedas.

Bahan-bahan

1/2 paket spaghetti
Bahan-bahan untuk membuat sos

2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
Seulas bawang putih
Setengah biji cili merah
1 sudu besar cili boh
1 biji bawah besar, potong 2 dan hiris halus
Tomato puri dalam tin/Sos jenama Prego
1/2 paket daging kisar (seperti dalam gambar guna separuh)
5 biji cendawan butang- hiris
Garam- secukup rasa
Gula- secukup rasa
1 sudu besar cuka putih (pilihan)
1 sudu kecil lada hitam
1/4 batang lobak merah (boleh guna sayur lain atau tiadakan)- hiris berbentuk panjang
Sedikit kobis bunga (boleh guna sayur lain atau tiadakan)


Cara membuat

1. Rebus spaghetti sehingga 'al-dante'
2. Rebus lobak dan kobis bunga sehingga lembut

Untuk kuah

3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Masukkan bawang putih bersama cili merah yang ditumbuk, daging kisar dan bawang besar. Kacau sehingga sebati dan daging berubah warna ke kelabu. Masukkan cili boh. Kacau lagi sehingga garing. Api sederhana.
5. Masukkan sos tomato/ sos Prego. Kacau dan kemudian masukkan 1 cawan air. 
6. Masukkan lobak dan kobis bunga yang telah direbus bersama cendawan butang yang dihiris. Biarkan ia mendidih seketika.
7. Masukkan bahan perasa seperti cuka, garam, gula dan lada hitam. Kacau 1-2 minit dan tutup api.

Mesti ada buat lain cara kan? Mungkin lagi sedap dan ikut citarasa anda. Hehe. 


P.S: Tak sabar nak dapat kad raya daripada para blogger. Pertama kali dapat daripada mereka ni. Terima kasih kerana bermurah hati nak beri.
P.S.S: Ambil banyak gak gambar tapi pilih 2 gambar untuk diletakkan di bawah.

Spaghetti Bolognese (Versi Pedas)



Spaghetti Bolognese








Hidangan Berbuka Puasa Pada Ramadan Ke- 15

Assalamualaikum...

Ketika saya menaip ini, lebih kurang 45 minit nak berbuka. Alhamdulillah, baru selesai masak. Jadi ada masa senggang.

Hehe sahaja nak tanya pembaca blog, berdasarkan gambar di bawah, apakah menu berbuka saya pada hari ini?

Sebahagian Bahan Untuk Menu Hari Ini. Teka Jangan Tak Teka

Ok rasa semua tahu kut apabila tengok sebahagian bahan-bahan yang ditunjukkan. Nanti tiada aral saya akan tunjukkan makanan tersebut yang telah siap dihidangkan dan resipi sekali.

Jumpa lagi. Selamat semua. Selamat berbuka pada kaum Muslimin dan Muslimat.






Menjaga Hubungan Dengan Manusia Lain


Assalamualaikum…

Seperti tajuk di atas menjaga hubungan dengan manusia lain memang mencabar kerana kita diciptakan mempunyai agama, keturunan, suku, pendidikan, latar belakang keluarga, suasana, idealogi yang berbeza.

Namun kerana perbezaan tersebut membawa hikmah untuk kita mengenali keunikan setiap individu. Maka wajiblah kita menghormati antara satu sama lain. Menjaga tutur kata terutamanya dan tidak melakukan kekasaran fizikal kepada orang lain.

Orang yang baik ialah orang yang di mana orang ramai berasa tenteram bersama dengannya.

Biasalah kita sebagai manusa buat salah dan menyinggung perasaan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak. Kalau kita sedar, cepat-cepatlah minta maaf. Kalau tidak sedar, harap-harap orang yang disakiti tu doa-doakan supaya kita sedar atau beritahu secara berhikmah.

Harap-harap kita semua dapat menjaga hubungan dengan orang lain. Belajar bersabar dengan karenah orang lain yang kita rasa tak seronok.

Lagi satu kalau ada orang tak suka kita apa kita buat? Kalau saya buat bodoh jerla, tak layan, jauhkan diri. Saya belum mampu menjadi seperti Rasulullah yang sabar dan membuat kebaikan kepada pelaku yang berbuat jahat kepadanya malah memberi hadiah kepada pelaku tersebut. Harap-harap saya mampu pada satu hari nanti. InsyaAllah. Anda mampu tak berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada anda? Kalau mampu, saya kagum.

P.S: Kepada pembaca blog ini kalau saya ada buat perkara yang kurang menyenangkan hati anda saya minta maaf banyak-banyak.
Jom jalinkan silaturrahmi :) 

Ini pos kehadapan (auto-post)







Juadah Berbuka Puasa Hari Ke-14



Assalamualaikum…

Tak nak tulis banyak-banyak hanya mahu kongsi gambar juadah berbuka pada hari ke-14 dan sahur untuk keesokannya. Bubur lambuk dan Nescafe panas air gula melaka.
Layan 2 keping gambar.


Bubur Lambuk Dan Nescafe


Sebahagian Bahan Untuk Air Nescafe: Susu Cair + Gula Melaka






Sunday, August 14, 2011

Memulakan Sesuatu Memang Sukar


Assalamualaikum…

Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari ke-14 kita berpuasa.  Bagaimana puasa kalian? Puas hati dengan kualiti puasa yang dilaksanakan? Kepada mereka yang berpuasa lebih 13 jam di bahagian Garisan Sartan dan ke atas, semoga tabah berpuasa dan lagi-lagilah yang duduk di Kutub Utara yang mengalami siang 24 jam (Soltis Musim Panas).

Ok sebenarnya nak mengimbau kenangan percubaan pertama puasa bagi saya. Bagaimana dengan pengalaman pertama cuba berpuasa?Ada yang berjaya tak pada percubaan pertama untuk berpuasa?

Bagi saya, pertama kali cuba untuk puasa ketika saya darjah 1 (lambat kan?) Hari pertama cubapuasa dan ketika itu hari sekolah. Ketika waktu rehat memang kebanyakan rakan sekelas keluar untuk makan. Saya yang tinggal. Tapi tak tahan sangat haus pada pukul 11 lebih, ketika itulah menggelupur haus dan oleh kerana tidak bawa bekal minuman maka saya minum air yang rakan saya bawa. Memang tak mencukupi dan saya rasa sangat haus. Saya rasa silap saya juga kerana aktif main kejar-kejar waktu rehat.  Maka hari pertama tak puasa sampailah ke akhir Ramadan.

Darjah 2, saya tinggal di JB. Tak silap saya puasa pertama jatuh pada hari cuti. Maka ketika hari pertama cubaan untuk berpuasa. Ketika keluar membeli-belah di Singapura (dekat) dan ketika itu secara relatif mata wang Singapura rendah ketika itu berbanding sekarang. Pulang ke rumah waktu petang dan sampai ke rumah hampir pukul 5 petang. Merengek-rengek kat mak untuk buka. Tak tahan sangat. Sebenarnya saya dah terliur dengan air vitagen yang dibeli. Maka berbuka. Apabila difikirkan sayang sebab lagi 2 jam nak berbuka. Hari ke-2 pula, saya di rumah jiran, digoda rakan sebaya mengenai puasa separuh. Lawak rasanya, ketika di rumahnya, waktu azan Zohor berkumandang, rakan saya ni berbuka. Puas dia yakinkan dah sampai waktu berbuka. Saya pelik juga tapi rakan saya ni mati-mati cakap dah. Percaya dah buka, dia beri saya makan minum. Balik rumah saya bagitahu mak saya dah berbuka. Mak marah sangat sebab saya percaya sangat cakap rakan. Kemudian baru saya tahu dia dilatih mama dia untuk berpuasa separuh. Hari ke-3 alhamdulillah barulah saya berjaya puasa penuh. Macam tak percaya. Seterusnya tiada masalah berpuasa penuh sejak itu kecuali saya sakit dan keuzuran syarie.

Apapun apabila saya merenung kembali PERMULAAN untuk melakukan sesuatu perkara adalah paling SUKAR? Betul tak? Apabila dah tempuh dan melaluinya maka semakin lama ia menjadi semakin mudah. Bak kata pepatah ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’ yang bermaksud usaha dan susah payah untuk mencapai hasrat. Kesusahan bermula apabila kita mula mengerjakan sesuatu lebih-lebih lagi perkara yang pertama kali dilakukan kerana kita belum biasa, tidak tahu kesukaran yang bakal ditempuhi. Apabila sudah mengalaminya barulah kita bersedia dengan rintangan dan cuba membiasakan diri. Semakin lama kita akan cuba memperbaiki dan meningkatkan kualiti. Begitu juga puasa kita sepatutnya semakin lama semakin naik kualitinya. Asal daripada tidak puasa, puasa separuh, separuh ¾ dan seterusnya penuh. Apabila puasa penuh (fizikal) tingkatkan pula bahagian hati, mental.

Panjang dah tulisan saya. Jumpa lagi.  


P.S: Ada tak yang mula puasa tidak mengalami kesukaran?

Nampak Sukar Tapi Apabila Sudah Biasa Menempuhinya Akan Menjadi Mudah







Monolog Hati

Terlalu memikirkan sesuatu dan teliti menyusahkan jiwa, badan dan fikiran. Sakit kepala. Tak mahu risau tak tentu hala.


Tak mahu fikir lagi. Mahu lupakan.








Saturday, August 13, 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"


[SEGMEN TELAH DITUTUP!!!!]

Assalamualaikum...

Saya ditanda (tag) Mama Maszull untuk sertai cabutan bertuah. Memenuhi permintaan mama yang baik hati saya sertai. Jika untung sabut saya, rezeki dapat kad raya dan duit raya akan berpihak kepada saya.

Ok pertama memahami apa yang perlu dibuat. Kena teliti supaya ikut syarat.

Pertama suruh tampal kain rentang pada tulisan "Kad Raya +Duit Raya Fairus Ibrahim". Selesai.



Kedua sudikan ikut (follow) blog dia dan blog Cikgu Fiqrie (penganjur duit raya). Ok

Tag 3 rakan. Saya pilih mereka bertiga ni sebab rajin ikut segmen/GA. Tak berani nak tanda (tag) sebenarnya. Hehe. Takut ada orang tak suka ditanda. Sapa-sapa nak buat tapi saya tak senaraikan tu bagitahu saya yer, lain kali saya tanda anda pula :)





Tambahan tag ke 4: Ummi. Masuk blog Ummi nak pergi tanda (tag), tengok-tengok dia dah kena tanda dengan orang lain dahulu. Maka terpaksa ubah sebab tak pasti undang-undang tag ni boleh ke 2 orang berbeza tag pada satu orang?

Keempat, dia suruh pautkan kain rentang dengan pos dia pasal GA. Ok sudah. Klik kain rentang kat atas tu untuk ke segmen tersebut. Kalau malas ke atas.

Akhir sekali pos pautan yang dibuat ke ruang komen penganjur. Ini akan dibuat lepas pos tulisan ini.

Tarikh tutup: 21 Ogos 2011. Undian melalui random. Hadiah diposkan pada 22 Ogos 2011







Tolong Ingatkan Saya



Assalamualaikum...

Tolong ingatkan saya kalau saya menang peraduan ok. Saya nak beri hadiah tu pada emak. Emak yang selalu membantu saya, susahkan diri belikan setem, buat salinan borang dan pos. Saya ni cuma isi borang dan masukkan dalam sampul surat.

Emak yang mengambil berat semalam telefon ajak pergi klinik untuk selsema saya tak sembuh.

Kalau saya buat pos saya menang peraduan tolong ingatkan. Tanya hadiah tu nak bagi pada siapa? Takut lupa pula. Ok pembaca budiman.
Terima kasih. Jumpa lagi.

P.S: Pos automatik. 









Saya Dan Dia Tak Dapat Dipisahkan



Assalamualaikum…

Dah pukul 3:30 pagi. Macam-macam benda saya buat. Isi borang peraduan Nescafe Rumah Idaman, mesin baju sendiri dan pukul 2 sahur pertama makan megi sambil tengok drama ulangan Nora Elena. Nak makan soto tapi tak jumpa sup pula. Haha megi bersama bergedil dan sambal soto. Pandai betul mengubah-ngubah. Pertama kali tengok Nora Elena. Seronok juga cerita ni rupanya.

Tengok-tengok kat laman sesawang ada peraduan Nescafe yang baru. Rajin betul lah Nescafe ni buat peraduan. Ni peraduan lain, rekabentuk rupa tin Nescafe tu. Belum baca syarat penyertaan. Nanti satu-satu dahulu.

Saya memang peminum tegar Nescafe. Malah ketika menaip pos ni pun saya tengah sambil minum Nescafe susu tapi berbeza bahan. Dapat idea ni daripada Pakcu buat teh gunakan gula melaka. Gula melaka tu dicairkan bersama daun pandan (kasi wangi) dan susu cair dan teh. Dalam air saya tentu ganti serbuk Nescafe. Lagi sedap dan wangi. Boleh cuba.

Bahan-bahan membuat air Nescafe gula melaka

Air panas
Gula melaka (dicairkan)
1-2 helai daun pandan (disimpulkan)
Susu cair
Nescafe (Ini ganti kalau nak buat teh, kopi, milo)

Gula melaka tu dimasak bersama daun pandan untuk cairkan dan wangikan.
Lepas tu bancuh macam biasa.

Ok itu sahaja nak kongsi. Cerita pasal pengalaman puasa dulu-dulu dan kini akan saya buat kemudian. Tuan blog nak beriadah. Jumpa lagi.

P.S: Tolong doakan saya menang peraduan eh? Haha menang hadiah saguhati pun takpe. Teringin nak menang peraduan peringkat kebangsaan ni.

P.S.S: Nak sahur kali ke-2, nak soto juga (kalau ada sup tu lagi)