Nuffnang

Sunday, January 12, 2014

Monolog: Post To Ponder


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

**********************************************************

Aku dah lama tak tulis pos yang sentimental atau yang berkaitan pencarian jiwa (blog pun dah nama pencarian jiwa saya). Tengok-tengok pos-pos yang pernah aku buat banyak jugalah pandangan mukanya walaupun tak dapat menandingi pos mengenai peraduan, resipi atau pengetahuan am (tapi kadang-kadang pos berkaitan boleh masuk dalam carta 10 pos popular). Hmm. Resolusi aku untuk tahun 2014 adalah menulis lebih banyak dan terperinci mengenai pencarian jiwa. Tulisan yang lebih pada hati. Selami jiwa dan telus untuk bercerita. Aku kadang-kadang tak tulis secara mendalam. Berkias sahaja. Macam tak sampai pula mesej tersebut. Tapi kadang-kadang aku dilema antara berkias atau berterus-terang kerana aku jenis memendam perasaan (mak aku cakap). Macam biar jerlah aku yang tahu. Eh memang aku jer yang tahu sebab orang lain tak dapat memahaminya. Atau luahkan sahaja dalam jurnal. Aku rasa kalau nak tulis pasal perjalanan pencarian jiwa aku pun biarlah:-

1) memberi kesan emosi/rasa pada pembaca.
2) memberi manfaat/kesedaran.
3) tidak jemu diulang baca pos tersebut.

Aku memang suka pos tulisan orang yang boleh dibaca berulang-ulang kali. Aku maksudkan tak jemu untuk dibaca, ada sahaja maklumat yang boleh dihadam. It gives you to ponder everytime you read that post. Cewah tak bolehlah lawan al-Quran terutama bagi aku surah al-Fatihah. Tak jemu dibaca, direnung. Macam ada sahaja pencerahan baru apabila baca al-Fatihah tu. Memang tak bosan nak baca ulang-ulang.

Tengoklah macam mana nanti.
 

4 comments:

Pwincess said...

ee tak bagus in writing.
selalunya apa yang terlintas terus je tulis.
kadang kadang tak teratur pun ada.
hahaha =D

maszull said...

assalamualaikum wina...lamanya dah x dengar cerita...mcm mana skg moga semakin ceria n sihat selalu...:)

babYpose said...

Salam, saya pun suka surah Al-Fatihah.

NA said...

@Nurulee: Haha tu pasal kadang-kadang tulis apa yang terlintas.

@Mama Maszull: Waalaikumussalam. Ek keadaan kadang-kadang ceria kadang-kadang mendung.

@babypose: Sama pun :)

-wina1979-