Nuffnang

Wednesday, May 10, 2023

Terima Hadiah Termos Air Sejuk Starbucks

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Musim panas ini memang kena banyak minum air putih. Terasa bahang dan panas dalam badan.

Parcel Hitam J&T



Tidak sangka saya terima hadiah termos air sejuk Starbucks daripada pemilik blog fiezasani.xyz.  Sekali lagi anda akan menggumam. Ya untuk kali ke entah berapa. Alhamdulillah, dalam mood malas jalan-jalan blog orang ketika Ramadhan, diberikan kesempatan masih dapat. Eh Mac ya? Saya ingat bulan April. Hehe. Pengomen utama bulan Mac. Mungkin bulan April tidak jadi pengomen utama. Kita tengok nanti pengumuman Puan Fieza.

Kad Ucapan: Top Pengomen Mac 2023



Yeay boleh guna letak air sejuk. Walaupun saya tidak kisah minum air biasa sahaja. Kita ikut orang. Baru kelmarin adik saya beli termos untuk simpan air sejuk dengan lama. Terdetik hati mesti seronok juga. Tup-tup dapat.

Istimewa termos air sejuk saya adalah daripada Starbucks. Jenama dikenali. Warnapun cantik iaitu biru ungu. Paling istimewa ialah ada nama saya. Hehe. Tidak boleh orang lain ambil.

Termos Starbucks Warna Biru Ungu Dengan Nama Sendiri



Terima kasih Puan Fieza. Semoga murah rezeki. Seronok baca pos Puan Fieza ini yang kadang-kadang ada unsur lawak dalam penceritaan.

22 comments:

Suria Amanda said...

Cantik warnanya...tahniah...

mummy_ayu said...

wah..congrats.. cantik hadiahnya..

Afzan said...

bukan calang-calang termos ni..NA yang sentiasa bertuah

Carneyz said...

Alhamdulillah. Boleh tahan jugak harga thermos Starbucks ni. Rezeki NA tahun ni dpt banyak ole2 bila berjalan2 kat blog kawan2 :)

Nur said...

Wah, termos ada nama sendiri. Memang istimewa. Tahniah, NA! :)

Bola Katok said...

Sangat berguna musim panas ni.

Fieza Sani said...

Alhamdulillah, dah sampai hadiahnya..hehe. Hadiah ni untuk bulan Mac. Bulan April akak akan gabungkan dengan Mei sekali. Meh lah cuba lagi..Mana tau rezeki..Cantik pula tumblr beli untuk Nurul ni, macam berkenan nak beli untuk diri sendiri...

Amie said...

Tahniah NA.
Cantik hadiahnya.

nona sani said...

Cantik! Yaa..Orang lain takleh amek!

Ujie Othman said...

Tahniah NA 👏
Rezeki!

Saya memang gunakan termos air sejuk. Senang travel ke mana-mana sentiasa ada bekalan air sejuk dalam kereta. Lepas beriadah pun sedap dapat teguk air sejuk. Ada beberapa saiz untuk kegunaan berbeza.

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki, terdetik dihati doa rupanya. Cantik Thermos Starbucks.. Suka. Tahniah NA

Puan Hazel said...

Hadiah kayangan ni, tahniah NA!
Sesuai sungguh dgn keadaan semasa hehe...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cantik, sejuk hati kalau minum dari termos ni, hihi.

Mbul Kecil said...

cute purple warna termos air sejuknya kak na...purple muda...

dear anies said...

tahniah👍👍👍 cantik warna pilihan fieza

norhidana said...

wah tahniah kak, cantik termos nya

Abam Kie said...

tahniah! Rezeki mmg x pernah salah alamat...

Wak Lat said...

tahniahnyer., aminn

Sha Mohamed said...

Alhamhamdulillah.. rezeki..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tahniah .. Cantik gabungan warna termos tu

mamapp said...

aww cantik dan sweet sekali. tahniah na

Azhafizah MN said...

Macam tahu tahu je kan. Hadiah sampai tepat pada masanya. Tahniah kak. Cantik termos ni. Tak perasan pula di Starbucks.