Nuffnang

Monday, May 1, 2023

29-30 April: Hadiri Majlis Kahwin, Majlis Doa Selamat Dan Rumah Terbuka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Seperti dinyatakan sebelum ini Sabtu dan Ahad sibuk hadiri majlis-majlis dinyatakan. Ke hulu ke hilir. Alhandulillah trafik agak lancar walaupun banyak kereta.

Bermula dengan majlis kenduri kahwin di Kampung Chenaga, Tampin N9. Majlis bermula pukul 11 pagi jadi pukul 10 pagi lebih bertolak dari rumah di Melaka. Bawa juga baju untuk bermalam di rumah adik di Sri Damansara.

Sampai pukul 11 lebih, orang tidak berapa ramai tapi stesen apam balik, cendol dan kambing golek belum tersedia. Jadi makan nasi dahulu. Masa ini perut rasa sebu.

Nasi Putih+ Daging Masak Hitam+ Ayam Masak Merah+ Masak Lemak Cendawan Dan Daging Salai + Timun+ Sambal Belacan



Tunggu stesen apam balik beroperasi. Ambil satu masuk dalam kertas coklat. Panas lagi jadi ingat makan dalam kereta. Sayang tidak dapat rasa kambing golek. Cendol rasa daripada anak buah kecil, si Aafiya. Dapat buah tangan telur pindang dan cakar ayam. Telur pindang sudah selamat makan ketika berbuka tadi (Isnin)

Sarang Telur Burung: Telur Pindang Dan Kuih Cakar Ayam



Perjalanan diteruskan ke Ampang Jaya rumah Mok. Bertolak dalam pukul 12 lebih. Singgah stesen minyak. Anak buah si Ayaana muntah dalam beg kertas coklat. Manakala saya muntah dalam tandas. Lega sedikit tapi perut sebu.

Laksa Johor



Sampai di sini pukul 3:05 petang. Haha walaupun perut tidak selesa masih berselera makan cuma ambil kuantiti sedikit. Mula-mula makan nasi hujan panas dengan daging dendeng dan sayur tempura. Kemudian merasa sedikit laksa Johor. Lain-lain tidak sentuh macam nasi impit dan rendang, sup cendawan dengan roti bawang puih. Tumpang solat qasar dan jamak Zohor dan Asar di sini. Adik-adik no 3 dan no 4 datang kemudian. Mok bekalkan makanan. 

Pukul 5 petang bertolak ke Sri Damansara rumah adik no 4. Pertama kali saya datang. Rehat.

Esok Ahad pukul 10 pagi sudah bertolak sebab hendak melawat Wan Uti di Kota Damansara. Masa singgah mereka tiada, rupanya mereka ke kedai runcit. Oh!Ya, sebelum bertolak sarapan di rumah adik makan sup cendawan dan roti bawang putih. Adik ipar buat juga makaroni dan keju. Bertambah saya makan. Pagi itu saya minum teh o, teringat pesan emak untuk perut tidak sihat. Alhamdulillah hari itu tiada masalah saya muntah atau tercirit.

Uwan Uti hendak masak lauk tengahari ketika iru tapi kitorang kejar waktu. Tidak kisah makan kuih roti dan teh o (lagi) Tapi Uwan Uti suruh kami datang lagi untuk makan tengahari. Kami sebut insya Allah. Kalau tidak wakilkan pada adik no 4 yang tidak dapat ikut datang nanti.

Kami ke Shah Alam. Sampai dalam 11:40 pagi. Pertama kali ke rumah Kak Ina (sepupu). Was-was sebab tengok laman muka-muka tidak dikenali. Rupanya mereka di dalam. Majlis doa selamat berlangsung.

Rumah Yang Ada Khemah Ungu Seksyen 35 Shah Alam



Budak-budak tidak boleh duduk diam jadi kami duduk balik sofa berhampiran tv. Sini makanan nasi beriani dengan ayam masak merah, acar buah, acar rampai, daging masak hitam. Selain itu ada kuih-muih, nasi impit, sambal sotong kembang, rendang. Mi kari makan sedikit. Makan bawah khemah. Lepas itu sambung pula makan spageti carbonara makanan laut. Ayaana kata sedap, entah berapa kali tambah. Saya cuma rasa. Air ada teh tarik dan air mineral. Teh lagi. Haha sihat perut tiada ragam.

Budak-Budak Tidak Reti Duduk Diam


Lepas itu dapat lagi jemputan saat akhir daripada Azizah, sepupu juga. Memandangkan rumah tidak jauh di Seksyen 30 kami penuhi juga tapi pergi awal. 1 tengahari lebih. Padahal jemputan waktu bermula pukul 3 petang. Haha sebelum beransur Yati (adik Kak Ina)bekalkan pada kami. Murah rezeki.

Alhamdulillah tidak susah cari. Kami orang pertamq. Diikuti Mak Busu drngan Mak Uda sekeluarga, Shepra dan keluarga serta Makcik Mashitah. Kami yang awal makan dahulu manakala yang lain solat dahulu. Di sini ada lontong, sambal udang petai, rendang N9. Teh lahi. Haha. Minum sedikit. Kemudian ambil giliran solat qasar dan jamak takdim Zohor dan Asar.

Ada ura-ura hendak ke rumah Makcik Sam. Tidak jauh juga dari situ. Pertama kali singgah rumah Makcik Sam di Shah Alam. Rumah Azizah inipun rumah baru, dia baru pindah. Sebelum ini dia duduk dekat perumahan Masjid Shah Alam. Alhamdulillah. Di rumah makcik Sam makan kuih digoreng pans. Tidak tahu nama dan mihun goreng. Air pula oren sejuk. Memang tidak minum.

Di sini hujan lebat jadi seronok makan sambil tunggu hujan reda. Saya sudah mula mengantuk. Padahal abah rancak berborak. Takpelah bukan selalu. Anak buah Adiva sempat tidur di sofa.

Balik pukul 5 petang. Trafik lancar. Cuma ketika sampai Simpang 4, hujan lebat dengan petir. Seram juga. Apapun selamat sampai pukul 6 lebih. Laju juga abah bawa waktu hujan. 

Isnin nasib baik tiada jemputan. Hehe.

Oklah jumpa lagi.

21 comments:

Shikin Razali said...

Meriah betul majlis yang diadakan.. Masyarakat kita memang akan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kahwin dan majlis doa selamat bersempena dengan bulan Syawal.. Sebulan nie memang ada banyak majlis sebegini.. Selamat hari raya Kak NA.. Maaf zahir batin..

Nur said...

Wah, penuh jadual hujung minggu NA. Macam² makanan ada... Haritu masa saya lalu Shah Alam pun, hujan lebat juga, sampai tak nampak jalan.

Puan Hazel said...

Sakan beraya NA 😁
Sesekali berjalan, singgah semua rumah saudara seronok...

SELAMAT HARI RAYA buat NA ⭐🌜

Kakmim said...

Selamat hari raya NA... masa raya baru dpt berjumpa sanak-saudara yg jarang kita jumpa kan?

AzianKhalil said...

meriahnya.... selain best dapat makan makan... dapat bertemu saudara mara juga sesuatu yang harus kita syukuri kan.. kalau hari lain.. selalunya busy. tak sempat nak jumpa beramah mesra

Afzan said...

jenuh makan-makan kan NA,tak makan nanti balik menyesal,jamah la juga walau sikit...tapi tu lah perut dah bercampur macam2 sebu je rasa

norhidana said...

wahhhh memang penuh betul jadual akak, jadul makan-makan dan beraya.

nohas said...

Seronok, gi kenduri & berziarah sanak-saudara disamping ziarah rumah baru adik..Alhamdulillah, dapat puasa hari Isnin..

Ujie Othman said...

Fuh..saya baca pun terasa ‘sibuk’ sungguh raya NA, ke hulu ke hilir. Makan itu ini.
Saya biasanya bekal pil Actal dalam beg tangan. Bila2 rasa perut sebu, terus makan satu.

Ako Retna said...

wah bz betul NA ye heheheselmnt beraya tubn

mrhanafi said...

Banyak betul makanan yang awak sebut...kuat ingatan ye pasal makanan hehehe

dear anies said...

le hulu ke hilir dia jelajah yaa.... macam2 makanan dapat dijamah..paling penting dpt jumpa sedara mara jauh

sy kalau perut start buat hal, semua benda x menjadi. kalau boleh nak baring je

anamizu said...

waaahh seronok dpt penuhi jemputan. selamat hari raya NA!

Abam Kie said...

wah! Penuh dgn jadual open house yg bersusun2. Sy beraya gitu2 je. Mmg di Kelate kami x beraya semeriah org di Pantai Barat. Raya Puasa n Raya Haji disambut sama meriah di sini.

mama sara nur @ Cik Nor said...

seronok dpt ziarah sedara mara bzraya. ini la masanya kan. kenduri kalu kat n9 memangg bestt. akak paling suka apam balik yg kecik2

Amie said...

Alhamdulillah dapat penuhi undangan raya.
Kena pandai pilih hidangan kalau perut pandai meragam.

Fieza Sani said...

wah penuh jadual...kalau akak & husband ni, pilih satu je..tak larat nak attend semua sekali..hehe...

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. padat perjalanannya..
Menarik betul buah tangan Telur Pindang Dan Kuih Cakar Ayam tu..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sekali sekala berkumpul dgn sanak saudara ni meriahkan

Azhafizah MN said...

Seronok akak jalan jalan sakan pergi kenduri dan jalan jalan ziarah. Sesekali kan bukan selalu. begitulah kalau dah berjumpa. Berborak sakan. Dapat pula makan macam-macam.

mamapp said...

tu dia lauk2 semua sedap2