Nuffnang

Friday, May 19, 2023

Tunggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada ketika kita tidak sabar untuk dapatkan sesuatu. Cuba buat macam-macam untuk dapatkannya tapi tidak berhasil.

Ketika itu rasa kecewa dan sedih tidak dapat dibendung. Perasaan seperti orang ditewaskan. Pada ketika itu juga teringat berapa kerdil diri ini. Tidak berdaya untuk buat walaupun perkara kecil.

Istighfar, bertaubat pada Allah. Redha, bersabar, bersabar, bersabar. Minta lagi pada Allah petunjuk. Bersihkan hati. Betulkan apa yang salah. Minta lagi petunjuk. Ketika itu Allah tunjukkan salah kita dan kita betulkan semula. Istighfar. Mengaku dosa dan minta Allah beri kekuatan untuk jauhkan supaya tidak mengulangi kesilapan sama.

Ulang-ulang. Rasakan berapa lemah dan tidak berdayanya kita. Ingat hari kiamat. Pada ketika kita rasa amannya perbuatan baik yang telah dilakukan tiba-tiba tiada ketika perhitungan di sana. Hilang. Kita muflis. Termangu-mangu bagaimana boleh hilang. Rasakan perasaan itu sekarang. Rasakan perasaan tidak berdaya. Rasakan kita tidak mampu dapat apa yang kita hajati tanpa pertolongan-Nya. Akui kelemahan diri sungguh-sungguh. Buat baik sebanyak-banyaknya sambil harap Allah terima amal kita. Siapa tahu amal itu Allah redha.

Maka tiba-tiba Allah beri apa yang kita hajatkan. Betapa mudah tanpa bersusah payah terims. Kita gembira dan mungkin mengulang semula kealpaan atau mungkin sahaja dosa.

Istighfar dan taubat selalu. Ingat tiada jaminan kita masuk syurga tanpa harap ihsan-Nya.

15 comments:

Ujie Othman said...

Sungguh NA, kita masuk syurga kerana ehsan-Nya.
Kita berbuat amal baik supaya ada ehsan Allah untuk terima kita.

Ujian kesenangan (mendapat apa yang dihajati) itu sesungguhnya lebih sukar dihadapi berbanding ujian kesusahan.

nohas said...

"Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."..kita hambaNya yang kerdil, nikmat yg diberikan kita bersyukur, segala ujian kita bersabar..

babYpose said...

Waalaikumusalam, terima kasih atas ingatan, istighfar, redha, mohon, bersyukur dengan spesifiknya. Ingatan buat diri juga. InshaAllah.

Carneyz said...

Cepat atau lambat sekiranya dah tertulis dalam rezeki kita, pasti akan dapat jugak. Kalau tak tertulis sebahagian rezeki kita di dunia, berdoa semoga akan jadi milik kita di akhirat pulak.

mrhanafi said...

nak tunggu apa tu..

apa-apapun manusia wajib akui sentiasa lemah di depan Allah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan izinNya

NA said...

Apa-apa yang Allah suruh tunggu walaupun kita tidak sabar untuk dapatkannya.

Amie said...

Sentiasa berlapang dada dan banyakkan bersabar.

Nur said...

Saya sentiasa sabar menunggu. Kalau tak sampai-sampai, boleh terima. Sebab saya percaya, benda tu akan datang pada masa yang betul, iaitu hanya Allah yang tahu. :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Pernah lalui juga apa yg NA lalui. Rupa2nya Allah nak beri yg jauh lebih baik. Masa tu insaf sampai termalu & terharu. Rasa menyesal pulak sbb pernah "tak sabar" dan kurang berbaik sangka.

mamapp said...

terima kasih na atas peringatan.. selalunya mmg siri ini kalau nak sesuatu x menyabar rasanya.. kena beringat dan istighfar selalu

Puan Hazel said...

Allah lebih tahu apa yang terbaik utk kita 🤗

Sha Mohamed said...

Terima kasih atas ingatan..

dear anies said...

segalanya berlaku dgn rahmat Allah. cuma tu laa... manusia kan mudah lupa..

fanny_dcatqueen said...

Saat kehilangan anak dulu, saya belajar pelan2 kalo memang apa yg kita punya, bukan milik kita. Semua titipan saja. Saat kehilangan uang investasi Krn miscommunication dengan pihak bank, lagi2 saya coba tekankan dalam hati, itu bukan uang saya. Semuanya hanya titipan. Jadi pelan2, saya juga belajar utk tak terlalu berharap, dan serahkan semuanya kepada Yang Di Atas , jadi saat tak sesuai dengan keinginan kita, saya tahu Dia punya rencana yang jauh lebih baik dari saya

Azhafizah MN said...

Sabar dan bersyukur. Allah maha mengetahui dan maha pengasih. Sesungguhnya Allah mahu tahu apa yang kita perlukan dari apa yang kita mahukan. Dan akan berikan tepat pada masanya.