Nuffnang

Friday, June 9, 2023

Rancangan Hujung Minggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Memang sebulan sekali waktu solat Jumaat, saya akan ke Mydin MITC untuk beli barang keperluan sendiri. Selalu malas tapi itulah ada barang penjagaan diri atau beli makanan yang teringin untuk makan.

Sebelum itu pergi Mr. DIY. Cari kain gentian mikro. Jumpa bahagian aksesori kereta. Boleh buat bersih kereta tapi saya cari untuk bersihkan cermin spek mata. Beli 2. Tapi sedar tidak sama drngan kain yang selalu kita dapat kalau buat cermin mata. Tapi tengok pada brosur boleh guna untuk cermin mata. Nampaknya kena cari. Dahulu ada jumpa di Mr. DIY masa tahun 2021 secara tidak sengaja. Masa itu cari tali skipping pengaruh Puan Nur daripda blog kaitdanlari.blogspot.com sebelum PKP penuh. Beli tali skipping sahaja konon lepas itu baru beli sebab ada belum ada peruntukan. Sekali tidak boleh keluar rumah lama. Lepas buka sekatan pergerakan, pergi balik tidak jumpa. Apapun akan cari balik. Pasal tali skipping itu, beli tapi tidak pakai. Minggu lepas anak buah sibuk hendak pakai. Terpaksa tunjuk dan teknik cara guna. Eh! Saya boleh lompat. Haha. 

 
Kain Gentian Mikro Yang Besar


Lepas pergi Mr. DIY baru masuk Mydin.  Beli mi segera Vit's teringat Dana pernah cerita, roti Gardenia gandum penuh dan sardin Adabi. Ada serbuk koko Van Hauten serta pencuci pakaian (3 jenis 3 jenama untuk fungsi berbeza) 

7 Barang Sahaja Tapi Lepas Itu Tambah 1 Karung Makanan Kucing



Ingat hendak makan ini esok. Mula-mula gembira sebab ingat seorang jaga rumah seorang tidak ikut mak dan abah ke Damansara sebab adik hendak pergi kenduri aqiqah adik iparnya. Sekali kena jaga Ayaana, anak buah kena demam campak. Haha. Dah cakap dia tidur seorang di bawah dan saya tidur di atas. Sebelum itu dia bising yang kena demam campak si Azim (adik dia) tidak tidur seorang di bilik.

Kita tengok Ayaana ini berani ke tidak tidur seorang. Macam saya memang suka tidur seorang tidak mahu diganggu.


12 comments:

Nur said...

Saya tergelak, NA cerita tentang tali skipping. Murah kan, beli kat mr. DIY, masa dulu. Hehe.. teruskan lah melompat, NA. Saya sudah tak boleh, lutut sudah kasi sound.
Selamat jadi babysitter, NA. :)

Amie said...

jadi, Ayaana tidur sendiri ke tidur berteman?
Saya suka tidur berteman hihihiii.

Kakmim said...

Selamat menjadi babysitter ya NA 😅

Carneyz said...

Menu yg sihat makan roti Gardenia gandum penuh. Saya pun sekarang ni semakin malas nak keluar rumah kalau tak kerana urusan penting atau janji dengan orang.

nona sani said...

Nice, boleh lompat! Hahaa... Sama la saha..suka tidur sorang je..hehee

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya rindu lah belanja di mydin 😄. Dulu sering jugak, tiap bulan belanja keperluan rutin.

Nanti di Penang saya nak kesana lagi, sekalian ingat2 masa dulu sering belanja di sana 😄. Saya ingat dulu sering belanja di mydin yg dekat komtar. Ntah masih ada atau tak

Ujie Othman said...

dah boleh lompat, bolehlah hari2 melompat ya Na 😁
Saya pun jarang dah skipping sekarang ni. Dulu hari2 buat walaupun setakat 50x. Sekali berhenti, terus jadi malas.

Fieza Sani said...

part tali skipping tu macam husband akak..beria beli & guna sekali. Lepas tu terus elok berlipat kemas dalam laci..haha..

Mbul Kecil said...

semoga lekas pulih dari campak...mbul jadi penasaran kenduri isinya apa saja..paling suka post tentang menu kenduri..jadi penasaran kalau menu kenduri kat negeri kak na apa seperti tempat mbul apa tidak

mamapp said...

alahai kesian ayana kena demam campak semoga cpt sihat

dear anies said...

musim demam campak sekarang... sy dgr ramai bdk2 tadika yg kena...

Azhafizah MN said...

Jalan-jalan Mydin selain membeli barang keperluan, seronok juga tengok tengok barang lain. Lepas tu terbeli. hihi...
Macam-macam kak wina beli. Dah boleh melompat tu, lepas ni hari hari bolehlah berskipping kak.