Nuffnang

Sunday, December 17, 2023

Tidak Lupa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah lama tidak mencoret di sini. Menyepi kerana berkabung dengan rakyat Palestin. Tidak boleh rasa gembira sangat. Kali ini terasa penangannya. Mampu berdoa pada Allah dan semoga saya sentiasa ingat mereka di sana sama ada yang hidup atau syahid. Memang betul Allah tidak boleh lupa. Sentiasa ikuti perkembangan semasa dan dengar tazkirah di samping apabila ingat sahaja, doa. Ingat sahaja doa. Sampai dalam mimpipun boleh masuk.

Gembira sederhana. Sambut harijadi Abah di tempat saya bagitahu pada pos sebelummya. Selepas itu awal bulan 12 Abah jalani pembedahan buat tapak. Pembedahan kecil tidak perlu masuk wad. Jadi sesuailah tidak perlu gembira sangat. Lepas itu emak tiba-tiba tidak boleh jalan. Jadi adik perempuan dan saya ambil tugas memasak. Utamanya adik perempuan masak. Saya lebih pada masak sayur, cekodok pisang dan kemas rumah. Sekarang ini alhamdulillah Emak sudah ok.

Bulan 12 ini cuaca sudah nyaman. Tiba-tiba Ayaana (anak buah) tanya tidak keluar jalan ambil angin ke? Cuacapun memang elok tidak panas sangat. Haha kali ini pergi jalan dengan anak-anak buah. 

Kali terakhir berjalan bulan 2. Kali ini tengok rumah ini sudah siap jadi rumah inap.

The Q's Homestay




Lalu tempat permainan. Beri mereka main. Saya kata pada mereka korang mainlah sini, Mak Long pergi jalan sekitar dan nanti patah semula ke sini. Mereka tidak bagi kata hendak ikut juga. Jadi saya duduk di kerusi disediakan. Kemudian apabila sudah puas mereka main, kami sambung jalan.

Langit Membiru Di Taman Permainan



Saya suka lalu depan rumah ini. Rumah warna putih. Macam ada kenangan teringat rumah di luar negara yang saya pernah tinggal kecuali tiada kipas. Tingkap tiada gril tinggal cuma ada langsir atau bidai. Tinggi betul tawakal tuan rumah ini 🙂.

Rumah Putih 2 Tingkat

Ambil Gambar Pintu Depan Dan Tingkap



Bahagian dapur pula guna tingkap akordion yang boleh dibuka luas menjadikan dapur dalam dan luar. Kiranya boleh makan di luar. Jadi terapi tengok rumah ini. Rasanya orang yang duduk rumah ini pernah duduk luar negara kalau tengok rumahnya tiada penyaman udara. Harapkan pengudaraan semulajadi. Waktu ini tuan rumah tiada jadi tingkap tertutup.

Tingkap Akordian Bahagian Dapur



Menuju ke rumah, budak-budak ini cabut lari. Laju betul mereka lari. Apapun seronok jalan bersama-sama mereka sebab cergas tapi kena berhenti di taman permainan untuk mereka main dahulu.

Oklah jumpa lagi.☺

25 comments:

adnil linda said...

Betul sgt sis.. Mmg mampu doa je utk saudara di palestin..
Lawa rumah tu

Cuya said...

Moga akak dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik

fanny_dcatqueen said...

Saya pun sukaaa lihat rumahnya 😄. Betul kaaak, mirip rumah2 yang saya pernah lihat di LN. Atau yg di film2 eropa. Sampai sekarang pun teringin sebenarnya punya rumah dengan model seperti ini ❤️

Walopun saya tak yakin kalo tanpa pendingin ruangan. Jakarta rasanya tak bisa 🤣. Hari ini saja panas Di luar mencapai 41 dercel. Dah tak kuat.

LadyBird said...

semoga kemenangan berpihak kepada orang palestin.. betullah setiap saat kite ingt n doa pada mereka... semoga doa kite untuk mereka makbul.. ameeennn..

Nur said...

Wah.. baguslah, sudah kembali berjalan. Boleh ambil angin, cuci mata, tengok rumah cantik. Bagus persekitaran rumah NA. Semoga emak dan abah NA sihat-sihat saja.

Puan Hazel said...

Tak pernah lupa akan penderitaan dan perjuangan panjang yg mereka tempohi. Doa utk mereka juga tak pernah lekang.
Cantik rumah putih tu 👍

Carneyz said...

Faham perasaan NA tu. Mmg dari celik mata sampai la nak tido, fikiran ni asyik terkenang dengan saudara2 kita di Gaza dan Palestin. Semoga Allah angkat penderitaan mereka tak lama lagi.

Semoga mak & abah NA cepat sembuh ye.

Mbul Kecil said...

Mudah mudahan peperangan segera berakhir...

oiya rumahnya cantik sungguh kak na, Mbul suka kalau sejenak rehat dan menikmati suasana di luar...pastinya balik balik sudah fresh...

mama tisya said...

cantik la rumah putih tu...rasa mcm dkt overseas

mamapp said...

pandai Ayaana punya timing, cuaca elok mesti maklong bg kebenaran kan. healing juga berjalan2 dan tgk dunia luar kan. mmg seronok tgk banglo putih tunampak cantik dan high taste

Zhi said...

Mesti owner rumah tu suka betul dengan warna putih .. 1 rumah dia color putih. =D

mrhanafi said...

semoga semuanya ok-ok sahaja...rumah tu cantik dan western sytle

norhidana said...

semoga yang baik2 saja buat kita tahun depan ye kak... mesti cantik kalau dapat ambil gambar rumah tu dari dekat...

Time Traveller said...

Untuk Palestin teruskan berdoa dan teruskan boikot brg israhell
semoga tahun 2024 akan tiba nanti lebih baik dari tahun 2023

Mulan said...

Terus doa buat saudara2 di Palestine. Memang cantik rumah tu.

Abam Kie said...

rumah putih dibina mengikut konsep rumah di Barat yg tiada grill... Hmmm..di Malaysia x leh buat gitu. Nanti dimasuki perampok!

dear anies said...

kenapa emak NA tak boleh berjalan? ada yang terkehel ke tu?

Lydia Miza said...

kalau kat kaw kami ni takda grill memang mengundang jenayah la

Ujie Othman said...

saya suka ikuti perkembangan Palestine dari Fb ZRA Stream.
Setiap kali tu berbaur rasa.

Saya suka rumah tanpa grill. Rasa lebih bebas tak terkurung.
Mungkinkah tuan rumah tu pasang invisible grill?

Ezna Khalili said...

Cantiknya rumah berwarna putih tu....

MRENEYOO said...

Rumahnya cantik dan warnanya pun cantik,putih seperti rumah bergaya western ya ?

Sha Mohamed said...

Cantik betul design rumah putih tu.. Terasa luas dan menenangkan..

anamizu said...

betul tu NA. saya pun menyepi mcm NA. tiap hari hanya mampu doa saja moga dipermudahkan urusan mereka kat sana. moga diberikan kesihatan yg baik juga buat Abah Na dan Na sekeluarga. aminnn

Ammi said...

lawa rumah ni...nampak macam rumah papan..tapi rumah batu kan?

Nina Mads said...

mungkin tuan rumah pernah tinggal di luar negara.. memang cantik dr jauh