بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah selamat terima hadiah tangkap nombor itu. Tidak ikuti status barang sebenarnya. Sibuk buat kerja lain. Abah balik dari dialisis, baru tahu ada parcel saya. Saiz besar sedikit daripada biasa.
Saya buka selepas solat Zohor. Ikut saiz parcel dan rasa, saya agak selimut di dalamnya.
Sudah buka plastik hitam, tengok ada 2 plastik berisi sesuatu berwarna merah. Tidak dapat agak isinya.
Akhirnya 2 biji bantal berwarna merah! Hehe kena cari atau beli sarung bantal ikut saiznya.
Tq Cie atas hadiah yang diberikan.




No comments:
Post a Comment