Nuffnang

Tuesday, December 31, 2024

Mati Itu Pasti

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Penghujung 2024 dikejutkan dengan 2 bapa saudara iaitu abang-abang kepada Abah. Pak Long dan Pak Ngah. Ia memberi kesan mendalam pada satu. Semalam (30 Disember) Pak Ngah meninggal mengejut semasa mahu pergi dialisis. Abah terkejut sangat sebab kelmarin 29 Disember (Ahad) Abah berborak lama dengan arwah semasa majlis pengebumian kakak ipar Pak Ngah.

Memang tahun ini banyak kematian belah Abah. Mula-mula Pak Long (24 Jun), Mak Besah, Auntie Jamilah (adik ipar Abah).  Ia memberi kesan pada perasaan saya. Saya macam sedar bila-bila masa nyawa kami akan ditarik. Nyata depan mata.

Semalam sepupu saya yang sebaya dengan saya (anak arwah Pak Long), peluk erat sambil menangis pada Abah. Ingatkan kami untuk kukuhkan silaturrahmi. Dialah membaca talkin dan solat sunat ghaib jadi imam untuk kami yang tidak sempat solat jenazah di Masjid Jamek Sg Kantan, Kajang (termasuk Abah dan saya). Terima kasih ingatkan. Mati itu pasti. Janji Allah itu benar. Insya Allah kami akan menyusul Pak Ngah pula suatu hari nanti.

 

19 comments:

Roziah @ Cie said...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Betul mati tak mengira usia. Rahsia Allah.

Ujie Othman said...

Takziah NA dan keluarga atas pemergian insan-insan yang disayangi.
Moga Allah merahmati roh mereka.

Betul, bila ada kematian orang yang dekat dengan kita, memang sangat terasa bahawa kematian akan datang bila-bila masa.

Ako Retna said...

Salam takziah NA dan al fatihah dibaca buat semua yg telah pergi

Puan Hazel said...

Sy pula byk kehilangan rakan² seusia (rakan² U) tahun 2024. Pemergian mereka menjadi peringatan utk kita supaya jgn leka dgn dunia. Mati itu pasti, dan sangat dekat.
Takziah buat NA sekeluarga.

Azirahman said...

sama dgn saya, kehilangan 2 orang bapa saudara selang sebulan.

LadyBird said...

Innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn

Time Traveller said...

Allahu.... Pak Long dan Pak Ngah ditmptkan bersama para syuhada dan solehin di dalam syurga amin..
2024 ramai jua yg meninggal kan kita..

Acenana said...

Innalillahiwaiinalillahirojiun. Salam Takziah

Ezna Khalili said...

Takziah ya. Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.

Tot said...

Salam takziah, Na.
Betul. Bila-bila masa je, kita boleh dijemput kembali.

anamizu said...

sama dgn Ana pon ada beberapa org sahabat seusia & beza 2-3 tahun pergi mengadap illahi T__T

Mrs. A said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...
Didoakan ruh-ruh arwah bapa sedara NA diucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada.
Takziah diucapkan kepada NA dan seluruh ahli keluarga

mama tisya said...

salam takziah utk Na sefamily...alfatihah utk 2 bapa saudara NA

nayfatimahrasyid said...

semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman ...aminnn... salam Rejab NA ..lama tak datang sini ...

anakdenesor said...

semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

nohas said...

semoga tenang roh mereka di sana & ditempatkan bersama para solehin..

nayfatimahrasyid said...

sanah helwah NA ;)

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Ikut berdukacita kak Na 🙏. Semoga almarhum dilapangkan selalu kuburnya, diterima semua amal kebaikan dan diampuni kesalahan.

Mendengar berita kematian, selalu bikin saya makin sadar dengan usia. Tiap saat kita bisa dipanggil Nya kan.

Kemarin akhir tahun saya ke Vietnam. Biasanya saya suka buat stories di IG saya ttg trip. Jadi semacam virtual traveling buat teman2 yg melihat. Ada 1 orang teman, blogger juga yg minta semua cerita2 Vietnam ini di highlight nanti.

Saya jawab pasti akan saya highlight jika semua cerita sudah selesai saya posting.

Lusa kemarin tahu2 komunitas blogger yg sama2 kami ikuti, mengabarkan kalo teman saya itu meninggal akibat jantung. Dia lebih muda dari saya. Macam speechless. Kami tak pernah jumpa, hanya bicara di DM dan blog, tp saya langsung sedih sangat baca kabar meninggalnya dia ... Macam tak percaya kan...

Suria Amanda said...

Innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn, salam takziah